PEYAKSIAN KALIMAH SYAHADAH
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalan. Disini saya tidak
bercadang untuk mengupas atau tidak bercadang untuk menterjemahan
syahadah dalam bentuk kalimah tauhid atau kaliamah Rasul. Keranan kaimah
tauhid dan kalimah Rasul, tafsir panjang lebar sudah terkandung dan
sudah terdapat didalam kitab mengenal makrifat (kitab mengenal Allah
yang bewarna hijau), halaman 26 daripada muka surat 496 sehingga 530.
Dikesepatan ini, saya bercadang untuk membicarakan tentang peyaksian,
iaitu apa maksud saksi dan apa makna meyaksikan!. Sebelum berkalimah
syahadah, terlebih dahulu marilah bersama-sama kita memohon petunjuk dan
hidayah dari Allah s.w.t, agar lafaz yang terkeluar dari kalam bibir
kita itu, dipersetujui, diperkenan dan diredhai Allah s.w.t.
Bagi
mendapatkan perkenan atau persetujuan Allah s.w.t, hendaklah terlebih
dahulu kita tanya kepada diri kita sendiri, apakah kalimah syahadah yang
telah berlangsung di kalam bibir kita itu, dihayati dengan sajian ilmu
atau berlangsung dengan sekadar dendangan alunan suara bibir?. Hanya
hati mereka-mereka yang ditunjuki, dianugerah dan yang dikehendaki
Allah s.w.t sahaja yang dapat membuka simpulan iman yang tersembunyi di
sebalik kalimah syahadah. Allah s.w.t sahaja yang dapat membuka simpulan
iman itu dan hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat memberi petunjuk ke
arah mengetahui rahsia di sebalik syahadah.
Simpulan iman yang
tersimpul di sebalik syahadah itu, teramat sulit untuk dibuka oleh akal.
Syahadah itu, tersimpul disebalik simpulan iman. Simpulan iman itu
tersimpul di dalam kalimah “tahu“ tetapi tidak “mengetahui” (kenal).
Perkataan tahu itu, adalah simpulan yang tersimpul di sebalik khayalan
akal atau hanya sekadar angan-angan.
Tanya: Siapa saksi dan siapa yang meyaksikan?.
Jawab: Semasa melafaz dua kalimah syahadah, kita dikehendaki
menghadirkan saksi dan mengadakan saksi. Barulah lafazan kita itu
diterima pakai, jika kita melafazkan dengan tidak ada saksi, seumpama
lafaz seekur burung tiung dan seumpama lafaz dari sebuah radio kaset
Sebelum kita melafazkan kalimah syahadah, terutamanya di dalam solat,
kita dikehendaki menghadirkan dan menyatakan wajah Allah terlebih dahulu
di dalam hati. Setelah wajah Allah itu benar-benar hadir di dalam lubuk
hati kita, barulah dua kalimah syahadah yang kita ucapkan itu, ada
nilai, ada makna dan ada yang menyaksikannya. Jika Allah tidak dapat
kita hadirkan, kepada Tuhan mana hendak kita persaksikan syahadah kita?.
Siapakah saksi dan siapakah yang menyaksikan di kala kita melafazkan
kalimah syahadah?. Yang bersaksi (melafaz) kalimah syahadah kita itu,
adalah roh, saksinya adalah Allah sendiri dan yang meyaksikannya atau
selaku pemerhatinya, adalah anggota zahir dan makhluk alam seluruhnya.
Oleh itu sebelum bersyahadah, kita dikehendaki menghadir dan menzahirkan
wajah Allah terlebih dahulu, sebagai saksi ucapan syahadah kita.
Barulah ucapan kita itu, boleh dikatakan dilafaz melalui saksi.
Jika kita tidak dapat menghadirkan Allah sebagai saksi, siapa lagi yang
hendak menjadi saksi kita?. Tidak sah sesebuah kesaksian (perjanjian),
bila kita yang melafaz, kita yang menjadi hakim dan kita juga yang
menjadi saksinya.
Syahadah yang sah dan yang diterima
Allah itu, adalah syahadah yang disertai dengan saksi. Saksi syahadah
kita itu, adalah Allah sendiri, tidak ada perantaraan dengan yang lain
selain Allah. Seandainya kita tidak mengenal Allah, bagaimana untuk
menghadirkan Allah ke dalam hati, sebagai saksi!. Seandainya kita tidak
mengenal diri, bagaimana pula untuk menghadirkan roh, bagi menyaksikan
perjanjian syahadah kita, ketika mulut melafazkan syahadah?. Selaku
orang Islam, jangan kita ambil mudah dan pandang ringan tentang
syahadah, ianya adalah payung kepada segala ibadah.
Apabila kedua-duanya tidak dapat kita hadirkan diketika bersyahadah atau
diketika sembahyang, apalah ertinya sebuah kalimah syahadah dan apalah
maknanya sebuah ibadah sembahyang, apakah ucapan kalimah syahadah dan
sembahyang kita itu, sudah dihadiri oleh wajah Allah dan roh?. jika
jawapannya memihak kepada tidak, apalah ertinya, gunanya dan nilainya
sebuah syahadah atau solat kita itu, tanpa kehadiran keduanya!.
Seandainya kita tidak mengenal Allah, kita tidak akan dapat memahami apa
ertinya sebuah kalimah tauhid (Laila hailallah). Manakala seandainya
kita tidak mengenal diri, kita tidak akan dapat memahami erti sebutan
kalimah rasul (Muhamadul Rasulullah). Pokok pangkalnya di dalam sebarang
ucapan kalimah syahadah yang kita lafazkan itu, ianya memerlukan kepada
perkara mengenal Allah dan Rasulnya terlebih dahulu. Barulah segala
ibadah dan segala ucapan yang kita lafazkan itu, penuh makna dan penuh
erti serta diterima Allah Taala. Apabila kita melafazkan ucapan dua
kalimah syahadah atau bersolat, hati kita hendaklah terlebih dahulu
menghadirkan Allah. Setelah Allah itu hadir dengan jelas dan nyata di
hati kita, barulah lafaz kita itu dianggap sah dan disertai sekali
dengan saksi dan yang menyaksikannya. Barulah syahadah kita itu,
diperakui benar oleh Allah Taala.
Kita tidak perlu
menghadirkan orang lain selain Allah bagi menjadi saksi dalam
berkalimah. Antara kita dengan Allah, tidak ada hijab, dinding, tembok,
sempadan atau perantara. Segala makhluk tidak layak untuk menjadi saksi
lafazan keramat syahadah, melainkan Allah sendiri. Bagaimana untuk
menzahir dan menghadirkan Allah ke dalam hati kita!, cara dan kaedah
untuk menzahir dan menghadirkan wajah Allah ke dalam hati, adalah
dengan belajar ilmu mengenal Allah (ilmu makrifat). Manakala semasa kita
melafazkan kalimah rasul (Muhamad Rasulullah), kita dikehendaki
mengenal diri (mengenal roh) terlebih dahulu. Bagi yang tidak mengenal
diri, bagaimana untuk menzahir dan menghadirkan roh untuk bersaksi
(berjanji). Bagi sesiapa yang tidak dapat menghadir dan menzahirkan roh,
siapakah lagi yang layak untuk menyampai dan mengucapan kalimah
syahadah kita kepada Allah?.
Anggota zahir seumpama
bibir mulut, hanya selaku pemerhati atau selaku menyaksikannya sahaja,
tidak lebih dari itu. Diri kita yang zahir ini hanya selaku tukang sebut
sahaja, seumpama kuli angkat barang. Selaku kuli, tugas kita hanyalah
angkat, angkut dan pikul barang, manakala yang menerima barang itu,
adalah majikan kita (roh), selaku tuan yang empunya barang, kita selaku
kuli hanya dapat penat dan dapat pandang sahaja, tanpa dapat rasa
sedikit pun dari barang yang kita angkut. Inilah nasib kuli dan nasib
orang yang kena suruh.
Apalah yang ada pada kita, selaku
hamba abdi yang fakir lagi daif untuk menjadi saksi lafaz kalimah Allah
Yang Maha Tinggi. Cuba kita gerak-gerakkan bibir orang yang sudah mati,
anggota orang mati itu, boleh bergerak bila ianya digerakkan, sebegitu
jugalah taraf dan kedudukan diri kita selaku seorang hamba Allah, selaku
abdi dan selaku kuli yang fakir. Sudah tentu tidak layak menjadi saksi
dan bersaksi dengan Allah, dalam melafazkan kalimah syahadah.
Yang melafazkan ucapan kalimah syahadah itu, adalah diri rohani (roh)
yang berkedudukan tinggi dan bukannya lafaz dari sifat anggota diri
jasmani yang berkedudukan rendah lagi kotor, apa lagi dari seorang diri
yang tidak kenal diri dan mengenal Allah. Diri jasmani tidak ubah
seumpama diri orang mati, yang tidak berkuasa melafazkan kalimah Allah
Yang Maha Tinggi. Yang akan menyambut kalimah itu nantinya, adalah dari
kalangan yang tinggi-tinggi kedudukannya. Apabila yang menyambutnya
berkedudukan tinggi, semestinya yang melafazkannya juga, seharusnya dari
kalangan yang berkedudukan tinggi juga. Rohani (roh) kitalah sebenarnya
yang melafazkan kalimah syahadah Yang Maha Tinggi itu.
Kalimah syahadah yang kita lafazkan itu, apakah bukan sekadar main-main
atau sekadar lafazan dari seekor burung tiung atau dari bibir mulut
seorang yang hanya tahu menyebut sahaja?. Apabila kedudukan yang melafaz
itu berada pada kedudukan tinggi, barulah yang berkedudukan tinggi juga
akan menyambutnya. Yang menyambut syahadah kita itu adalah Allah
sendiri.
Setiap kali syahadah yang disebut, setiap kali
itu juga bergegarnya tiang arash. Seandainya tiang arash Allah yang
menjadi pasak bumi boleh bergegar bila mengucapkan kalimah syahadah,
inikan pula hati kita yang lembut. Sudah tentu gegaran, getaran serta
sentuhan lafaz kalimah syahadah itu, teramat hebat menerjah ke dinding
hati.
Tidak ada yang dapat mengegarkan tiang arash
Allah, melainkan kalimah syahadah. Letupan gunung berapi dan laungan
malaikat Israfil semasa meniup trompet sangka kala di hari kiamat, tidak
sediki tpun dapat mengegarkan tiang arash, melainkan hanya kalimah
syahadah dari hamba-hambaNya yang mengenal Allah. Begitulah besar,
tinggi, hebat serta dahsyatnya ucapan kalimah syahadah itu, bila ianya
dilafaz dengan pengetahuan ilmu mengenal Allah, sehingga ianya dapat
mengegar dan mengoncang pintu hati dengan rasa yang amat hebat dan
dahsyat. Kalimah syahadah yang keluar dari peti suara kita, janganlah
sama dengan suara yang keluar dari peti radio kaset atau dari peti
suara seekor burung tiung. Untuk membezakan lafaz kita itu, berbeza
dengan lafaz kanak-kanak yang belum akil baliqh atau lafaz burung tiung,
kita hendaklah mengenal diri (roh) dan mengenal Allah. Barulah lafaz
kita itu, benar-benar lafaz kalimah syahadah yang sebenar-benarnya
berbeza dari mereka yang tidak mengenal Allah. Barulah lafaz syahadah
kita itu ada saksi, bersaksi dan ada yang menyaksikannya.
Kalimah syahadahlah yang menentu dan membezakan apakah kita itu,
benar-benar seorang Islam atau tidak. Apabila benar dalam bersyahadah,
maka akan benarlah dalam sembahyang dan benarlah juga menjadi seorang
Islam muslim yang beriman.
Yang bersyahadah, yang
berjanji dan yang bersaksi itu adalah roh. Yang menjadi saksi dan yang
menerima penyaksian kita itu, adalah Allah sendiri, tanpa ada makhluk
perantaraan. Manakala anggota tubuh dan makhluk sekalian alam ini, hanya
bertindak selaku pemerhati dan selaku menyaksikannya sahaja.
Soal: Bagaimana hakikat syahadah menurut sudut pandang ilmu makrifat?.
Jawab: Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Lafaz
syahadah yang sebenar mengikut sudut pandang ilmu hakikat itu, bukan
lagi terletak pada saksi, diperaksi atau meyaksi lagi!. Sebutan
bersaksi, saksi dan meyaksikan itu, adalah syahadah yang berada pada
anak tangga ilmu syariaat. Iaitu sebutan atau lafazan yang terbit, yang
keluar dan yang terzahir di bibir mulut itu, adalah sekadar bunyi yang
keluar dari suara halkum!. Syahadah diperingkat ilmu syariaat itu,
adalah syahadah lafah yang keluar bertujuan untuk meletakkan suara
menjadi saksi!. Sedangkan suara tidak boleh menjadi saksi!. Kebanyakkan
kita, secara tidak sedar dan secara tidak sengaja, telah meletakkan
suara bagi menjadi saksi, bersaksi dan meyaksikan dalam bersyahadah!.
Soal: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang Feqah (syariaat) atau syahadah orang awam?
Jawab: Orang syariaat menyebut kalimah syahadah “aku bersaksi atau aku
naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah”. Pada peringkat permulaan
(peringkat syariaat), sebagaimana dinyatakan didalam kitab pertama (
Kitab Mengenal Makrifat), pengarang telah meletakkan adanya perkara
bersaksi, saksi dan meyaksikan. Iaitu roh itu bersaksi, Allah itu saksi
dan tubuh badan sebagai meyaksi.
Soal: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang torikat;
Jawab: Adapun syahadah peringkat orang hakikat bilamana melafaz
perkataan syahadah itu, adalah lafazan yang disertai dengan
“mengetahui”. Bukan syahadah yang berpaksi kepada ikar mulut, bukan
berpaksi kepada bersaksi, bukan berpaksi kepada meyaksi dan tidak
berpaksi kepada disaksikan!, tetapi berpaksi kepada mengetahui!.
Bilamana tingkatan ilmu sudah sampai kepada tangga hakikat, sudah tentu
lafaz syahadah kita memberi pengertian yang lebih tinggi, berbanding
tahao syariaat. Orang syariaat berpaksi kepada “suara atau kepada
bunyi”, manakala orang torikat melafas kalimah syahadah pula, adalah
berpaksi kepada “megetahui”, aku mengetahui bahawa Allah itu, adalah
Allah”.
Soal: Bagaimana syahadah makam (tangga) orang hakikat dan makrifat;
Tidak perlu kepada bersaksi, saksi dan tidak perlu lagi kepada
peyaksian!. Tidak perlu lagi kepada apa-apa. Tidak perlu kepada perkara
suara dan tidak perlu kepada perkara mengetahui. Syahadah makam orang
hakikat dan orang makrifat itu, bukan lagi berhajat kepada niat “aku
naik saksi” bahawa tiada Tuhan lain selain Allah tetapi lebih berhajat
kepada “aku mengetahui” bahawa Allah itu, adalah
Allah!.
Orang hakikat atau orang makrifat itu, makam syahadahnya bukan lagi
duduk pada sebutan mulut atau niat hati tetapi duduk kepada daripada
Allah kepada Allah sendiri. Syahadahnya mereka-mereka yang mengenal
Allah itu, adalah syahadah yang disertai dengan perkara “rasa”.
Mereka-mereka yang mengenal Allah (makrifatllah) itu, tidak lagi perlu
saksi, bersaksi atau meyaksi lagi. Bagi mereka-mereka yang sudah tamat
dan sudah khatam dalam bidang ilmu makrifat itu, tidak ada lagi berdalil
dengan mulut, suara, saksi, bersaksi atau meyaksikan!.
Cukuplah Allah itu, adalah Allah. Allah bagi orang makrifat itu, teramat
jelas, terang dan teramat nyata, yang tidak perlu lagi berdalil dengan
yang lain selain Allah!. Apa yang hendak saksi meyaksikan lagi, bukankah
Allah itu nyata!. Setelah nyatanya Allah itu senyata-nyatanya, apakah
masih masih memerlukan kepada saksi dan yang memerlukan kepada peyaksian
lain?.
Mereka-merea yang belum nyata Allah sahaja,
yang masih lagi nak diadakan dalil–dalil lain, yang masih nak disaksi
atau yang terpaksa dibenar, terpaksa disah atau terpaksa diiakan oleh
orang lain. Apakah tidak cukupkah Allah yang membenarkan ucapan kita?.
Terjemahan sebenar kalimah “La Ila haillah” itu, adalah bermaksud “Aku
mengetahui tiada lain melainkan hanya Allah”. Jika tidak kita faham dan
tidak kita ketahui makna di sebalik maksud, seberapa banyak sekalipun
kita menyebut perkataan bersaksi atau kita menyebut perkataan naik
saksi, tidak bermakna kita sudah bersyahadah!. Lafaz syahadah kita itu,
hanyalah sekadar lafaz di bibir
Lafaz syahadah dalam
keadaan tidak mengetahui, adalah lafaz yang tidak terlafaz atau ucap
yang tidak terucap. Syahadah dari bibir mereka-mereka yang dalam
berkeadaan hilang ingatan, hilang akal, khayal atau dalam berkeadaan
mabuk. Lafaz syahadah dari bibir orang yang “tidak megetahui” itu,
seumpama garam yang tiada masin!. Lafaz yang tidak diterima Allah
s.w.t!.
Maksud atau makna perkataan “mengetahui” itu,
adalah merujuk kepada “mengenal”. Sekiranya kita tidak mengenal Allah
s.w.t, apa kesaksian yang hendak kita persaksikan atau yang hendak kita
persembahkan kepada Allah s.w.t?. Cuba anda jawab pertanyaan saya?.
Setiap yang bersaksi, hendaklah terlebih dahulu mengenal antara satu
sama lain. Sepatutnya yang bersaksi itu, mengenal dengan yang
menyaksikannya!. Sekiranya saksi tidak kenal kepada yang menyaksi dan
yang menyaksi pula tidak mengenal kepada yang bersaksi, apakah ertinya
bersyahadah?. Di antara mereka saling tidak kenal-mengenal di antara
satu sama lain, apa yang hendak kita persaksikan?.
Kefahaman Mengenai Peyaksian Atau Kesaksian Semasa Bersyahadah Dua Kalimah Syahadah, Mengikut Suluhan Ilmu Makrifat
Bagi mereka-mereka yang sudah mengenal diri dan mengenal Allah, tidak
ada lagi perkara saksi, perkara bersaksi atau perkara menyaksi.
Diri kita, adalah sifat yang bersifat dengan sifat lebur, sifat binasa
dan sifat tidak ada!. Bilamana segalanya sudah lebur, sudah binasa dan
sudah fana, apakah lagi yang tersisa atau terbaki pada kita?. Setelah
tidak ada lagi yang tersisa, tidak ada yang berbaki dan tidak ada yang
tertingggal, apa lagi dan siapa lagi yang hendak meyaksi atau bersaksi?.
Sebagai makhluk, kita adalah bersifat dengan sifat binasa. Setelah
binasa segala sifat makhluk, mana adanya lagi kita?. Setelah diri kita
semuanya tidak ada, siapa lagi yang hendak meyaksi dan siapa lagi yang
hendak bersaksi?.……………….
Setelah kita tidak ada dan setelah
sifat kita binasa, siapa lagi yang hendak menjadi saksi?. Seandainya
tidak ada saksi, mana mungkin untuk menyaksikan kesaksian!. Saksi itu
roh dan yang bersaksi itu tubuh badan (bibir mulut), manakala yang
menyaksikan kesaksian kita itu, adalah Allah s.w.t. Setelah roh dan
setelah segala anggta tubuh badan kita telah selamat kita kembalikan
kepangkuan Allah (mati sebelum mati), apa lagi yang hendak Allah tageh
dari kita dan apa lagi yang hendak Allah tuntut atas kita?.
setelah segalanya (jiwa dan raga) telah tidak ada (semua telah kembali
menjadi milik Allah). Apakah lagi yang hendak Allah tuntut?…………………………………
Seandainya sifat tubuh badan dan roh kita binasa, kemana lagi hendak
kita hadapkan penyaksian kita?. Itulah makanya bagi mereka yang sudah
sampai kepada tahap makrifat, tidak ada lagi yang menjadi saksi, tidak
ada lagi yang bersaksi dan tidak ada lagi yang menyaksi!…………………………..
Melainkan yang ditilik itu, adalah juga yang menilik, yang dililhat
itu, adalah yang yang melihat, yang dipanggil itu, adalah juga yang
memanggil dan ya meyembah itu adalah juga yang disembah!……………………..
Seumpama sifat garam sudah kembali pulang kedalam sifat masin. Tidak
ada lagi sifat garam melainkan segala-galanya masin belaka!. Setelah
segala-galanya masin, maka hilanglah ketulan garam dan leburlah sifat
garam kedalam masin!. Setelah hilangnya garam dan setelah segalanya
masin, siapa lagi yang hendak menyaksi siapa?………………………..
Inilah yang dikatakan tangga atau martabat pelajaran ilmu makrifat!.
Bicara ilmu makrifat ini, nampaknya seperti kasar, biadap atau bahasa
yang tidak bersopan, tetapi inilah kenyataan dan inilah sebenarnya ilmu
makrifat dan inilah cara kita bersyahadah yang sebenar-benar syahadah!.
Selagi tidak binasa, tidaklah ia bersyahadah, melainkan sekadar
angan-angan atau melainkan hanya sekadar hayalan atau mainan akal
Bersaksi itu, bilamana ada dua sifat wujud. Iaitu bilamana wujud aku
dan wujud Dia!. Setelah wujud diri yang bersifat majazi itu lebur, mana
ada lagi wujud yang lain selain wujud hakiki (iaituAllah s.w.t)!. Maka
yang lain akan dengan sendirinya menjadi lebur musnah, bilamana
penglihatan mata hati terpandang akan wujudnya Allah s.w.t!.
Erti wujud itu, bermaksud ada. Sifat ada itu, adalah hanya bagi Allah
s.w.t. Makhluk itu, adalah bersifat dengan sifat binasa!. Setelah
makhluk bersifat binasa, mana ada lagi wujudnya makhluk. Setelah tidak
wujudnya makhluk, di situlah baru timbulnya sebenar-benar yang dikatakan
Allah s.w.t itu wujud dengan sendiri. Tidak berkongsi wujudnya Allah
s.w.t itu, dengan wujud yang lain selain dari Dia.
Bilamana sampainya kita kepada tahap itu, barulah boleh dikatakan bahawa
saksi itu Dia, yang bersaksi itu Dia dan yang menyaksi pun Dia. Dialah
seDia-Dianya. Allahlah seAllah-Allahnya Allah!. Tidak adalah yang wujud,
yang ujud dan yang maujud di alam ini, selain Allah. Allah itulah
Allah, Allah, Allah……………..
Inilah syahadah yang
sebenar-benar syahadah, pengakuan yang sebenar-benar pengakuan dan
tauhid yang sebenar-benar tauhid!. Pengakuan yang bukan sahaja putus
setakat di bibir mulut, tetapi pengakuan yang beserta dengan tasdik hati
yang ikhlas, jujur dan benar!. Yang boleh dikatakan tasdik hati
(pengakuan hati) yang ikhlas, benar dan jujur itu, adalah setelah kita
campakkan garam ke dalam sifat masin. Campakkan diri kedalam lautan
fana’ dan baqa’ Allah.
Apa Makna Dan Apa Gunanya Kita Naik
Saksi, Jikalau Tidak Mengenal Siapa Saksi Dan Siapa Yang Meyaksi? (apa
guna bersaksi, jika tidak mengenal Allah)!.
Sekiranya anda masih
tidak faham apa itu maksud saksi dan apa itu maksud yang menyaksi,.
Saya bawa anda masuk sekejap ke dalam mahkamah!. Saya mahu anda menjadi
seorang saksi dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan
kematian. Secara kebetulan, anda melihat dan menyaksikan rompakan
tersebut dengan mata kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta
anda mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan.
Hakim mengumpulkan beberapa orang suspek untuk anda kenal pasti, yang
mana satukah perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut. ,
bagaimana sekiranya anda tidak dapat cam atau tidak dapat untuk mengenal
pasti pelaku yang melakukan rompakan tersebut. Bolehkan anda disebut
atau dipanggil sebagai seorang saksi?. Sebagai seorang saksi itu,
hendaklah mengenal orang yang disaksikannya!.
Begitu
juga halnya dalam soal kita berkalimah syahadah. Kita mengaku untuk
naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah!. , bila
masanya anda mengenali Allah s.w.t?. Bila masanya anda pernah melihat
Allah s.w.t?. Sekiranya anda belum pernah melihat Allah dan belum pun
pernah mengenal Allah, bagaimana anda hendak menjadikan diri anda itu
sebagai seorang saksi, sekiranya anda sendiri belum pernah
menyaksikannya.
Seorang saksi yang belum pernah
dipersaksikan (belum pernah diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi
saksi bagi menyaksikan suatu kesaksian?. Jika jawapannya memihak kepada
tidak, bagaimana kesaksian anda terhadap kalimah syahadah yang anda
sendiri sebut dan yang anda sendiri lafazkan?. Tidakkah itu satu
pembohongan atau satu penipuan?. Anda adalah seorang makhluk pendusta!.
Dusta pada Allah s.w.t, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta juga
kepada diri sendiri!. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan sebagai
hamba Allah s.w.t yang berpaksi kepada kalimah syahadah?.kepada diri
sendiri!.
Kefahaman Syahadah Itu, Bukan Mengikut Sebagaimana Kefahaman Akal!
Maksud atau makna mengenal itu pula, adalah merujuk kepada kefahaman
Allah s.w.t, bukan datangnya dari kefahaman atau pengertian khayalan
akal atau angan-angan!. Setelah mengenal Allah s.w.t, barulah terbitnya
perkataan sebutan bibir yang disertai dengan perkara “rasa“. Perkataan
rasa itulah maksud mengetahui. Lafaz dengan mengetahui itulah, baru sah
melafazkan kalimah syahadah.
Mari kita sama-sama
melafazkan dua kalimah syahadah dengan mengetahui Allah s.w.t, bukannya
dengan pengetahuan kita!. Untuk melafaz sambil mengetahui Allah s.w.t,
terlebih dahulu harus kita faham apa itu pengertian perkataan “aku”!.
Bilamana menyebut perkataan “aku”, rujuklah kepada Allah s.w.t.
Perkataan “aku” di situ, bukannya merujuk kepada diri kita!. Diri kita
bersifat tidak mengetahui. Hanya Allah s.w.t sahaja yang bersifat tahu
dan mengatahui!. Bilamana menyebut perkataan “Aku mengetahui”, rujuklah
bahawasanya yang mengetahui itu, adalah sifat Allah s.w.t. Allah itu,
tiada lain selain Allah!. Aku itu, adalah Aku. Allah itu, adalah Allah!.
Selagi kita mengaku bahawa kita yang mengetahui dan kita yang tahu,
berertinya kita belum lagi bersyahadah. Perkataan “Aku mengetahui” itu,
adalah merujuk kepada Allah s.w.t. Yang mengetahui itu hanya Allah
s.w.t!. Bilamana kita melafaz, tasdiklah di dalam hati dan ingatlah
dengan perasaan akal yang lemah itu, bahawasanya yang boleh mengetahui
akan syahadah kita itu hanya Allah s.w.t. Yang mengerti dan yang faham
akan syahadah kita itu, hanya Allah s.w.t. Setelah kita faham maksud
mengetahui Allah s.w.t, barulah boleh kita tambah dengan perkataan aku
bersaksi atau aku naik saksi. Sesudah kita faham akan duduknya makna
yang tersirat itu, sebutlah apa sahaja perkataan yang terlafaz oleh
bibir, ia tidak lagi memberi bekas. Kerana yang memberi bekas itu,
adalah hanya Allah s.w.t.