Laman

Kamis, 24 April 2014

SOLAT ITU MEMBERSIHKAN DIRI


SOLAT ITU MEMBERSIHKAN DIRI

سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ، هَلْ يَـبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ؟ قَالُوا: لاَ يَـبْقَى دَرَنِهِ-أَيْ وَسَخِهِ- شَيْءٌ فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَكَذَلِكَ الصَّلَوَاتُ الخَمْسُ يَمْحُو اللهُ بِهِنَّ الخَطَايَا-الصَّغَائِرَ.
Maksudnya:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan rumah salah seorang daripada kamu, lalu kamu mandi di sungai itu 5 kali setiap hari, adakah masih kekal kekotoran di badan kamu? Mereka (para sahabat) menjawab: Tidak ada kekotoran yang kekal. Sabda Rasulullah SAW lagi: Begitulah juga solat lima waktu, Allah SWT menghapuskan dengannya dosa-dosa iaitu dosa-dosa kecil.

Maka dapatkah orang-orang yang tidak mandi menutup dirinya dengan wangi bedak atau haruman minyak wangi sahaja?

Dapatkah puasa, zakat, sedekah dan amalan-amalan baik lainnya memberikan kesan kepada diri sedangkan solat ditinggalkan?


أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ . (رواه الطبراني)

Maksudnya:
Amalan yang mula-mula dihisab ( diperhitumgkan ) dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat . Jika solatnya baik , maka baiklah seluruh amalanya sebaliknya jika buruk solatnya ,maka buruklah pula seluruh 







amalannya .
— bersama Abdul Halim Zainal dan 34 lainnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar