Laman

Selasa, 22 Oktober 2013

Pertanyaan




Di dalam kitab Syarabul Asykin, sebuah kitab lama, karangan sufi terkenal Hamzah Fansuri,  ana dapati ada dua soalan yang sesuai untuk ditanyakan pada sepanjang zaman.
Soalan yang sering ditanya oleh pencari Allah:
  1. Jikalau Dzat Allah pada sekelian semesta alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?
  2. Jikalau Dzat Allah lengkap kepada makhluk (manusia), maka siapakah yang merasai seksa neraka dan siapa pula yang merasai nikmat syurga?
Mari kita lihat, jawapan yang diberikan oleh Sufi terkenal itu:

Soalan pertama:
  1. Jikalau Dzat Allah pada sekelian semesta alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?
Jawapan:
Seperti panas lengkap kepada sekelian alam, kepada najis pun lengkap, kepada benda busuk pun lengkap, kepada baik pun lengkap, kepada jahat pun lengkap, kepada Kaabah pun lengkap, kepada rumah berhala pun lengkap, kepada sekeliannya pun lengkap:
Kepada najis ia tidak akan najis, kepada busuk ia tidak akan busuk, kepada baik ia tidak akan baik, kepada jahat ia tidak akan jahat:
Daripada kaabah tidak ia beroleh kebajikan, daripada rumah berhala tidak ia beroleh kejahatan:
Sedangkan panas lagi demikian, lagikan pula Allah SWT, suci daripada segala suci, maka fikirkanlah  supaya mendapat fahaman yang benar.

Soalan kedua:
  1. Jikalau Dzat Allah lengkap kepada makhluk (manusia), maka siapakah yang merasai seksa neraka dan siapa pula yang merasai nikmat syurga?
Jawapan:
Seperti emas dan asyrafi (kotoran), (emas mengandungi asyrafi), jikalau dibakar asyrafi juga yang hangus terbakar, emas tidak terbakar. Sungguhpun asyrafi dan emas tidak bercerai antara satu sama lain, apabila dibakar asyrafi juga yang hangus, emas tetap baqa (kekal).
Asyrafi umpama makhluk dan emas umpama Khaliq (Tuhan);  apabila dibakar makhluk juga yang hangus dan binasa, Tuhan tetap baqa (kekal).

(ulasan: Hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan, kenyataan ini adalah benar, dan ia tidak perlu diragukan lagi.
Bagi mereka yang berada di makam ini, mereka berpendapat  hamba dan Tuhan itu, tidak esa, tetapi dua. Maka jadilah tuhan dan hamba itu dua. Jikalau demikian mereka tertakluk di bawah hukum qada dan qadar. Maka buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat.
Bagaimanapun, bagi mereka yang makrifatullah, mereka tahu  bahawa hamba dan Tuhan itu esa jua. Sebagai analogi mereka yang makrifatullah ini, umpama ombak kembali menjadi Laut.
Nah,,
Jikalau demikian, adakah mereka tertakluk kepada hukum QADA DAN QADAR? Adakah mereka kena seksa juga?)
Cuba fikirkan.
MasyaAllah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar