_Rasulullah Muhammad S.A.W. pada suatu ketika bersabda,_
_”Demi Allah yang jiwaku di Genggaman-Nya, sesungguhnya,_
_*QUL HUWALLAHU AHAD*_
_itu tertulis di sayap Malaikat Jibril._
_*ALLAHHUS SOMAD*_
_itu tertulis di sayap Malaikat Mikail._
_*LAMYALID WALAM YUULAD*_
_tertulis pada, sayap Malaikat Izra'il,_
_*WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD*_
_tertulis pada sayap Malaikat Israfil."_
_Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah S.A.W. telah bersabda,_
_"Ketika saya {Rasulullah S.A.W.} Isra’ ke langit, *saya melihat Arasy
di atas 360,000 pilar,* dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar
yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan._
_Pada tiap-tiap pilar
itu terdapat *padang pasir yang jumlahnya 12,000,* dan luasnya *setiap
satu padang itu seluas dari Timur hingga ke Barat.*_
_*Pada setiap padang itu terdapat 80,000 Malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.*_
_Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut, maka berkata mereka,_
_”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya *pahala dari bacaan ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas,* baik lelaki maupun
perempuan.”_
_Riwayat Anas bin Malik juga merekam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas._
_Suatu ketika 70.000 Malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di
Madinah yang meninggal, kedatangan para Malaikat itu hingga meredupkan
cahaya matahari. 70.000 Malaikat itu diutus hanya karena *almarhum
sering membaca surah Al-Ikhlas ini.*_
_Anas bin Malik yang saat
itu bersama Nabi Muhammad S.A.W. di Tabuk, merasakan cahaya matahari
redup tidak seperti biasanya, dan Malaikat Jibril datang kepada Nabi
untuk memberitakan peristiwa yang sedang terjadi di Madinah._
_Rasulullah S.A.W. bersabda,_
_"Barangsiapa *membaca surah Al-Ikhlas* sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka *tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya, dan para Malaikat* akan
membawanya dengan sayap mereka melintasi *Titian Siratul Mustaqim lalu
menuju ke Surga.*_
(HR Qurthuby).
112 SURAH AL-IKHLAS
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
ISTIQOMAH DENGAN BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK
TAUBAT NASUHA
66.Surah At-Taĥrīm (Verse 6)
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala);
neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan.
66.Surah At-Taĥrīm (Verse 7)
Malaikat
itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka):
"Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur
(dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat).
Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".
66.Surah At-Taĥrīm (Verse 8 )
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
"Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan
kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan
menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;
cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka
dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata
(ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai
Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah
keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu".
Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik seperti firman Allah
2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan
kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang
Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
2.Surah Al-Baqarah (Verse 55)
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan
beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan
mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu
semua melihatnya.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 56)
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
Maksud dari perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan
perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, yang apabila
melaksanakan perintah tersebut akan menghilangkan akan keberadaan atau
keakuan kepada badan diri sendiri..
Salah satu daripada berbagai
perintah Allah yang apabila dilakukan akan menghilangkan akan keberadaan
atau keakuan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat
dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
YANG CARA UNTUK MELAKSANAKAN PULA BOLEH MENGIKUT APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DIDALAM HADIS RASULULLAH SAW
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana
aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari
dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
APA YANG PERLU DIPELAJARI, DIKETAHUI DAN DIPRAKTIKKAN, (BUKAN ILMU
HAKIKAT DAN MAKRIFAT) TETAPI ILMU TENTANG BAGAIMANA HENDAK MELAKUKAN
SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID ATAU YANG
DIBERSIHKAN DARI SEBARANG SYIRIK ATAU BERSERAH DIRI BULAT KEPADA ALLAH
ATAU BERAMAL SOLEH DENGAN IKHLAS...
Sedang melaksanakan apa yang
tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw
diatas bermakna sepertimana kita sedang membaca
1.Surah Al-Fātiĥah (Verse 6)
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Setelah melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat seperti firman
Allah dan sabda Rasulullah seperti diatas, akan berlakulah penyaksian
dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah seterusnya
akan berlaku pula penyaksian kepada Allah yang mengenal Allah.
Inilah apa yang dimaksudkan kepada hilangnya keberadaan atau keakuan
diri kita sendiri, Apabila kita sudah kembali kepada asal iaitu bersifat
dengan tiada, (diri sendiri sudah terbunuh), tidak lagi perbuatan jahat
yang akan dilakukan (Taubat Nasuha)
JANJI ALLAH KEPADA ORANG
YANG TELAH BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK DENGAN
MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah
diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi
mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah),
tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala
balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungubah janjiNya
30.Surah Ar-Rūm (Verse 6)
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
10.Surah Yūnus (Verse 44)
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA
2.Surah Al-Baqarah (Verse 80)
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api
neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai
Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya
(dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu
mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
SUDAHKAH KITA MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH
SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?
Sambungan kepada surah Al-Ikhlas
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
BERSALAHAN ALLAH DENGAN YANG BAHARU
HANYA ZAT, SIFAT, ASMA’ DAN AFA’AL ALLAH YANG KEKAL, YANG LAIN SEMUANYA BINASA..
DIANTARA FIRMAN ALLAH YANG TELAH MENJELASKAN
Tentang zat Allah
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah.
Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu binasa melainkan Zat Allah.
BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 26)
Segala yang ada di muka bumi itu binasa:
55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 27)
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 163)
Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat
kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang
berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka
kerjakan.
Tentang sifat Allah
2.Surah Al-Baqarah (Verse 127)
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami);
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada
makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai
sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Tentang nama - asma' Allah
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 180)
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah
orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan
nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka
telah kerjakan.
Tentang perbuatan Allah
27.Surah An-Naml (Verse 88)
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku,
padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah)
perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan
serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam
PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
FIRMAN ALLAH TELAH MENJELASKAN KEMANA KAMU MENGADAP DISITU WAJAH ALLAH
2.Surah Al-Baqarah (Verse 115)
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja
kamu arahkan diri maka di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha
Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
8.Surah Al-'Anfāl (Verse 17)
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang
menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang
melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang
melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan
orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan)
daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
42.Surah Ash-Shūraá (Verse 11)
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۚ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ
أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًاۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِۚ لَيْسَ
كَمِثْلِهِ شَيْءٌۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Dia lah yang
menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan
dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang
ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang
demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun
yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan
Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Didalam Surah
Ash-Shūraá (Verse 11) ini Allah telah memperjelaskan “Tiada sesuatupun
yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan
Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”
Dan didalam Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada
makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai
sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Contoh sifat-sifat ketuhanan ialah seperti Ada, berkuasa, berkehendak,
berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain
Dengan penjelasan Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' ayat ke 27
Tahulah kita bahawa segala sifat-sifat Ada, berkuasa, berkehendak,
berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain yang ada
pada diri kita adalah sifat kepunyaan Allah tetapi didalam masa yang
sama jauh disudut perasaan kita sedang merasakan segala sifat Ada,
berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata
dan lain-lain adalah sifat diri kita sendiri
Kita sedang merasai
yang sifat Ada, berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, melihat,
mendengar, berkata-kata dan lain-lain adalah sebagai sifat diri kita
sendiri bermakna kita sedang sekutukan sifat ketuhanan yang sedang
dirasakan sebagai sifat diri kita sendiri dengan sifat ketuhanan Allah
Ini sedang berlaku sepertimana firman Allah
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku
ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami
akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami
membalas golongan yang zalim.
Kita sedang merasai yang kita
bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan seperti sifat Ada, berkuasa,
berkehendak, berilmu, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata dan
lain-lain jika dihuraikan secara lisan membawa makna kepada kita sedang
berkata “Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah”
Kerana
dengan jelas dan nyata Allah telah berfirman didalam surah Saba' ayat ke
27 menerangkan bahawa “bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan
ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Jadi perbuatan
kita sedang merasakan kita yang bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan
seperti sifat Ada, berkuasa, berkehendak, berilmu, hidup, melihat,
mendengar, berkata-kata dan lain-lain bermakna kita sedang bertuhankan
kepada diri kita sendiri
Walaupun kita telah berkata bahawa sifat
ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat ketuhanan Allah sepertimana
yang telah Allah firmankan didalam surah saba’ ayat ke 27 “bahkan yang
mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana".
Apa yang sedang diperkatakan “bahkan yang mempunyai
sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Tetapi apa yang sedang dilakukan sedang merasai sifat ketuhanan yang
ada pada kita adalah sifat diri kita sendiri
Ini telah mendudukkan kita didalam keadaan sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan
Sedang berada didalam keadaan sedang memperkatakan sesuatu yang tidak
dilakukan ini telah diberikan amaran keras oleh Allah seperti didalam
firmanNya
61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Didalam firman yang lain Allah telah memperjelaskan bahawa
memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan ini adalah menjadi tempat
untuk syaitan turun
Firman Allah
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 221)
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 222)
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Siapakah pendusta ... ?
6.Surah Al-'An`ām (Verse 148)
Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah
kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang
lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga
orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul)
sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
"Katakanlah: Adakah
kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah
kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain
hanyalah berdusta".
Cuba kita kembali kepada firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad
dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka
beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan
yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM
KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu
supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan
sangkaan semata-mata" -
JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM
KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK
BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"
JIKA KAMU TIDAK DAPAT
TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI
SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI
YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN
KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 223)
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 224)
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 225)
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak
berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan
kosong)?
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 226)
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 227)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka
dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang
kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
JALAN DAN CARA YANG BOLEH DILAKUKAN SUPAYA TIDAK MENYENGUTUKAN ALLAH
DENGAN SESUATU DIDALAM SETIAP DETIK DAN SAAT DIDALAM ATAU SEMASA KITA
MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN KITA..
Untuk kekal dengan keadaan
seperti yang telah difirmankan oleh Allah setiap seorang mesti
melaksanakan apa yang tersurat dan tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang
tersirat didalam firman Allah seperti diatas boleh dilaksanakan
sepertimana yang tersurat dan yang tersirat didalam sabda Rasulullah SAW
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana
aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari
dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
PERINTAH ALLAH YANG TERSURAT DIDALAM FIRMANNYA
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang pertama yang tersirat yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan
penumpuan dengan sebulat tumpuan terlebih dahulu, walaupun apa yang
tersuratnya difirmankan sebutlah akan nama Tuhanmu dahulu...
Kepada apa yang hendak ditumpukan?
Untuk ini kita perlu merujuk kepada hadis Qudsi yang bermakna "INSAN
ITU ADALAH RAHSIA AKU, AKU ADALAH RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU ADALAH SIFAT
AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"
Kita perlu tumpukan
kepada sifat-sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita
(contoh sifat ada, sifat hidup, sifat tahu, sifat berkuasa, sifat
berkehendak, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan
lain-lain lagi)
Ini kerana Allah telah menjelaskan didalam hadis Qudsi menerangkan yang sifat Allah bukan lain daripada Allah
Dengan bahasa mudahnya bolehlah dikatakan sifat Allah itu adalah Allah itu sendiri...
Selama ini kita sedang merasakan yang sifat-sifat ketuhanan tersebut adalah sifat badan diri kita sendiri.
Setelah kita membaca firman Allah tentang sifat ketuhanan yang ada pada diri kita
34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada
makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai
sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri
sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Tahulah kita bahawa segala sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah.
Walaupun telah lahir pada pengetahuan kita yang sifat ketuhanan yang
ternyata pada badan diri kita ialah sifat ketuhanan Allah tetapi didalam
perasaan kita masih lagi sedang merasakan sifat ketuhanan yang ada pada
diri kita sebagai sifat diri kita sendiri..
Kita memperkatakan apa yang kita tahu ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah
Apa yang sedang dilakukan ialah sedang merasakan segala sifat ketuhanan
yang ada pada diri kita ialah atau sebagai sifat diri kita sendiri...
Ini adalah keadaan yang sedang memperkatakan sesuatu yang tidak
dilakukan kerana kita memperkatakan apa yang kita tahu iaitu segala
sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita adalah sifat
ketuhanan Allah sedangkan apa yang sedang kita lakukan ialah sedang
merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita sebagai sifat badan
diri kita sendiri..
Jika dinilai dari sudut ilmu yang diketahui
apa yang diketahui apa yang diperkatakan itu benar kerana telah
memperkatakan sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
Sedang jika dipandang dari sudut apa yang sedang dilakukan adalah tidak
betul kerana sedang dan masih merasakan segala sifat ketuhanan yang ada
pada diri kita adalah sifat badan diri kita sendiri...
Untuk melaksanakan apa yang tersirat didalam firman Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Kita perlu menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita...
Jangan dirasakan sifat ketuhanan yang dirasakan itu sebagai sifat diri
kita sendiri dan jangan dianggap sifat ketuhanan yang sedang dirasakan
sebagai sifat Allah
Cukup sekadar merasaksn sifat ketuhanan yang sedang dirasakan pada ketika itu sahaja..
Jadi sifat ketuhanan yang sedang dirasakan itu bukanlah yang sedang
dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan sifat ketuhanan yang
sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan itu bukan yang sedang
disangka sebagai sifat Allah
Apabila menyedari sifat ketuhanan
yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan
yang bukan sedang disangka sebagai sifat Allah dengan sebulat-bulat
tumpuan..
Setelah kesedaran yang sedang disedari dengan
sebulat-bulat tumpuan itu sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang
bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan
bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah..
Maka
sebutlah Allah dengan sebanyak-banyaknya... sehinggalah mendapat
kemahiran menyebut Allah tersebut telah berlaku didalam satu masa yang
sama dengan kesedaran yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan
yang sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang
dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan yang sedang
dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah
Setelah berlaku menyebut
Allah dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan
yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan
yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah didalam masa yang
sama
Pada ketika inilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan
bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat
badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat
Allah adalah sifat ketuhanan Allah
Penumpuan dengan sebulat
tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai
sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai
sifat ketuhanan Allah ini akan menjadi sebagai penyaksian
Dan
sebutan Allah yang sedang disebut itu pula akan menjadi sebagai
pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan
sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai
sifat ketuhanan Allah itu adalah sifat ketuhanan Allah
Penyaksian
dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah ini akan berlaku setelah
penumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang
sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang
dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah dengan menyebut Allah telah
berjaya dilakukan pada satu masa yang sama..
Selagi belum berlaku
kedua perkara yang dilakukan ini didalam satu masa yang sama selagi itu
belum berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah
seperti yang telah difirmankan didalam firmanNya.. pada Surah Saba'
(Ayat 27)
"bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
JIKA APA YANG DILAKUKAN DIPERINGKAT AWAL DENGAN MENYEBUT ALLAH DAHULU
DARIPADA MENUMPUKAN DENGAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG
SEDANG DISEDARI, INI JUGA TIDAK BOLEH BERLAKU KEDUA PERKARA DIDALAM SATU
MASA YANG SAMA
Ini adalah apa yang perlu difahamkan untuk kita
melakukan, setelah faham tentang bagaimana cara untuk melakukan maka
bolehlah dilakukan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat
didalam sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu
Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya
Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga
bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
- Dimana pejamkan mata - maksudnya menumpukan dengan sebulat-bulat
tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai
sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai
sifat ketuhanan Allah
- Tongkatkan lidah kelangit-langit
-
Sebutlah Allah sebanyak-banyaknya supaya dapat berlaku menyebut Allah
dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang
sedang disedari pada satu masa yang sama
**Pesanan**
-
Semasa menyebut Allah secara lisan iaitu diketika lidah tidak
ditongkatkan kelangit-langit, pergerakan lidah tersebut akan membunyikan
sebutan Allah pada lisan
- Apabila menyebut Allah diketika lidah
telah ditongkatkan kelangit-langit, lidah tidak lagi boleh digerakkan
semasa menyebut Allah tetapi ada satu anggota lahir yang lain yang akan
bergerak sepertimana pergerakan lidak diketika menyebut Allah secara
lisan
- pergerakan anggota inilah yang menandakan sedang menyebut
Allah yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa kata-kata didalam hati
Pergerakan anggota yang bergerak dengan menumpukan sebulat-bulat
tumpuan kepada sifat ketuhanan (yang disedari semasa memejamkan mata
yang mana sifat ketuhanan tersebut yang bukan yang sedang dirasakan
sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan pula yang sedang dianggap
sebagai sifat ketuhanan Allah) telah berlaku pada satu masa yang sama
Diketika inilah sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah...
Ini latihan diperingkat awal yang perlu dilakukan...
Setelah mahir melakukan apa yang tersurat dan tersirat didalam firman
Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya
dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam atau pada masa yang sama,
disinilah akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada samada (zat,
sifat, mama dan perbuatan) Allah.
Diletika ini binasalah segala
(zat, sifat, nama dan perbuatan) yang ternyata pada makhlok, kekallah
(zat, sifat, nama san perbuatan) Allah.
BERPEGANG TEGUH KEPADA TALI ALLAH
TALI ALLAH IALAH YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK ATAU
SEBENAR-BENAR IKHLAS ATAU BERSERAH DIRI SEBULAT-BULAT KEPADA ALLAH IAITU
LAA ILAHA ILALLAH, BUKAN KALIMAH YANG DDIUCAPKAN TETAPI JALAN DAN CARA
UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID YANG TELAH DILAKUKAN OLEH
BADAN DIRI SENDIRI...
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
Iblis
berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka
semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk
menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang
sesat (dengan pilihannya sendiri).
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 65)
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah
engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk
menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung
(bagi mereka).
38.Surah Şād (Verse 82)
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
38.Surah Şād (Verse 83)
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".
FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 65)
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu
bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang
tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka
(naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
FIRMAN ALLAH DIATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
31.Surah Luqmān (Verse 22)
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas)
sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada
Allah jualah kesudahan segala urusan.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 101)
Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan
ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya
(Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka
sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul
(lurus).
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 102)
Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 103)
Dan
berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu
bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu
bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di
antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang
bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu
dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah
menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat
petunjuk hidayahNya.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 104)
Dan
hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara
yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 105)
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani)
yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah
datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa
oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh
azab seksa yang besar.
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 106)
(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang)
menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam.
Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya
secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman?
Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 107)
Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada
dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.
39.Surah Az-Zumar (Verse 2)
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad)
dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah
dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
39.Surah Az-Zumar (Verse 3)
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala
ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan
orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi
pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau
memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah
sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka
(dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka
berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk
kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan),
lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 103)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam),
dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada
kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam
yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu
dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah
menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat
petunjuk hidayahNya.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 256)
Tidak
ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya
ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak
akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS MENUNJUKKAN BAHAWA IKHLAS
SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA
MEMBAWA MAKSUD KEPADA YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IAITU
TETAP BERPEGANG DENGAN IKTIQAD TAUHID. INILAH JUGA YANG MERUPAKAN TALI
ALLAH IAITU LAA ILAHA ILLALLAH..