Laman

Rabu, 30 Agustus 2017

"MARTABAT ORANG YANG SOLAT"

بسم الله الر من الر حيم:

Orang syariat bersolat dengan cara memandang daripada dirinya kepada الله Taala serta suci dari riyak dan sum'ah kerana mengharapkan pahala dan takut akan azab. Di samping itu, ia mengetahui segala syarat solat dan rukunnya, serta mengetahui yang membatalkannya. Orang yang solat seperti ini hukumnya syirik semata-mata. Amalan syirik tidak diterima sekali walaupun amalannya itu sebesar bukit.
Orang tarekat amalannya bersolat dengan cara beriktikad menghadirkan الله Taala di hadapannya untuk melihat segala perbuatan dan mendengar segala bacaannya dalam solat dengan perasaan yang amat khusyuk (sepenuh perhatian) dan perasaan merendah diri. Ini kerana الله Taala ada hadir di hadapannya, serta suci dari riyak dan sum'ah tampa mengharapkan pahala atau takut akan azab. Ia hanya memandang dirinya sebagai hamba yang melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Dia hanya menerima (menunaikan) amalannya sekadar kehadiran hatinya kepada الله Taala sewaktu dalam solat. Orang yang memandang daripada الله Taala kepada dirinya hukumnya syirik juga tetapi syirik halus iaitu lebih halus daripada orang mubtadi kerana ada wujud dirinya.
Orang makrifat & hakikat bersolat dengan cara tidak memandang dirinya yang beramal, sebaliknya memandang perbuatan dan kelakuan الله Taala yang melakukannya ke atas dirinya, sejak azali lagi sebelum dia dizahirkan (dijadikan). Dia hanya melihat dirinya menjadi alat sebagaimana pen di tangan orang yang menulis. Maha Suci الله Taala daripada menyerupai alat, orang hakikat hanya melihat segala amalannya daripada الله dengan الله dan untuk الله. Orang inilah yang terlepas dari syirik halus. Inilah solat yang sebenar-benarnya, yang dinamakan 'otak solat' - Wallahul Muafiq
(والله المو افق)
Sumber: Kasyaful Asrar, As-Syeikh Mohd Salleh Bin Abdullah, Mengkabau (q.s)
"PERUMPAMAAN SOLAT"
Dan ketahui olehmu bahawasanya umpama solat itu diumpamakan satu raja memperbuat akan satu balai dan memperbuat ia akan jamuan dan menyediakan akan bagai-bagai makanan dan bagai-bagai minuman dengan berbagai-bagai warnanya dengan bagai-bagai lazatnya. Dan pada tiap-tiap warnanya itu baginya manfaat, maka iaitulah solat, kemudian maka menyeru akan segala hambanya merasakan makanan itu. Demikianlah umpamanya solat itu disuruh الله Subhanahu wa Ta'ala mengerjakan dia supaya mengambil lazat hambaNya yang kamil dari berbagai-bagai pemberian dan kurniaNya sypaya syukurlah hamba itu akan kurnia Tuhannya, maka af'al as-Solah (perbuatan -perbuatan solat) itu seumpama makanan dan zikir dan tasbih dan doa berbagai-bagai warnanya minumannya, maka apa makanan dan minuman daripada umpama ini hingga tiada sedar hambaNya yang 'ariffin akan dirinya dan sejuk mata hatinya dengan kurniaNya yang tiada dapat diperinya kerana ialah yang dinamakan جنة العاجلة(syurga disegera) seperti firman الله Ta'ala :
{وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ. فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ}
Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya الله ada dua surga. Maka nikmat tuhan الله yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman: 46-47)
Syurga disegera di dalam dunia iaitu sejuk mata hatinya dengan syuhud akan Tuhannya الله dan syurga yang kedua di akhirat di sana.
"KARAMAH BAGI ORANG YANG SOLAT"
Riwayat daripada Hasan Basri Radiyallahu 'anhu daripada Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bahawasanya bersabda bagi orang yang solat itu tiga karamah: Pertama: Bertabur kebajikan di atas kepalanya daripada langit hingga kepalanya dan malaikat berkeliling padanya daripada dua kakinya hingga kepada langit dan malaikat menyeru ia dengan katanya: Jikalau mengetahui oleh hamba serta orang yang ia munajat dengan dia, nescaya tiada berpaling ia daripada solatnya . Maka inilah karamah yang dimulia الله akan orang yang solat.
Wallahuaklam.
Sumber ; Munyatul Musalli (Idaman orang yang solat)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar