Laman

Minggu, 05 Desember 2021

MENGENALI BEBERAPA SIFAT DAN ASAL USUL DIDALAM DIRI.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wr wb..

A : SIFAT 20
1). WUJUD - Badan Insan SIFATKU mula jadi menanggung didalam dunia-KU.
2). KIDAM - RUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi sekalian alam-KU.
3). BAQA’ - RUHANI dagingku mula jadi menanggung RASA didalam diri-KU.
4). MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH - RUH NIBATI darahku mula menjadi meliputi Alam-KU.
5). QIAMUHUBINAFSIHI - RUH INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam diri-KU.
6). WAHDANIAT - RUH RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU didalam diri-KU.
7). KUDRAT - RUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah berjalan didalam diri-KU.
8. IRADAT - RUH KAHFI tulangku asal mula jadi menguatkan Alam diri-KU.
9). ILMU - RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ.
10). HAYAT - RUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh yang hidup alam diri-KU.
11). SAMA’ - BESI KURSANI pendengaran-KU asal semula jadi didalam diri-KU.
12). BASAR - PANCARAN MANIKAM kalam berkata-kata dengan sendirinya.
13). KALAM - RUH MANIKAM menzahirkan perkataan didalam dunia.
14). QAUNUHU QADIRUN - WUJUD MANIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT dengan Sifat-KU.
15). QAUNUHU MURIDUN - ILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diri-KU.
16). QAUNUHU ALIMUN - DARAJAT ALLAH kebesaran-KU asal mula jadi duduk didalam otak yang putih.
17). QAUNUHU HAIYUN - Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah AKU asal mula jadi alam diri-KU.
18). QAUNUHU SAMIUN - Bersama ZAT & SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman diri-KU.
19). QAUNUHU BASIRUN - RAHSIA NYAWA dengan BADAN WAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat.
20). QAUNUHU MUTAKALLIMUN - Ghaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam Ka’bah Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.
 
B. ASAL RUKUN 13 DIDALAM SHOLAT.
Inilah asal Rukun 13 yang wajib diketahui oleh penuntut ma'rifat dalam melakukan Solat. Adapun Rukun Sholat itu datangnya daripada ALLAH - BAPA dan IBU.
DATANG DARI ALLAH - 5 PERKARA :
1 Niat.
2 Nyawa.
3 Wujud.
4 Nafas, dan
5 Af’al.
Yaitu didalam bentuk Merasa - Mencium - Menjamah - Melihat & Mendengar :
DATANG DARIPADA BAPA - 4 PERKARA :
1 Tulang.
2 Kuku.
3 Rambut, dan
4 Rupa.
DATANG DARIPADA IBU - 4 PERKARA :
1 Darah.
2 Daging.
3 Otak, dan
4 Lendir.
Terhimpun menjadi 13 maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SHOLAT setiap hari memulangkan sekalian HAQNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita :
 
C. YANG MATI - YANG HILANG - YANG TINGGAL - YANG PULANG
YANG MATI itu ada 6 perkara yakni :
1 Wujud.
2 Anggota.
3 Hawa.
4 Nafsu.
5 Gerak,dan
6 Diam.
YANG HILANG itu ada 4 perkara yakni :
1 Darah.
2 Daging.
3 Tulang, dan
4 Kulit.
YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni :
1 Iman, dan
2 Taat.
YANG PULANG itu ada 1 saja yakni :
1 NYAWA.
Pulang keempunya diri yaitu keasalnya.
inilah yang disebut : INNAA LILLAHI WA INNAA ILAIHI ROOHI'UUN.
 
D. PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLULLAH.
NABI :
Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AF’AL daripada DZAT. Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada DZAT ALLAH.
SIFAT :
Adapun SIFAT itu NYAWA kepada Muhammad. MUSTAFFA - Adapun hati Mustaffa itu ASMA’ daripada DZAT ALLAH.
ASMA’ :
Adapun ASMA’ itu adalah yang terurai dalam 99 Asma'-Nya.
AF’AL :
Adapun AF’AL itu Tubuh Nabi namanya AF’AL.
RASULLULLAH :
Adapun Rasullullah itulah SIRR/RASA daripada DZAT ALLAH SWT.
DZAT :
Adapun DZAT itu TUHAN, Rasa pada Nabi = Cahaya Ilmu Kalam = SIRRULLAH namanya.
Itulah sebabnya kita bertuhan kepada Allah dengan 4 syarat yakni :
Pertama :
DZAT ALLAH itu Tuhan pada diri kita.
Kedua :
SIFAT ALLAH itu NYAWA pada diri kita.
Ketiga :
ASMA’ ALLAH itu HATI pada diri kita.
Keempat :
AF’AL ALLAH itu TUBUH pada diri kita.
~ TAJALLI Af’al Allah pada Tubuh.
~ Tajalli Asma’ Allah pada Hati.
~ Tajalli Sifat Allah pada Nyawa.
~ Tajalli Dzat Allah pada Sirr/Rasa yakni sebenar-benarnya RASA didalam diri.
 
E. PERINGATAN TENTANG SOLAT.
Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MA'ANA bahawasanya ia KUFUR.
Barangsiapa menyembah MA'ANA TANPA NAMA bahawasanya ia MUNAFIK.
Barangsiapa menyembah NAMA dan MA'ANA dengan HAKIKAT dan MA'RIFAT mereka itulah MUKMIN sejati.
Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MA'ANA bahawasanya mereka itulah ARIFBILLAH.
Sholat Da-im itu ialah sholah tanpa huruf tanpa suara tanpa perbuatan. Ialah kerja HAYAT atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.
WUJUD :
Adapun WUJUD itu AIN DZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya DZAT. Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu DZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain daripada Wujud itu kerana wujudanya itu menyatakan DZAT-nya. Maka sebab itu dikatakan AIN DZAT namanya.
Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada. Yang dikatakan itu ialah DZAT. Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada ma'ananya DZAT dan apa yang dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada DZAT Inilah ma'ananya.
Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan DZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan dzat? Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah DZAT.
 
F. RASA DIDALAM DIRI :
Ini menyatakan bahawa didalam badan manusia itu ada 4 bagian yaitu : NAFAS - ANPAS - TANAPAS dan NUPUS.
Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA. Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa DZAT manakala DZat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :
"Insan itu RASA-KU dan AKU RASA-nya".
Barangsiapa mengenal BADAN-nya
Maka ia akan mengenal NYAWA-nya.
Barangsiapa mengenal NYAWA-nya
Maka ia akan mengenal SIRR-nya.
Barangsiapa mengenal akan SIRR-nya
Maka ia akan mengenal TUHAN-nya yang qadim adanya.
Ketahuilah olehmu wahai talib :
YANG KELUAR itu bernama NAFAS
Yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah leher.
Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati.
Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati.
Itulah HAKIKAT NYAWA.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH :
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH. Firman allah: Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku. Allah juga Berfirman: Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU. Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita renungi Firman Firman Allah saperti berikut: Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik.pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan diudara ditiup angin.
ENGKAU ITU AKU DAN AKU ITU ENGKAU :
Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi WALINYA. Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT (4) PERKARA saja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT.
Perkara itu ialah:-
Pertama : Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua : senantiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.
Ketiga : sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.
Keempat : Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah hal yang mudah diperoleh pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan berbagai guru, jika kita tidak menemui / ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan jelas.
 
G. HENING - QASAD - TA'RIDH & TA’YUN.
HENING itu apa?
Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi. Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti terlebih putih daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA. Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kita. Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan diri kita yang kehambaan bagi RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya. Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA DZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.
QASAD :
Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN NIAT tetapi ADOM (ADAM). Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu ialah DZAT ALLAH. Inilah NIAT yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQUL ALAM lagi ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.
TA’RIDH :
Adapun TAQ’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH artinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu. Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli sekalian Ruh Adam itu. Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian nyawa itu tajalli daripada NUR MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI: ANA MINALLAHU KULI SYAIMINAN NUR yang bermaksud. Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku.
ANA MINALLAHU WAL ANBIYA.
Yang bermaksud Aku daripada Allah sekalian anbia’ daripada aku. ANA MINALLAHU WAL MUKMININAA MINNI. Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin daripada aku. Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH / JASAD. Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH BADAN. Jika tidak digerakan oleh Nyawa tidak bergeraklah badan.
TA’YUN :
Adapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAM RUH YANG KASAR. Itulah sebenarnya TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.
 
H. ALLAH - NIAT - AHDAH - WAHDAH - WAHIDIAH.
ALLAH - Alif - Lam -Lam- Ha. ALIF itu AHDIAH DZAT. LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara. Inilah USALLI SOLAT artinya Aku Sholat Sifatnya NAFSI WUJUD. Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya DZAT mertabat INSAN dan AHADIAH. Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT DZAT artinya ESA pada pihak LAM AWAL = ALIF DIATAS. Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni TA’AYUN AWAL artinya NYATA YANG PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD - AIN SABITAH - WUJUD IDHAFI - INSAN KAMIL pun ia juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT MA'ANI. LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH.
Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMA’NYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR maknanya ASMA’ mertabat WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TA’AYUn THANI artinya NYATA YANG KEDUA maka Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran, kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh Adam daripada huruf Alif diatas. Maka huruf ini maknanya Dzat Alif Di-Atas maka jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA’ ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu empat Sifat Alif Lam Lam Ha. ALLAH HU AKBAR. ALLAH - (Alif - Lam - Lam - Ha) - Empat Sifat. ALIF = ZAT. LAM AWAL = SIFAT. LAM AKHIR = ASMA’. HA = AF’AL.
AKBAR - (Alif - Kaf - Ba - Ra). ALIF = KAHAR. KAF = JAMAL. BA = JALAL. RA = KAMAL. ALLAH = GHAIBUL GHUYUB. ALIF = LA TA’AYUN = MERTABAT DZAT. LAM AWAL = TA’AYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH. LAM AKHIR = TA’AYUN THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA. HA = MERTABAT TUBUH = JASAD. DZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudanya di Alam LAHUT. Zikirnya AH (Alif Ha) AH . Ilmunya KAMAL YAKIN. SIFAT DIRI DENGAN DZAT. Wujudanya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN
 
I. ASMA’ DIRI YANG TERPERI.
Wujudanya di Alam MALAKUT.
Zikirnya ALLAH 3 x.
Ilmunya - ILMU YAKIN
AF’AL DIRI YANG TAJALLI. Wujudanya dialam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya - ILMU YAKIN. Jelaslah perwujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya. Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLAAHU AKBAR.
HAKIKAT FATIHAH. Ia Menyatakan DIRI
BISMILLAH :
Menjadi diri-Nya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad, engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.
ALHAMDULULLAH :
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad Sholatmu ganti SholatKu tempat memuji DiriKu sendiri.
RABBIL'AALAMIIN :
Rabbil 'Aalamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.
AR RAHMAN - AR - RAHIM :
Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku juga.
MALIKI YAUMIDDIIN :
Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar.engkaulah kerajaannya.
IYYA KANA’ BUDU :
Ya Muhammad yang sholat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..
WA IYYAKA NAS TAA IIN :
Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada.
IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM :
Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku.
SIRAATAL LAZIINA AN'AMTA 'ALAIHIM :
Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau, maka engkau adalah kekasihKu.
GHAIRIL MAGHDUBI 'ALAIHIM :
Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu kekasihKu.
WALADHDHAALLIIN :
Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau. Aamiin
Ya Muhammad Rasamu itu Rasa Aku. Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan Tuhan-KU. Maka apabila Sholat, ghaiblah didalamnya. Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya. Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa, yang sholat amat rapat kepada Zat Yang Esa dengan kata ALLA HU AKBAR. Maka barangsiapa masuk didalam Sholat, lalu berserah diri, Tubuh dan Nyawa-nya, maka kekallah Sifat dengan Tuhannya.
Sabda Nabi saw :
Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna melainkan Wujud Mutlak semata-mata.
 
J. SIFAT MA'ANI & SIFAT MA'NAWIYAH :
A. DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR.
ADAM = JASAD YANG KASAR:
1. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa.
2. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa.
3. BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa.
4. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa.
5. MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa.
6. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa.
7. BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa
B. DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN.
MUHAMMAD = NYAWA INSAN
1. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan.
2. TAHU Nyawa dengan ILMU Tuhan.
3. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan.
4. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA’ Tuhan.
5. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan.
6. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan.
7. BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan.
 
K. PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK. ZIKIRNYA HU ALLAH.
Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan Alam dengan limpah Sifat Sifat diatas. Oleh karena itu Alam ini ialah Hakikat DZAT YANG ESA.
DALIL DALIL AL-QURAN :
WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN.
Adapun Allah itu MELIPUTI sekalian Alam.
LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN ILLA BI IDZ NILLAH. Tiada bergerak satu zarah sekalipun melainkan dengan IzIn Allah.
WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH. Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah.
FA IN NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH. Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu Wajah Allah.
Engkau pandang hal ini hingga sampai ke yang menjadikan, janganlah terhenti pandanganmu pada sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikannya yaitu DZAT WAJIBUL WUJUD. Jika engkau pandang keadaan dirimu hendaklah engkau pandang dengan HAYAT Tuhanmu. Jika engkau pandang pengetahuanmu hendaklah engkau pandang ILMU Allah. Apabila engkau pandang kuasamu hendaklah engkau pandang KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya dengan pancainderamu dan Sifat Sifat MA'ANI Allah yang lain. Jika tidak demikian halnya sia-sialah pandanganmu itu dan DURHAKAlah engkau terhadap Tuhanmu yang telah menciptakanmu.
 
L. TAUHID TAKBIRATUL IHRAM (TI).
Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE DZAT ALLAH SWT. Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang dikaruniakan kepada kita (kepada Allah = fakir) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia (pendengaran Dzat Allah) tiada penglihatanku hanya ia, tiada huruf tiada suara hanya ia, tiada 
pencuimanku hanya ia, tiada gerak dan diamku hanya ia.
 
M. HAKIKAT DZAT AF’AL - HAKIKAT SOLAT.
Adapun arti SHOLAT sebenarnya ialah YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN. Yang menyembah itu FANA’ - yang disembah itu BAQA’. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD kita. Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya (Insan). Maka hamba itu tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada Allah - Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam’, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT DZAT ALLAH semata-mata. Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan maupun dikiri. TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA DZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.
 
N. MEMULANGKAN AMANAH.
Hadith Qudsi yang bermaksud:
1. TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU
2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI
Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada kita. Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR (Jasad) dan Yang Menanggung Amanah itu ialah WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah DZAT ALLAH. Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan maqom KAB FUSAIN yaitu antara dua bulu kening. Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada wujud kita yang batin - hapus wujud yang batin kepada DZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.
Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASARIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut semata, yaitu Lautan Alam AHADIYATULLAH. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’ sekalian kelakuan dan diri kita maka nyatalah BAQA’ keadaan DZAT Tuhan semata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga sampai kepada SALAM. Adapun SUHUD itu artinya PANDANG MATA HATI arti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN. Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu DZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni Wujud Dzat Wajibul Wujud.
 
Sampai disini paham ya?
Jika ada sesuatu yang belum dipahami silahkan ketik dikolom komentar, saran dan kritik kalian sangat berguna bagi kami, dan akan kami bahas pada bab-bab selanjutnya.
Dan jika kalian suka dengan halam ini silahkan klik "IKUTI" dibagian kanan halaman ini untuk mendapatkan updatenya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar