Laman

Minggu, 28 Juni 2020

Bertakhtanya Allah

Jawaban kepada persoalan pertama;
Tuan yang dirahmati Allah, Dimanakah bertakhtanya Allah, jika tidak dihati, diqalbu atau diroh?. Bertakhtanya Allah di qalbu (roh) itu, adalah perkara benar dan bukan satu unggkapan atau omong kosong!.
Persoalannya disini, dimanakah hati (hati halus), dimanakah qalbu dan dimanakah roh?. Jika tuan-tuan tidak mengenal hati, tidak mengenal qalbu dan tidak mengenal roh, bagaimana mungkin tuan-tuan tahu yang Allah itu bertakhtanya di roh (qalbu)?. Orang yang mengenal hati, mengenal qalbu dan orang yang mengenal roh sahaja, yang tahu begaimana rasanya roh bilamana menjadi rumah Allah Taala. Untuk itu, saya sarankan tuan belajar mengenal hati dan belajar mengenal qalbu, barulah tuan akan tahu siapa itu roh. Setelah mengenal roh, barulah tuan-tuan akan tahu dimana rumah Allah?. Sekali lagi saya nyatakan disini bahawa, roh itu adalah rumah Allah adalah perkara benar!.
Jawapan kepada persoalan kedua;
Bilamana roh menjadi rumah Allah, apakah kesan dan apakah rasanya pada jasad selaku sarongnya?. Kesan atau rasa yang dialami oleh jasad bilamana didiami oleh Allah itu, adalah seperti berikut;
Sebelum itu, saya ingin tanya satu soalan, Apa yang tuan rasa bilamana rumah tuan “didatangi” oleh pembesar negara seumpama Ketua Polisi Negara atau didatangi oleh seorang Raja/President?. Bilamana rumah kita akan dilawati atau didatangi oleh pembesar negara, apa yang tuan rasa dan apa yang pernah tuan fikir?. coba jawab…………………..
Apa lagi bilamana tuan dipanggil tinggal dan duduk di Istana Raja!. Apakah rasanya yang pernah terfikir dibenak fikiran tuan-tuan, bilamana kita dijemput tinggal dan duduk didalam istana bersama Sultan?. Cuba jawab……………….
Saya tidak perlu menjawab pertanyaan tuan, kerana tuan-tuan sendiri sudah boleh menilai dan sudah boleh menjawab!. Apa lagi bilamana roh menjadi istana Allah (rumah Allah)!. Bilamana kita berada didalam Istana Raja, tentunya Istana Raja dijaga dan dikawal rapi oleh pengawal keselamatan (keselamatan terjamin). Bilamana tinggal, duduk dan makan minum didalam Istana Raja, tentunya tidak putus bekalan makanan, sudah tentu terjamin makan minum, pakainya, keselamatannya, kesihatannya, keuwangannya, kawalannya dan berbagai-bagai kebahagiaan dan kenikmatan!.
Bilamana kita tinggal diistana raja, sudah tentu kita akan merasa aman, rasa bahagia, rasa bersesar hati, rasa tidak takut, rasa selesa, rasa puas, rasa terjamin dan rasa segala macam rasa. Apa lagi bilamana jasad yang busuk, hanyir, najis, kotor dan jasad yang hina ini, duduk dan tinggal di Istana Allah (bersama Allah!), coba tuan-tuan bayangkan?……………………….
Bilamana kita mengenal hati, mengenal qalbu dan mengenal roh, bererti tuan-tuan sudah mengenal diri. Bilamana kita mengenal diri dengan rata, sudah tentu tuan mengenal Allah yang nyata!. Bilamana mengenal Allah dengan nyata, maka nyatalah qalbu (roh) itu, sebagai rumah Allah!.
Dalam rumah Raja (Istana Raja), terdapatnya peti ais, alat penghawa dingin (ac), sofa empok, tilam empok, ada talivision besar, bilik besar, makanan lazat, taman yang indah dan dayang-dayang yang cantik-cantik, apa lagi jika tinggal dirumah Allah bersama Allah!.
Bilamana Allah mendiami qalbu kita, mendiami hati kita atau bilamana Allah mendiami roh kita, “jasad” kita akan didatangi rasa redha, rasa sabar, rasa tenang, rasa, aman, rasa bahagia, rasa selamat, rasa bertimbang rasa, rasa tidak dengki, rasa tidak khianat, rasa tidak sanggup menipu, rasa tidak sampai hati menzalimi sesama makhluk, rasa tidak mendurhaki ibu bapa, rasa tidak sanggup mengingkari janji, rasa tidak bimbang jika ditimpa sakit, tidak mengeluh bilamana tidak dibayar hutang, rasa tidak kedekut untuk menghulur derma, tidak berat tulang untuk membantu orang, rasa kasih kepada anak isteri, rasa berkasih sayang kepada sesama makhluk manusia mahupun kepada binatang, tidak tendang kucing bilamana kucing mencuri ikan dibawah saji dan tidak menyesal atau tidak mudah putus asa atas rahmat Allah.
Tdk mau blg org kafir sesat sombong.Kasih dan syg kpd sesama.Tdk menyalahkan org lain dll
Inilah kesan atau rasa kepada jasad hasil dari rumah yang diduduki atau didiami Allah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar