Laman

Rabu, 22 Desember 2021

KENALI DIRI SEBENAR DIRI"

 Allah Hu.


Bismillah


"KENALI DIRI SEBENAR DIRI"


Sebelum kita mengenal TUHAN, maka kenalilah DIRI terlebih dahulu, sebelum kita mengenal diri, kenallah ADAM terlebih dahulu, dan sebelum kenal kepada Adam, kenalilah MUHAMMAD terlebih dahulu. Demikianlah orang yang hendak mengenal akan diri dan mengenal akan tuhan Allah Azza Wajalla.


Bahawasanya Allah Ta'ala menjadikan dahulu daripada segala alam itu ialah NUR NABIMU. Diriwayatkan oleh JABIR r.a. beliau pernah bertanya kepada Nabi s.a.w; iaitu dijawab oleh Nabi "AWWALUMA KHOLAQOL LAHU TAALA NURI NABIYIKA, YA ZABIR." Mula mula dijadikan Allah Ta’ala daripada segala alam 

itu ialah: NUR NABIMU ya JABIR.


Maka nyatalah RUH NABI itu dijadikan dahulu daripada segala alam itu, dan lagi dijadikan ia daripada Zatnya jua, tetapi sebelum Tuhan menjadikan NUR MUHAMMAD, Tuhan telah mengatakan dalam kitabnya Al Quranul Qarim yang ertinya: 


"Pertama ku jadikan ILMU sebelum ku jadikan NUR MUHAMMAD."


Maka nyatalah kepada kita bahawa: 

NUR MUHAMMAD.


Maka nyatalah kepada kita bahawa NUR MUHAMMAD itu jadi daripada ILMUnya 

dan daripada KUDRAT DAN IRADATNYA.


Dan nyatalah bahawa kalau Roh kita dan batang tubuh kita ini daripada Nur Muhammad, maka kita ini tiada lain dan tiada bukan, pada Hakikatnya ialah Nur Muhammad jua. 


Dan kalau telah jelas dalam hati makrifatkan hakikat Nur Muhammad itu, maka hendaklah engkau mesrakan Nur Muhammad itu kepada Roh, dan kepada batang tubuhmu, dan kepada seluruh kainat. 


Kalau sudah benar-benar mesra, Insya Allah engkau akan dapat melihat serta menyaksikan keelokan zat yang wajibal wujud.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar