Laman

Sabtu, 26 Oktober 2013

Minta tolong

Minta tolong

4001778237_1f9c5e581cWastainu bi sabri wa salah…

Minta tolonglah dengan sabar dan solat…

Setelah solat…. duduklah dalam keadaan …Diam …segala fiziknya santai…,Tenang…jiwanya dan batinya tenang.. tanpa sebarang gangguan dari luar…, Wukuf..tumpuan penuh…mengingat Dzat Nya…

Dalam keadaan ini.. otak dan dada Salik akan berada dalam kedudukan yang selari dengan “otak” dan “dada” ….kehendak…… Allah..

Setiap kali dada mu sempit kembalilah dengan melakukan solat ….. mikraj..    dan dada mu akan menjadi tenang…

Allah akan memberikan ilham… jalan penyelesaian … kepada jiwa-jiwa nan tenang…

Setiap kali kamu menghadapi masalah…, jalan buntu…, dan sesuatu yang mendebarkan dalam kehidupanmu seharian,

Maka….kembalilah kepada NYA dengan …..mikraj… solat adalah mikraj bagi orang mukmim…

Itulah caranya Allah membimbing salik-salik nya ..(salik…mereka yang cintakan Allah)

Apabila Allah telah ada DI SINI 

Dia juga telah MELIPUTI…. kerana Allah itu ….Yang Maha Meliputi… dan Maha Mengasihani…

MasyaAllah

Puncak tertinggi


terbenamPuncak tertinggi adalah mengenal Allah… Allah itu ADA.  Untuk mencari yang ADA,  seseorang salik itu perlu mati… “mati sebelum mati”… (jangan bunuh diri pula) … dengan itu tidaklah ia asyik dengan angan-angan kosong  dan khayalan sahaja.

Salik dan dunia ini …hanya wujud dalam fikiran…. bagaimana pun ia tiada hakikatnya… kedua-suanya semata-mata …KOSONG. Sesuatu  yang kosong tidak dapat menyampaikan  kepada yang ADA.

Oleh itu… mencari yang ADA … daripada sesuatu yang tidak ada.. adalah sesuatu yang sia-sia… kerana yang tidak ada.. tidak berupaya menzahirkan yang ADA.

Sebaliknya …Yang ADA lah yang mewujudkan segala sesuatu “yang tidak ada”… KOSONG.. kepada yang ADA.

Dzat yang ghaib lagi ghaib itu… selama-lamanya tidak akan ada kenyataannya…. tetapi ada penzairan sifat-sifatnya.. terutamanya kepada salik yang mukmin.. salik yang mengenal NYA.  Si salik hanya menjadi pernyataan … tajali… Dzat yang ghaibul ghaib.

Daripada AHDAH.. timbul pula …WAHDAH.. iaitu kenyataan kesempurnaan Sifat NYA.. inilah pintu untuk mengenal yang ADA…. yang tiada …KOSONG… tidak mungkin boleh bertukar menjadi Yang ADA…

DIA lah yang ADA,  DIA lah Yang Zahir…Yang Batin…Yang Awal.. dan Yang Akhir…

Oleh yang demikian wujud NYA lebih terang dan nyata daripada wujud-wujud yang lain..

DIA lah Yang Melihat dan Yang Di Lihat..

Wujud kamu…. hanya tidak ada…. KOSONG….semata-mata.

Percaya diri atau percaya Allah

lautBanyak pakar motivasi… yang  mahukan khalayaknya percayakan diri sendiri. …kata mereka percayakan diri itu penting untuk mencapai kejayaan di dunia yang penuh mencabar ini. … tetapi benarkah mereka yang percayakan diri itu akan mencapai kejayaan. .. kerana sering juga kita lihat mereka yang percayakan diri tetapi … akhirnya kecundang mengharungi hidup di dunia ini.

Bagaimanakah diri yang kosong ini… yang tiada hakikatnya bolih dipercayai… bagaimana mempercayai mereka yang tidak ada… tidak mungkin dengan cara yang demikian mereka akan berjaya…mustahil…

Sudah pasti yang paling nyata… yang paling ADA … adalah  Dzat Yang Mesti Wujud  (Allah), … jikalau kita percaya kepada yang INI… sudah pasti kita akan berjaya kerena DIA pasti dapat melaksanakan sesuatu, … kerana IA memang ADA… yang ADA pasti dapat menghasilkan sesuatu… berbanding yang tidak ada… yang kosong… yang kosong mustahil dapat berbuat sesuatu..

Apabila kita makan,.., yakinlah bukan mekanan itu yang mengenyangkan.. tetapi Allah, ..apabila kita bekerja… yakinlah Allah lah yang menyempurnakan … kerja kita itu,… apabila kita meminta kepada NYA ,… yakinlah DIA akan memberikan apa yang kita minta itu…

Latihlah diri begini selalu…agar ia menjadi kebiasaan,…bahawa  kita hanya yakin kepada Allah, …bukan yang lainnya…

MasyaAllah.

Kunci makrifat

rama-ramaApakah yang dikatakan kunci makrifat itu, pada umumnya sudah tentu kuncinya banyak dan bergantung kepada tahap kerohanian mereka itu..

Salah satu daripadanya ialah …. kecepatan mereka mengalihkan fokus perhatian mereka daripada makhluk kepada Allah…banyak mereka yang lupakan Allah dalam kehidupan seharian…apa yang mereka lihat hanyalah yang zahir sahaja… pandangan mereka tidak tembus kepada senario di belakang apa yang kelihatan… mereka yang begini sudah tentu tidak mempunyai makrifat..

Bagi yang mempunyai makrifat sudah tentu, telah menikmati banyak nikmat yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pemberi, ..sudah tentu kenikmatan itu tidak terkirakan…bagaimanapun bagi memudahkan citra… secara umumnya ada tiga tanda-tanda yang dapat diperhatikan.. dan sudah pasti .. nanti yang diperolehi daripada yang tiga itu …lebih lagi…..

Pertama: anggota jasad mereka yang bermakrifat tenang… maksudnya tidak sakit….Kedua: kehidupan mereka aman.. iaitu tidak mengalaman stress dan angin ‘taufan’..dan yang Ketiga: kemenangan rohani dalam kehidupan mereka.. contohnya, syaitan dan jin tidak mengganggu mereka..

Mereka yang bermakrifat adalah mereka yang melihat Allah dengan mata hati,  iaitu  merasakan Dzahir nya Allah…

Mereka yang merasakan wujud Allah, …mereka itu berkekalan lebur dan tenggelam dalam merasakan NYA.

Kekuatan keyakinan

 

klccAda antara mereka berdoa sekali sahaja dikabulkan Allah, ….tetapi ada pula antara mereka yang berdoa banyak kali tetapi masih tidak dikabulkan permintaan mereka.. apakah yang membuatkan permintaan mereka mendapat reaksi yang berbeza daripada Allah. Banyak yang menyalahkan Allah kerana tidak mengabulkan permohonan mereka, tetapi sebenarnya mereka yang silap kerana salah teknik memohon.

Bukan ayat yang dibaca itu yang sakti, tetapi pembaca itu , yang mempunyai keyakinan yang tidak berbelah bagi,  keyakinan yang kental itu akan menghasilkan kekuatan batin di dalam diri mereka…. kekuatan itu sejajar dengan keyakinan yang mereka punyai… kekuatan batin ini pula akan menghasilkan getaran Rahsia Allah (Sir) yang terdapat di dalam diri mereka,  hasil dari  pancaran Dzat Allah,  apabila getaran Dzat Allah telah wujud dalam diri mereka, … maka IA  dapat mewujudkan apa yang diminta….

MasyaAllah.

Cinta

Cinta atau keinginan itu datang dari diri Dzat Maha Mutlak…

Kemudian terbitlah An Nur… iaitu Rasa Kesadaran Sejati…

Dan menjadi Rahsia atau Sirr kepada insan…

Inilah Hakikat Muhamadiah…

\

Nurun ala Nurin….kaabah

Tujuan

Tujuan


plantar

Allah suatu matlamat atau tumpuan fikiran yang Wujud Nya sudah tidak dapat difikirkan lagi…

….Kosong….. Hening…. Abadi…..

Namun kerana adanya pelbagai berhala…. fikiran… di dalam kepala…

Maka…tumpuan fikiran tidak pernah sampai kepada Allah…. iaitu…

Dzat Mutlak yang tidak dapat difikirkan dan dibayangkan

namun….. Maha Meliputi…

Cinta lah…..agar mencapai matlamat…….Allah

….. yang ku kasih… tiada siapapun, tiada apapun, tiada fikiranpun, hanya allah.

 MasyaAllah