Laman

Minggu, 10 Oktober 2021

MENGENAL ALLAH DAN MENGENAL DIRI.

Asalamualaikum Warahmatullahu Wabarahkatuh.
l Bismillahirahmanirahim.

Apabila kita mendengar perkataan diri dan mengenal diri.. makna, maksud dan erti diri-diri itu bukan jasad. Tubuh ini bukan diri.. ini jasad tubuh badan..bukannya diri.. Mana yang dikatakan diri? Pertamanya tujuan kita dijadikan oleh Allah S.W.T ini adalah untuk menyatakan Allah. Dalam bahasa lain untuk mengenal Allah S.W.T. Ingat.. kalau orang tanya apa sebab kamu dijadikan? Jawabnya.. aku dijadikan untuk menyatakan Allah, untuk mengenal Allah. Nombor 1 adalah untuk menyata, mengenal Allah. Selepas itu baru lah bab ibadah dan seterusnya.
 
Kita kena kenal diri kita dulu.. kita tak boleh terus mengenal Allah.. tidak ada ilmu untuk mengenal Allah. Al-quran dan baginda Rasulullah tidak ajar mengenal Allah melainkan barang siapa mengenal diri maka dia akan mengenal Allah.. pada siapa mengenal Allah, binasalah sekalian anggota jasad kita. Dalam buku dan dalam kitab mengatakan mengenal diri.. diri itulah roh kita.. barang siapa yang mengenal roh akan mengenal Allah.
 
Sebelum kita solat, kita kena faham apakah erti solat.. solat-solat ini ertinya menyatakan Allah. Seumpamanya kita nak sembah raja, kita kena nyata dan tentukan dulu yang duduk atas kerusi tu benar-benar raja. nyata.. baru kita boleh sembah “ampun tuanku”.. begitu juga dengan Allah.. solat-solat ini adalah bagi menyatakan Allah S.W.T.. tak ada yang lain. Solat ini bukan untuk dapat pahala, syurga.. buat pun kalau Allah tak bagi macam mana? kita tak buat pun kalau Allah kata nak bagi macam mana?
Persoalannya, apakah telah nyata solat itu semasa kita solat? Jikalau tak nyata Allah, itu bukan bersolat.. kalau nak solat mesti nyatakan Allah. Solat untuk menyatakan Allah dengan senyata-nyatanya, dengan seterang-terangnya, dengan sejelas-jelasnya.. baru kita boleh angkat takbir. Barang siapa menyatakan Allah, itu lah solat. Solat ada 2 makna.. 1. solat fardu 2.solatun daim. Menyatakan Allah ada 2 peringkat.. 1. nyatakan Allah dengan solat 5 waktu.. 2. nyatakan Allah sepanjang waktu.
 
Salam Santun Dan Salam Tauhid.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar