Laman

Selasa, 26 Oktober 2021

RUH, NAFSU, JIWA dan AKAL vc IBLIS

 

Bismillahirrahmanirrahim.
RUH, NAFSU, JIWA dan AKAL vc IBLIS
Kita semua mengetahui bahawa IBLIS itu adalah musuh yg nyata. Namun sebenarnya iblis itu tidak sama sekali berkuasa untuk menyesatkan manusia "kecuali dengan izin-Nya"
Namun awasilah nafsu itu, kerana nafsu itu datang dari diri sendiri. Siapakah yg dimaksudkan dengan diri sendiri?
 
Diri sendiri itulah Ruh kepada kita semua ini.
Berkata ulama lagenda tersohor, Hujatul Islam "imam AL-GHAZALI" berkata
RUH, NAFSU, JIWA dan AKAL itu satu jua adanya.
 
Pada hakikatnya adalah RUH, namun apabila RUH didalam keadaan tenang JIWA namanya,
Apabila RUH didalam keadaan berfikir maka akal NAMANYA, apabila RUH didalam keadaan berkeinginan sesuatu maka NAFSU namanya.
 
Jadi yg berbuat kebaikan dan juga keburukan itu adalah Nafsu atau RUH.
Siapa pula RUH?
RUH itu adalah diri sebenar diri yg merupakan rahasia ke Tuhanan, dan juga merupakan sifat kepa Wajibul Wujud. Sifat dan Zat itu tidak berpisah atau terpisah.
Umpama pelita dengan Cahaya, umpama garam dengan masinnya, umpama gula dengan manisnya.
Berkehendak Jasad disebabkan berkehendaknya RUH, berkehendaknya RUH disebabkan berkehendaknya ALLAH SWT.
 
Didalam surah As-saffat (96) ALLAH SWT Berfirman yg bermaksud;
"ALLAH mencipta kamu dan apa-apa kamu perbuat"
Didalam satu peperangan (perang Badar) dimana NABI MUHAMMAD SAW telah melepaskan beratus-ratus anak panah, maka pada masa itu turunlah ayat surah An-Anfaal (17) yg bermaksud;
"Tidaklah engkau memana wahai Muhammad tetapi Allah yg memanah"
 
Kesimpulannya;
Pada zahirnya iblis lah yg empunya Angkara, tetapi pada hakikatnya kehendak Allah swt yg berlaku.
(Barang sesiapa yg memandang adanya Wujud makhluk atau wujud iblis yg mampu berbuat kudrat (kuasa) melakukan sesuatu selain Allah swt, maka tidaklah ia sampai kepada Allah swt atau terhijab kepada Allah swt. Namun haruslah mencapai kesempurnaan
Akhlak)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar