Laman

Rabu, 06 Desember 2017

Sesudah Makrifatullah, Loh Mahfuz VII

Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setelah mencipta langit dan bumi dan di antaranya, Allah SWT berfirman yang Dia duduk atas ArasyNya. Ini menekankan bahawa Loh Mahfuz sudah sempurna dan akan berjalan tanpa campur tangan Allah SWT lagi. Justeru itu tidak akan ada ubahsuai lagi kepada Loh MahfuzNya. Ibarat, pemilik sebuah kilang membuat minimuan dalam tin. Setelah dia menekan butang yang menjalankan jentera yang membuat minuman dalam tin sebanyak yang dikehendakinya sehari, dia pun masuk ke pejabat dan membiarkan jentera itu berjalan sendiri.
Allah SWT ada berfirman yang bermaksud:
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam fasa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy: As Sajdah (32):4.
Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan “Sunnatullah” itu: Faathir (35):43
Sebelum terjadinya langit, bumi dan di antaranya dalam enam fasa sudahpun terjadi Tirai Nur, Arasy, Air (di bawah Arasy), Sidratul Muntaha, Kalam dan Roh Nabi Muhammad (saw). Selain daripada itu, kesemua tindak tanduk ciptaanNya juga sudah terlakar di dalam Loh MahfuzNya. Namun begitu, Allah swt bukanlah ciptaan dan dengan itu, kita tidak boleh menempatkanNya di dalam Loh Mahfuz. Justeru itu, seseorang itu tidak boleh mengatakan bahawa matahati kita, “Tidak nampak yang wujud melainkan Allah”. Dengan lafaz ini, kita telah menempatkanNya di dalam Loh Mahfuz kerana apa jua yang kita nampak (walaupun dengan matahati) berada di dalam Loh Mahfuz. Namun begitu, Allah SWT tidak terkandung di dalam Loh Mahfuz. Maka sebaiknya kita melafazkan, “Tiada yang wujud melainkan DzatNya (yang sedikit)!” kerana hakikat kesemua ciptaan ataupun Loh Mahfuz adalah DzatNya (yang sedikit).
Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam gengaman-Nya. Az Zumar (39):67-68.
Maka demi Dzat Yang jiwaku berada dalam gengamannya. Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk.1, 62 (1992).
Dengan ini, adalah aneh bagi mereka yang mengaku diri mereka itu menjadi Allah SWT semasa dalam keadaan fana ataupun dalam “kemabukan”. Kerana apa yang mereka lafazkan dan juga keadaan mereka pada masa itu sudah terkandung di dalam Loh Mahfuz. Apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka meluahkan apa yang sudah terkandung dalam Loh Mahfuz. Dengan ini, mereka tidak menjadi Allah swt malahan mereka sebenarnya adalah “Seniman” mengikut “skrip” dalam Loh Mahfuz dan dengan lafaz itu mereka sudah menempatkan diri ke Neraka. Rasulullah (saw) ada bersabda yang bermaksud:
Adakalanya seseorang mengucapkan sepatah kata yang menyebabkan ia tergelincir ke neraka jarak antara timur dan barat. Terjemahan Sahih Muslim Bk. 4, 1022 (1994).
Allah SWT ada berfirman yang bermaksud:
Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang sebesar-besarnya. Al Israa (17)43.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya. Al Israa (17)36.
Berkenaan Tirai Nur, Rasulullah (saw) ada bersabda yang yang bermaksud:
Tirai-Nya adalah Nur dan seandainya terangkat pasti keagungan Dzat-Nya akan membakar makhluk yang terpandang oleh-Nya: Terjemahan Sahih Muslim Bk.1, 228 (1994).
Malaikat Jibrail a.s. berkata bahawa ada 70 tirai Nur yang meniraikan Dzat dan sekiranya dia mendekati tirai Nur yang pertama sahaja, dia akan binasa: Al Hadis (Miskatul Masabih) Vol 4, 226 (1994).
Allah SWT ada berfirman yang bermaksud:
Dan tidak ada bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau mengutus utusan (malaikat): Asy Syura (42):51.
Bolehkah Tirai Nur meniraikan Allah swt yang Maha Besar? Jawapannya ialah Tirai (yang berwarna merah di dalam contoh di bawah ini) itu meniraikan kesemua ciptaan (berwarna putih di dalam contoh) daripada DzatNya. Justeru itu, kesemua ciptaan terselamat dari kebinasaan. Dengan ini, tidak secara langsung, Tirai Nur itu meniraikan DzatNya (tetapi daripada kesemua ciptaan). Contoh:
Bolehkah Arasy itu menampung Allah SWT Yang Maha Besar? Jawapannya ialah Arasy itu meliputi ciptaan dan Arasy pula diliputi oleh DzatNya. Kerana ArasyNya itu diliputi oleh DzatNya maka DzatNya (yang berwarna hijau di dalam contoh dibawah ini) seolah-olah terduduk di atas Arasy (yang berwarna putih di dalam contoh). Walaupun di antara DzatNya dengan Arasy ada Tirai Nur (yang berwarna merah di dalam contoh) namun ini tidak dapat menafikan bahawa DzatNya seolah-olah terduduk atas ArasyNya. Tirai Nur itu ibarat kusyen atas kerusi; kita tidak mengatakan kita duduk atas kusyen tetapi kita duduk atas kerusi. Begitu juga Allah swt, Dia tidak berfirman Dia duduk di atas Tirai Nur di atas ArasyNya tetapi Dia berfirman yang Dia duduk di atas ArasyNya.
Benarkah Arasy Allah SWT ada di atas air.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air. Hud (11):7.
Mengikut saintis sebelum terjadinya ciptaan, di Angkasa Lepas dipenuhi dengan wap air. Vincent Kotwicki Dr., Journal of Hydrological Sciences (1991)
Nabi Muhammad (saw) ada bersabda yang bermaksud:
Di atas langit ketujuh ada lautan yang besarnya seperti jarak langit dan bumi. Mustafa Asyur (Cairo), Rahsia Alam Malaikat 115 (?)
Berkenaan Sidratul Muntaha dan Pena, Nabi Muhammad (saw), Allah ada berfirman yang bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha” yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”. An Najm (53):13-14.
Nabi Muhammad (saw) ada bersabda yang bermaksud:
Selepas (Langit ketujuh) aku dibawah naik ke Sidratul Muntaha Sahih Al Bukhari Vol.5, 147 (1984).
Selepas itu Jibril naik bersama ku ke satu tempat di mana aku terdengar bunyi Pena. Sahih Al Bukhari Vol.1, 213 (1984).
Selepas itu Jibril naik bersamaku sehingga aku ternampak Al Mustawa. Di situ aku terdengar bunyi Pena. Sahih Muslim Bk.1, 213 (1994).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar