Laman

Selasa, 22 Oktober 2013

Rahasia diam


 

Rahsia diam

Seorang salik  akan memasuki satu keadaan seperti keadaan  orang yang sedang tidur ataupun istilah yang biasa didengar ‘mati sebelum mati’, ataupun dengan istilah yang mudah ‘diam’, iaitu fikiran tidak bergerak, batin dan jasad juga tidak bergerak.
Qs Az Zumar 39:42:
Allah mematikan manusia (memegang rohnya) ketika mati, dan bagi yang belum mati di dalam tidurnya, lalu Allah menahan roh orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan roh orang yang lain (tidur) sampai waktu yang ditentukan.
(Bagi salik yang mencapai tahap ini ia berpeluang untuk memasuki alam ruh dengan izin Allah).
Keadaan diam ini dilakukan supaya pencinta mencapai keadaan ‘mati sebelum mati’ atau ‘keadaan semacam orang tidur’.

Untuk mencapai keadaan ini, diam ini perlulah berhujung kepada hilangnya semua perasaan dan fikiran, sehingga tercapai keadaan ketiadaan rasa apa-apa pun, tetapi masih dalam kesadaran.
Diam itu tidak bergerak
Tidak bergerak itu mati
Mati itu hakikat tiada
Tiada itu adalah kekosongan
(hanya ada Allah)

Sebelum salik mencapai makam diam ini, salik  perlu melepasi beberapa tahapan sebelumnya iaitu:
Fana Rasul
Fana Allah
Baqa Allah
Liqa Allah (aspek wujud Allah).

Bagi pencinta Allah ingatlah bahawa:

Diam itu adalah singgahsana NYA
Diam itu adalah Hakikat Muhamad (Wahdah)
Diam itu adalah sumber Kun Fayakun
Diam itu mengangkat salik ke makam Insan Kamil Mukamil.

Tanpa proses ‘diam’ ‘kepongpong tidak akan menjadi kupu-kupu’.
Jelaslah sangat penting proses  diam ini,, umpama menunaikan haji di Mekah, tanpa wukuf di Arafah,, maka tiadalah haji. (ia tidak boleh diganti dengan dam), perlu dilakukan sendiri.

MasyaAllah.

Pertanyaan




Di dalam kitab Syarabul Asykin, sebuah kitab lama, karangan sufi terkenal Hamzah Fansuri,  ana dapati ada dua soalan yang sesuai untuk ditanyakan pada sepanjang zaman.
Soalan yang sering ditanya oleh pencari Allah:
  1. Jikalau Dzat Allah pada sekelian semesta alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?
  2. Jikalau Dzat Allah lengkap kepada makhluk (manusia), maka siapakah yang merasai seksa neraka dan siapa pula yang merasai nikmat syurga?
Mari kita lihat, jawapan yang diberikan oleh Sufi terkenal itu:

Soalan pertama:
  1. Jikalau Dzat Allah pada sekelian semesta alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?
Jawapan:
Seperti panas lengkap kepada sekelian alam, kepada najis pun lengkap, kepada benda busuk pun lengkap, kepada baik pun lengkap, kepada jahat pun lengkap, kepada Kaabah pun lengkap, kepada rumah berhala pun lengkap, kepada sekeliannya pun lengkap:
Kepada najis ia tidak akan najis, kepada busuk ia tidak akan busuk, kepada baik ia tidak akan baik, kepada jahat ia tidak akan jahat:
Daripada kaabah tidak ia beroleh kebajikan, daripada rumah berhala tidak ia beroleh kejahatan:
Sedangkan panas lagi demikian, lagikan pula Allah SWT, suci daripada segala suci, maka fikirkanlah  supaya mendapat fahaman yang benar.

Soalan kedua:
  1. Jikalau Dzat Allah lengkap kepada makhluk (manusia), maka siapakah yang merasai seksa neraka dan siapa pula yang merasai nikmat syurga?
Jawapan:
Seperti emas dan asyrafi (kotoran), (emas mengandungi asyrafi), jikalau dibakar asyrafi juga yang hangus terbakar, emas tidak terbakar. Sungguhpun asyrafi dan emas tidak bercerai antara satu sama lain, apabila dibakar asyrafi juga yang hangus, emas tetap baqa (kekal).
Asyrafi umpama makhluk dan emas umpama Khaliq (Tuhan);  apabila dibakar makhluk juga yang hangus dan binasa, Tuhan tetap baqa (kekal).

(ulasan: Hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan, kenyataan ini adalah benar, dan ia tidak perlu diragukan lagi.
Bagi mereka yang berada di makam ini, mereka berpendapat  hamba dan Tuhan itu, tidak esa, tetapi dua. Maka jadilah tuhan dan hamba itu dua. Jikalau demikian mereka tertakluk di bawah hukum qada dan qadar. Maka buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat.
Bagaimanapun, bagi mereka yang makrifatullah, mereka tahu  bahawa hamba dan Tuhan itu esa jua. Sebagai analogi mereka yang makrifatullah ini, umpama ombak kembali menjadi Laut.
Nah,,
Jikalau demikian, adakah mereka tertakluk kepada hukum QADA DAN QADAR? Adakah mereka kena seksa juga?)
Cuba fikirkan.
MasyaAllah.

Tauhid penyaksian


penyaksian

Tauhid (atau pun keesaan) bagi yang telah menyaksikan (basyariah) Allah terbahagi kepada dua:

1                   Tauhid Dzati (atau Tauhid Rububiyah)
2                   Tauhid Syuhudi (atau Tauhid Uluhiyah)

Cuba kita perhatikan dahulu apa dan bagaimana yang dikatakan Tauhid Dzati itu:


1                   Tauhid Dzati 

Salik itu merasakanA keesaan dalam Dzat Yang Esa, ini selalu dirasakan, tidak kira di mana saja ia berada, kepada salik itu tidak mungkin Dzat Yang Esa itu, tidak ada, walaupun sesaat.
Peringkat ini merupakan makam Haqqul Yakin, atau juga disebut wahdah al wujud (esa dalam wujud), bagaimnapun ini baru peringkat rasa,  iaitu salik merasakan Dzat Allah sentiasa bersamanya, atau juga boleh dikatakan salik larut dalam Dzat yang suci itu, yang tinggal hanya Allah.
Bagaimanapun, di atas peringkat ini ada lagi satu peringkat, iaitu peringkat penyaksian tajali Allah.

2                   Tauhid Syuhudi

Setelah salik menempuh fana dan sirna fana itu (baqa), maka muncullah penyaksian… tajalli Illahi.
Pada saat itu  benar-benar penglihatan dan penyaksian salik tertumpu kepada  Allah. (makam Isbatul Yakin). Salik menyaksikan kehadiran Dzat Yang Mutlak… tajalli Dzat Illahi.
Kajian (pelajaran) ini tidak banyak dibincangkan, dan tidak banyak diteorikan, tetapi hanya dipraktiskan oleh mereka, yang dibukakan rahsia ini oleh Allah. Kerana ia termasuk dalam rahsia-rahsia Allah.
Bagaikan kata saudara Tahjud nan mulia, “Allah sangat boleh dikenali, tetapi tidak dapat diperkenalkan”.  
Kerana  apa?
Kerana  Allah  hanya dapat dikenali apabila Dia memperkenalkan DiriNya kepada DiriNya.
Dalam penyaksian Tajalli Dzat Allah ini, jasad tidak bergerak (dilihat: bahasa kiasan) sama-sekali. Jikalau jasad masih bergerak dan fikiran masih bergerak, maka batallah apa yang disaksikan.
Atau dengan lain perkataan, kehadiran Dzat Allah, sebagai kurnia yang dimukasyafahkan (dibukakan) kepada Si Penyaksi menjadi gelap (terhijab).

Sejajar dengan makam ini, sufi terkenal Ibn Arabi, menjelaskanya dalam bentuk syair:
Jika telah fana salik menuju Tuhannya,
Kemudian menjadi sirna kefanaan,
Maka muncullah yang NYATA,
Mata hari dalam kesucian terbit di dalam guanya,
Dzat Yang Maha Wujud dimakam teratas HadiratNya,
Terlihat NYATA,
Terlihat Yang Esa tanpa bilangan tidak terbilang,
Dalam kesaksan keindahan pada peringkat darjat ketajalian
(satu per satu).

Semoga bermanfaat

Penyaksian mata hati


Penyaksian mata hati

Penyaksian hakiki mata hati berlaku apabila salik mengalami suasana (hal) yang menyebabkan dia menafikan kewujudan dirinya dan menetapkan kewujudan Allah. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh qalbu salik  tersebut.

Mata hati salik hanya melihat kepada wujud Allah, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Salik yang berada dalam keadaan sebegini telah fana  daripada sifat-sifat kemanusiaan.
Penyaksian mata hati adalah jauh lebih tinggi daripada ilmu makrifat, kerana penyaksian itu adalah hasil daripada perjalanan panjang, keteguhan hati, dan pengalaman pahit getir yang dialami salik dalam menempuh perjalanan pulang ke kampung akhirat (kembali kepada Allah).

Penyaksian mata hati ini adalah setinggi-tinggi keyakinan terhadap kewujudan Allah, inilah yang dikatakan Isbatul Yakin. Salik yang telah mengalami isbatul yakin, maka syahadahnya bukan lagi  syahadah yang palsu, tetapi beliau  melihat wujud Penciptanya dengan nyata ketika bersyahadah. Hanya syahadah yang sebeginilah yang dapat menjamin keselamatan salik di dunia dan di akhirat.
Pada penyaksian ini salik tidak lagi melihat kepada ketiadaan diri atau kewujudan dirinya, tetapi salik melihat wujud Allah dalam segala sesuatu.
Penyaksian mata hati adalah melihat wujud Allah tanpa dinding, tiada lagi antara, antara salik dan Penciptanya. Tiada lagi antara, antara  kedua-duanya.

QS Al Hadid 4: Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.
Sejajar dengan Firman yang mulia itu,  sememangnya, salik tidak lagi terpisah daripada Allah.  Penyaksian mata hati ialah salik melihat Allah dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangan salik terhadap makhluk tidak lagi menutup pandangannya kepada Penciptanya. Di sinilah makam keteguhan yang terdapat di dalamnya ketenangan dan kedamaian yang kekal.

Pada penyaksian mata hati ini, salik tiada lagi ucapan, tiada lagi bahasa, tiada lagi ibarat, tiada lagi ilmu, tiada lagi makrifat, tiada lagi pendengaran, tiada lagi kesadaran, tiada lagi hijab, bahkan segala sesuatu sudah tiada lagi, yang ada hanyalah yang Esa.

Tabir telah tersingkap, Salik memandang Dia tanpa ibarat, tanpa huruf dan tanpa kata-kata. Allah dipandang dengan mata hati (keyakinan) bukan dengan mata yang ada di kepala. Salik yakin bahawa  Allah lah  yang dipandang, walaupun tiada suatu petunjuk  pun untuk diberitahu dan tiada satu pengenalan pun untuk mengenalinya.

Salik yang mengalami suasana ini, beliau kekal bersama Allah pada setiap saat, setiap ruang dan setiap keadaan. Salik yang beginilah yang berzikir (melihat yang diingat) ketika berdiri, duduk dan berbaring, bahkan dalam segala keadaan pun.
MasyaAllah.

Manusia dan nafsu




Dari Anta:
Tulisan Saudara Tahjud.

MANUSIA DAN NAFSU

Rasullullah SAW Bersabda:
“INNA AURAMA YANJURU MIN AKMALIHIS SHALAT PA’IN ZAJAT LAHU NUJIRA FISA IRI AKHMALIHI WAINLAM TAJUD LAHU YANJURU FISAI IN MIN AKHMALIHI BAKDA”

Artinya: Sesungguhnya yang mula-mula dilihat oleh Allah dari amal perbuatan dari anak manusia adalah shalatnya. Apabila shalatnya sempurna maka diterimalah shalatnya itu dengan amal-amal yang lain. Jika shalatnya tidak sempurna maka ditolaklah shalatnya itu dengan amal-amal yang lain. (HR ,Al-Hakim).
“YAKTI ALANNAASI ZAMANU YUSALLUUNA WAYA TUSALLUUN “
Artinya : Akan datang kepada manusia suatu zaman, banyak yang shalat padahal sebenarnya mereka tidak Shalat (HR.Ahmad).
FAWAILUL LIL MUSALLIN……..Maka celakalah bagi orang-orang yang shalat.
ALLAZINAHUM AN SHALATIHIM SAHUN
…….(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. (QS Al-Maun: 4,5)

QAD AFLAHA MAN TAJAKKA, WAJA KARAS MARABBIHI FASHALLAH
Artinya :Sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang selalu mensucikan dirinya (jiwanya).
Dan ia ingat nama Tuhannya lalu ia shalat. (AL-A’LQA: 14,15).


MANUSIA

Tatkala manusia dilahirkan ke dunia.  Bayi itu menangis dan tangisan tersebut mengandung makna sebagai berikut :
  1. Tangisan pertama manusia itu merasa berat bebannya karena harus menanggung Rahasia Allah (Nyawa/ Roh).
  2.  Tangisan kedua manusia merasa gembira karena telah dilahirkan ke dunia dan menjadi mahluk yang termulia.
Bayi yang berumur satu hari membawa kalimah pikun  dan ketika Bayi mulai ketawa Ahmad namanya. Kemudian masa genggaman tangan mulai terbuka Muhammad Namanya,  sampai akil Baliqh, namanya Muhammad. Dan pada masa akil Baliqh inilah segala perintah Allah wajib baginya.

Manusia atau Insan terdiri dari :
1. Jasmani atau Jasad Kasar
2. Rohani atau Jasad Halus

Jasmani atau Jasad kasar ini dinamakan Muhammad. Sedangkan Rohani atau Jasad Halus dinamakan diri Bhatin atau Roh atau diri Rahasia Allah. Tanpa diri batin atau Roh, manusia itu disebut mayat.

Jadi yang dinamakan manusia itu karena dia menanggung Rahasia Allah (nyawa/Roh).

Karena manusia menanggung Rahasia Allah (diri Bhatin/Nyawa/Roh) maka manusia harus berusaha mengenal dirinya, iaitu diri yang sebenar-benarnya diri dan dengan mengenal dirinya manusia akan mengenal Tuhannya, sehingga lebih mudah kembali menyerahkan dirinya kepada yang punya diri pada waktu dipanggil oleh Allah SWT,  yaitu tatkala berpisah antara Roh/Nyawa dengan Jasadnya.

Manusia akan berguna di sisi Allah jika ia dapat menjaga Rahasia Allah (Nyawa/Roh), yaitu diri yang sebenar-benarnya diri. Sehingga sembahyang itu bukan berarti menyembah, tapi suatu istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kita itu  hanyalah diri Allah semata.
Kita menyaksikan bahwa diri kitalah yang membawa dan menanggung Rahasia Allah SWT, dan tiada sesuatu pada diri kita hanya Rahasia Allah semata, serta tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah semata.

 “INNA ‘ARADNAL AMANATA ‘ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL. FA ABAINA ANYAH MIL NAHA WA’ASFAKNA MINHA WAHAMALAHAL INSANU” (Al-Quran Surat AL-AHZAB: 72)

Artinya : “Sesungguhnya kami (Allah) lelah menawarkan suatu amanat kepada langit, Bumi, dan Gunung-gunung, tapi mereka enggan menerimanya (Memikulnya) karena merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya”.
Dan karena Firman Allah inilah kita mengucap (syahadah).

“ASHADU ALLAA ILAA HA ILALLAH, WA ASHADU ANNA MUHAMMAD DARRASULULLAH”.
Artinya: Kita bersaksi dengan diri kita sendiri, bahwa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah SWT. Semata, dan tubuh zahir kita (Muhammad) sebagai tempat menangggung Rahasia Allah.

ALLAHUMMA SHALLI ‘ALA SYAIDINA MUHAMMAD WA’ALA ALI SYIDINA MUHAMMAD. KAMA SALAITA ‘ALA SYAIDINA IBRAHIM, WA’ALA SYAIDINA IBRAHIM,WABARIK ‘ALA SYAIDINA MUHAMMAD, WA’ALA SYAIDINA MUHAMMAD, KAMA BARAKTA ‘ALA SYAIDINA IBRAHIM, WA’ALA SYAIDINA IBRAHIM. FIL ALAMIN INNAKA HAMIDUN MAJID. (salawat)

Dasar Hukumnya.
WA FII ANFUSIKUM AFA LAA TUBSHIRUUN.
Artinya : “Aku (Allah) ada pada dirimu (Jiwamu) mengapa kamu tidak memperhatikan.(tidak melihat). (AL-QUR’AN Surat AL-ZARIYAT: 21.)
WALIL LAHIL ASMA’UL HUSNA FAD ‘UHU BIHA.
Artinya : “Hanya milik Allah Asma’ul Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma’ul Husna itu  (QS.AL-ARAF: 180).

INNAMA YATAZAK KARU ULUL-ALBAB
Artinya : “ Hanya orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran ini.

(QS.AR-RADU: 19).

ALLAZINA YUFUNA BI’AHDILLAHI WALA YAN QUDUNAL MISAQ
Artinya : “(yaitu) orang-orang yang memenuhi janji. (QS.AR-RADU: 20).

NAFSU
Suatu perlakuan naluri manusia yang mendorong manusia berperilaku menyimpang yang bertentangan dengan syariat dan hakekat Allah SWT. Karena nafsu itu merupakan tahap hijab yang harus ditembus atau dipecahkan oleh seorang anak manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya.
Tanpa memecahkan dinding hijab ini manusia tidak mungkin dapat kembali kepada Tuhannya semasa hidupnya di dunia atau mematikan dirinya sebelum mati.
Tujuh (7) martabat nafsu:

NAFSU AMARAH——–dimurkai Allah
NAFSU LAWAHMAH—-dimurkai Allah
NAFSU MULHAMAH—-dimurkai Allah
NAFSU MUTMAINAH—diridhai Allah
NAFSU RADIAH——–diridhai Allah
NAFSU MARDIAH—–diredhai Allah
NAFSU KAMALIAH—-disempurnakan Allah


WALAKAT HALAKNA PAUKA KUM SAB’ATARA-IKA
Artinya : Kami telah menciptakan dirimu tujuh jalan (nafsu).  (Q.S. Al-Mu’minun: 17)
Memancarnya suatu nur di dalam Jantung itulah yang dinamakan kalbu. (Iman)
Setelah memecahkan dinding hijab yang disebut Nafsu Amarah

Innan Nadsa la-am maratun bissu-i
Artinya : Sesungguhnya nafsu amarah itu senantiasa menyuruh berbuat jahat.
Semoga bermanfaat.

salam alaika
Tahjud,

Menuju Maha Pencipta

 

Menuju Maha Pencipta.

Hendaklah salik melintasi alam (dan bukan alam) untuk  menuju kepada Yang Maha Pencipta, sesungguhnya Tuhan  adalah tujuan yang benar dan yang pertama.
Keadaan salik yang tidak dapat melepaskan diri dari alam atau dengan kata lain syirik kepada Allah, adalah umpama seekor unta yang berputar mengelilingi batu penggiling, walaupun jauh ia berjalan, tapi akhirnya kembali ke tempat asalnya ia bermula, bukankah ini perbuatan yang sia-sia dan membuang waktu.

Oleh itu, keluarlah dari perbuatan yang sia-sia itu dan masuklah ke dalam Wujud Yang Maha Pencipta. Bagaimanapun untuk memasuki wujud tersebut terdapat banyak halangan dan penjara yang perlu dilalui, sebelum sampai ke matlamat yang dituju (Wujud Allah).
Yang pertama membebaskan diri daripada penjara alam jasad:
Penjara alam jasad adalah hawa nafsu. Di dalam penjara ini tersedia banyak hidangan yang lazat-lazat, seperti kekuasaan, kemuliaan, puji-pujian, tamak, haloba, dengki, khianat dan sebagainya.
Jika mahu bebas daripada penjara ini perlulah menjauhkan diri daripada perkara yang tidak baik itu, perkara-perkara itu menjadi penghalang kepada perjalanan salik menuju Penciptanya.
Penjara kedua adalah dunia.

Penjara ini mengandungi pelbagai keindahan dan keseronokan yang menjanjikan keabadian yang palsu kepada salik. Penjara ini menghidangkan pelbagai jenis nikmat yang seronok dan menghairahkan. Dengan lain kata inilah yang dikatakan penjara syahwat. Jikalau salik lalai dan panjang angan-angan, maka nampaknya tidak ada kemungkinan salik itu dapat bebas daripada penjara ini.
Penjara ketiga adalah akhirat.

Nampaknya hidangan-hidangan yang disediakan dalam penjara ini lebih enak daripada penjara dunia, di sini hidangannya adalah pahala, syurga dan bidadari yang cantik lagi menggoda. Rantai yang membelenggu  dalam penjara ini adalah kehendak dan keinginan diri sendiri. Menganggap diri sendirilah yang melakukan segala sesuatu sama ada baik atau buruk.
Bagaimanapun, kenderaan yang dapat membebaskan salik daripada penjara ini adalah ilmu, iaitu salik tidak memandang kepada perbuatannya tetapi adalah anugerah daripada  Allah SWT.
Penjara keempat adalah alam malaikat.

Inilah penjara alam maujud yang terakhir. Hidangan yang terdapat dalam penjara ini adalah kehampiran dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Rantai yang membelenggu  salik dalam penjara alam malaikat ini adalah sisa-sisa kehendak diri sendiri dan kesadaran tentang diri sendiri, iaitu segala yang dilakukan adalah atas daya diri sendiri bukan kurniaan Allah SWT.
Untuk keluar dari penjara ini perlulah menghapuskan segala kehendak, keinginan, cita-cita dan angan-angan dengan menyadari bahwa salik adalah kosong, yang ada hanyalah Allah semata-mata.

Penjara kelima adalah ilmu Allah SWT.
Ilmu Allah SWT bukanlah alam, sebagaiman empat penjara yang sebelumnya, yang mana penjara-penjara tersebut adalah alam ciptaan Penciptanya. Ilmu Allah adalah sesuatu yang bersangkutan dengan hal-hal ketuhanan itu sendiri.
Hidangan yang terdapat dalam penjara ilmu ini adalah rahsia-sahsia yang ghaib-ghaib tentang hukum-hukum  Allah SWT. Dalam hal ilmu Allah ini, salik dapat melihat pentadbiran Tuhan yang menggerakkan alam dan semua kejadian yang berlaku di dalamnya. Ilmu Allah sangat luas dan  tidak bersempadan.
Salik yang asyik dengan ilmu Allah akan terpenjara di dalamnya buat selama-lamanya. Oleh itu, ilmu hanya dijadikan sebagai kenderaan menuju kepada Yang Maha Pencipta, tetapi ilmu itu bukanlah sebagai tujuan terakhir.

Penjara keenam adalah makrifatullah.
Ini adalah penjara yang paling kukuh, ilmu Allah dan makrifatullah bukanlah alam maujud, tetapi yang berkaitan dengan hal-hal ketuhanan,  hidangan yang terdapat di sini adalah hakikat-hakikat,  hal-hal dan rahsia-rahsia berkaitan ketuhanan itu sendiri.
Jadi jika ditanya,,

Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh ilmu?
Pencapaian paling tinggi ilmu tentang Allah adalah aku tidak tahu, Allah tidak dapat difikirkan, tidak dapat dibayangkan, tidak satu pun yang menyerupainya.
Jikalau ante telah sampai ke tahap ini, ke tahap kebingungan-kebingungan ini maka tahulah ante, bahawa ante telah sampai ke kemuncak yang dapat dicapai oleh ilmu, maka beralih pulalah kenderaan kepada makrifatullah.
Jika ditanya pula,,

Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh makrifatullah?
Makrifatullah adalah berkaitan dengan Dzat Yang Maha Mutlak. Jikalau ditanya kepada makrifat apakah pencapaikan kamu yang paling tinggi?
Makrifatullah akan menjawab pencapaian aku yang paling tinggi adalah ke tahap  Dzat Allah,  tetapi aku tidak dapat mengenali Dzat Allah.

 Dzat Allah tidak dapat dikenal oleh sesiapa pun, termasuk para-para nabi dan wali-wali Allah. Makrifat berkata lagi, Dzat  Allah sekarang adalah sebagaimana Dia (Dzat Allah) dahulu juga. Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadapnya.  Bahkan bagi Dzat Allah tiada kini dan dahulu bagiNya.
Nah,,,
Oleh itu, sesiapa yang telah sampai ke makam makrifatullah, janganlah tinggal terpenjara di dalamnya, keluarlah dari penjara makrifatullah, barulah ante boleh sampai ke Hadirat Allah SWT atau bertemu Allah SWT.
Tapi,,,
Bagaimana ante boleh keluar dari penjara makrifatullah?
Keluarlah ante dengan tajrid (penganggalan atau pelepasan). Pelepasan dari segala sesuatu termasuk diri ante sendiri adalah syarat utama untuk sampai ke Hadirat Allah SWT atau bertemu dengan Allah SWT.

Ante perlulah melepaskan ilmu pengetahuan ante, amal ibadah ante, makrifat ante, sifat ante, nama ante, bahkan segala-galanya.
Dengan demikian barulah ante bertemu Allah SWT seorang diri dan tanpa bekal, tanpa apa-apa pun, hanya dengan KurniaNya jua.

MasyaAllah,   

Kehidupan dunia


Dari Anta
Tulisan Saudara Ismailsgbuluh

Kehidupan dunia

Salamun Alailka Yaa Habibullah
Wa salamun alaikum Yaa Ibadallah

Khabarkan kepada ku tentang kehidupan di dunia ini,
Tidaklah ia melainkan suatu ilusi yang nyata,
dan gurau-senda yang melalaikan jiwa.

Kenapa begitu kejadiannya Yaa Habib?
Tidak lain dan tidak bukan melainkan ia suatu medan ujian bagi Allah menentukan siapa di kalangan hamba-hamba Nya yang ber-Ihsan di dalam amalan mereka,
Kerna itu Sayyidul Mursaliin mengatakan yang paling bijaksana di antara kamu ialah mereka yang meninggalkan Ad-Dunya dan seterusnya membuat persiapan untuk mendiami Al-Aakhiroh (kembali kepada Allah, walaupun masih hidup di dunia ini).

Bagaimana aku bisa meninggalkan Ad-Dunya ini Yaa Abdillah?
 

Carilah oleh mu Wasilah yang bisa menenteramkan hati kamu,
Ingatlah akan asal dan kesudahan mu,
Duduklah dengan Nabi mu dengan memperbanyakkan selawat ke atas nya kerna sekalian yang duduk dengan nya akan selamat.
Lihatlah kesudahan pada para Sahabat nya semua,
Kemudian kerahkan Aqal mu agar berlaku jujur pada pemerhatiannya,
Pastikan hati mu ikhlas di dalam kehendak nya.

Bagaimana aku bisa mempersiapkan Al-Akhiroh ku Yaa Sayyidi?

Kembalikanlah jiwa mu kepada Pencipta nya dengan istighfar, kerna tatkala itu Dia kan mendakap mu dengan penuh kasih dan sayang,
Nafikan keberadaan Ad-Dunya mu kerna ia bukanlah sebab kamu diciptakan,
Ad-Dunya itu tidak lebih dari satu sandiwara yang palsu belaka… tetapi sempurna penciptaannya kerna ia menepati hukum yang telah ditentukan,
Benarkanlah hatimu kerna di situ lah kamu akan menemukan Al-Akhiroh mu (Allah).

Bukankah kamu sudah mengakui bahawasanya sekalian yang ada pada diri kamu itu adalah pinjaman semata-mata dari Zat Yang Maha Esa?
Apakah kamu memiliki hati dan aqal kamu?
Apakah kamu yang menciptakan penglihatan dan pendengaran kamu?
Apakah kamu yang memiliki kekuatan kedua-dua tangan dan kaki kamu?
Jika benar kamu lah pemiliknya, mengapa kamu menjadi buta dan tuli? Mengapa kamu menjadi lemah setelah diri mu itu dimamah usia?

Khabarkan kepada ku jawaban nya wahai jiwa!
Boleh kah kamu hidup tanpa mati, jika benar kamu lah pemilik segala apa yang ada pada diri kamu itu?


Tinggalkan hawa nafsu mu dan kembalikan ruh mu kepada Pemilik nya yang sebenar dengan mengaku kedho’ifan dan kefaqiran mu itu,
Kamu tidak akan bisa berjumpa dengan kemenangan melainkan Dia yang memenangkan kamu,
Biarlah Dia saja yang membersihkan hati mu dengan Nur nya yang menerangi langit dan bumi,
Berlepaslah kamu dari sekalian khayalan dan angan-angan yang tercipta oleh kehendak hawa nafsu,
Janganlah kamu berkehendak barang apa pun melainkan ia kehendak Ilahi.

Dan perhatikanlah bahawasanya selagi kamu tidak meninggalkan Ad-Dunya kamu, selagi itulah keberadaan kamu itu didalam dosa yang nyata…
Dan sesungguhnya… tiadalah berarti kehidupan kamu itu jika Al-Akhiroh (Allah) tidak mendiami di hati kamu.
(Hajirikhusyuk: Hendak pulang ke kampung akhirat (bertemu Allah) tidak perlu tunggu mati, pertemuan itu seharusnya dilakukan di dunia ini juga dengan jalan “mati sebelum mati” atau ” Titik ghaib, maka nyatalah Alif,  atau, Ghaib Hamba, maka timbullah Dia).

Salam,
Ismailsgbuluh.