Laman

Selasa, 28 Desember 2021

SIFAT MA’ANI

 Allah Hu.


Bismillahifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Ma’ani.?


Sifat yang terkandung di dalam sifat ma’ani ada tujuh perkara:


1. Qudrat = kuasa

2. Iradat = berkehendak

3. Ilmu = mengetahui

4. Hayat = hidup

5. Sama’ = mendengar

6. Basar = melihat

7. Qalam = berkata-kata


Bagaimana Menterjemah Sifat Ma’ani Pada 

Diri Kita.?


Sifat ma’ani Allah Ta’ala yang jelas terzahir pada diri kita ada tujuh:


1. Hidup

2. Mengetahui

3. Berkuasa

4. Berkehendak

5. Melihat

6. Mendengar

7. Berkata-kata


Ada dengan terang dan jelas menzahir Sifat-Sifat-Nya ke atas Diri kita. Tujuan dizahirkan Sifat-nya supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan dan sebagai iktibar untuk kita mengenal, melihat dan memandang Allah melaluinya.


Allah bukan Ain (bukan benda) yang boleh dikenal melalui bentuk hitam dan putih. 

Allah menzahirkan Sifat-Sifat-Nya ke atas Diri kita adalah bertujuan supaya dijadikan Tempat memandang Sifat-Sifat-Nya kepada mereka-mereka yang berpandangan jauh.


Ramai yang masih tidak memerhatikannya. Sifat hidup, Sifat mengetahui, Sifat berkuasa, Sifat berkehendak, Sifat melihat, dan Sifat berkata-kata yang dipakaikan Allah atas Diri kita, adalah menjadi tanda kebesaran-Nya atas Diri kita supaya kita memerhati dan melihatnya. Sifat-Sifat tersebut bukannya Sifat peribadi kita tetapi Sifat tersebut sebenarnya adalah hak kepunyaan Mutlak Allah Ta’ala.


Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman semata-mata. Dari itu hendaklah kita sedar dan insaf akan hal itu. Kesemua Sifat-Sifat tersebut adalah hak milik Allah dan kepunyaan Allah swt yang sepatutnya dikembalikan semula kepada Tuan yang Ampunya, *sementara hayat masih dikandung badan*.


Penzahiran Sifat ma’ani (Angin) atas Makluk (Diri kita) adalah sekadar pinjaman yang berupa pakaian sementara, yang Akhirnya dikehendaki kembali semula kepada Tuan 

yang Ampunya. Allah tidak boleh diibarat atau dimisalkan dengan sesuatu.


Maha suci Allah dari ibarat dan misal. Segala misalan atau segala perumpamaan yang dinukilkan itu, hanyalah sekadar untuk mempermudahkan faham. Sifat ma’ani itu, adalah seumpama Bayang-Bayang, manakala Allah Ta’ala itu, adalah seumpama Tuan yang Ampunya bayang.


Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu.? – bagaimana ia menjadikan Bayang-Bayang itu terbentang luas kawasannya dan jika ia kehendaki tentulah ia menjadikannya tetap tidak bergerak dan tidak berubah Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;


Allah Jadikan Manusia dalam Bayang-Nya


Maksud Bayang itu, adalah merujuk kepada Makhluk dan Diri kita. Bayang (Diri) sebenarnya tidak mempunyai apa-apa Sifat. Bayang hanya sekadar Sifat yang menumpang dari yang Ampunya bayang. Bergeraknya bayang adalah gerak daripada yang Ampunya Bayang. Berdirinya Bayang adalah dengan berdirinya Tuan yang Ampunya Bayang (Allah). Mustahil Bayang itu boleh berdiri dengan sendiri tanpa kuasa dari yang Ampunya Bayang (Allah). Bayang dengan yang Ampunya Bayang itu, mustahil bersatu dan mustahil bercerai.


Diri kita dengan wajah Allah itu, adalah seumpama ujud Bayang dengan yang Ampunya Bayang atau seumpama Bayangan wajah di permukaan cermin. Sifat ma’ani itu tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa bergantung dari sifat maknawiah. Hubungan antara sifat ma’ani dengan sifat maknawiah itu, adalah seumpama hubungan antara Bayang dengan yang Ampunya Bayang.


Contohnya seumpama Sifat mata dengan penglihatan, Sifat telinga dengan pendengaran dan Sifat mulut dengan yang berkata-kata. Walau bagaimana keadaan sekalipun, ianya tetap tidak boleh bercerai dan juga boleh bercantum. Inilah yang dikatakan hubungan Sifat ma’ani dengan sifat ma’anawiah itu, bercantum tidak bercerai tiada.


Tiada bercerai antara Nafi dan Isbat, dan siapa-siapa yang menceraikan antara keduanya maka orang itu kafir adanya.


Bayang bukan Cahaya tetapi tidak lain dari Cahaya. Cahaya bukan Matahari tetapi tidak lain dari Matahari. Begitu jugalah contohnya hubungan antara Allah dengan Diri kita. Dari itu marilah kita sama-sama mengambil faham dan insaf bahawa Sifat yang kita miliki ini, sebenarnya hak kepunyaan Allah, yang harus kita serah kembali kepada yang Ampunya.


Tujuan mempelajari Sifat ma’ani adalah bertujuan supaya kita mengaku bahawa sebenarnya Diri kita ini tidak ada, tidak wujud, dan tidak terjadi. Yang wujud, yang ada dan yang terjadi adalah hanya semata-mata Allah, seumpama Sifat Bayang, terzahirnya Bayang itu, adalah bagi tujuan menampakkan dan menyata Sifat yang Ampunya Bayang itu sendiri.


Di dalam keghairahan membicarakan soal Sifat ma’ani, harus diingat bahawa Allah tidak bertempat. Allah tidak menjelma ke atas jasad. Allah tidak bertempat di dalam atau di luar badan, Allah tidak bersatu, tidak bercantum dengan badan, Allah bukan kesatuan, Allah bukan bersyarikat, bukan bercantum dengan jasad kita. Ada orang yang mengaku bahawa Allah menjelma di dalam jasad dan tidak kurang pula ada yang mengaku menjadi Allah dan sebagainya.


Bukan kita yang meliputi Allah, tetapi Allah lah yang meliputi kita. Kesemua Sifat yang kita miliki ini adalah milik Allah, Sifat yang ada pada diri kita akan hancur, binasa dan hilang lenyap, Sifat yang kekal dan yang Abadi itu, hanyalah Allah swt.


Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. Bagi-Nya lah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepada-Nya lah kamu semua dikembalikan.


Apa Hubungan Sifat Maani Dengan Roh.


Sifat ma’ani adalah wajah Allah yang terzahir melalui Sifat dan rupa paras Roh, melalui Sifat mata, mulut, telinga, dan anggota tubuh seluruhnya. Sebagaimana rupa dan paras Roh, sebegitulah Wajah ma’ani Allah, kerana Rohlah Sifat ma’ani Allah.


Untuk melihat Sifat ma’ani Allah, lihatlah pada Wajah dan Sifat rupa paras Diri kita sendiri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar