Laman

Kamis, 07 April 2016

ALAM PADA ZAHIR DAN BATINNYA


"ALAM INI PADA ZAHIRNYA ADALAH TIPUAN DAN BATINNYA ADALAH PERINGATAN. NAFSU MEMANDANG KEPADA ZAHIRNYA YANG MENIPU DAYA, SEMENTARA HATI PULA MEMANDANG KEPADA BATINNYA YANG MEMBERI PERINGATAN."
Alam maya ini boleh dilihat melalui dua aspek, iaitu aspek zahir dan aspek batin. Aspek zahir memperlihatkan satu keadaan sementara aspek batin pula memperlihatkan keadaan yang lain.
Bagi memudahkan pemahaman alam boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian besar, iaitu alam rendah yang dikenali sebagai dunia dan alam tinggi yang dikenali sebagai alam Malakut(alam rohani dimartabat ciptaanNya) dan alam yang lebih tinggi yakni dikenali sebagai alam Ketuhanan yakni alam Jabarut (alam Asma dan sifat) dan alam Lahut (alam Dzat yang Ahadiah).
Alam dunia adalah tempat kediaman manusia dan juga musuh manusia iaitu syaitan. Manusia menjadi permata bagi dunia. Dunia ini diciptakan khas untuk ditempatkan manusia buat melaksanakan hukum ketentuan Allah s.w.t pada azali. Manusia dijadikan khalifah atau penguasa yang bertanggungjawab menjalankan perundangan Tuhan yang telah siap digubal dan dibentangkan.
Dalam melaksanakan tugasnya manusia tidak dibiarkan dalam kebingungan. Tuhan sentiasa menghantarkan ayat-ayat-Nya, tanda-tanda dan petunjuk sebagai penyuluh jalan bagi manusia selaku pelaksana hukum Tuhan. Ayat-ayat, tanda-tanda dan petunjuk yang disampaikan kepada manusia adalah bersesuaian dengan sifat manusia dan alam dunia yang mereka diami. Utusan Allah s.w.t yang menyampaikan ayat-ayat, tanda-tanda dan petunjuk kepada manusia dipilih dari kalangan manusia sendiri dan bertutur dalam bahasa manusia.
Manusia mendengar para Rasul membacakan ayat-ayat Allah s.w.t dalam bahasa yang mereka fahami. Rasul-rasul pada zahirnya bersifat sebagai manusia tetapi pada batinnya adalah juru-bicara Allah s.w.t, menyampaikan apa yang Allah s.w.t mahu sampaikan. Bahasa yang digunakan pada zahirnya adalah bahasa manusia tetapi pada batinnya adalah Kalam Allah s.w.t.
Dalam melaksanakan tugas membawa risalat, Rasul-rasul diperkuatkan dengan mukjizat. Mukjizat tersebut pada zahirnya merupakan perubahan yang luar biasa terjadi pada anasir alam, tetapi pada batinnya adalah pertunjukan kekuasaan Tuhan. Dalam kehidupan harian manusia melihat berbagai-bagai kejadian seperti curahan air hujan, tiupan angin, alunan ombak dan lain-lain. Mereka melihat kejadian alam pada zahirnya tetapi pada batinnya adalah perjalanan peraturan dan kehendak Allah s.w.t.
Manusia juga pada zahirnya mengalami berbagai-bagai peristiwa tetapi pada batinnya adalah takdir Ilahi. Jadi, seluruh aspek kehidupan dalam alam dunia ini merangkumi aspek zahir dan aspek batin.
Aspek zahir memperlihatkan benda-benda alam dan aspek batin menyatakan hubung-kait segala sesuatu dengan Tuhan. Jika pandangan hanya tertuju kepada aspek zahir maka hanya benda-benda alam dan peristiwa yang kelihatan, tidak ada kenyataan tentang Tuhan. Pandangan yang hanya memperlihatkan alam akan mengwujudkan sikap bebas merdeka, tidak berasa bergantung kepada Tuhan, tidak berasa malu melakukan maksiat jika tidak dilihat oleh sesama manusia walaupun Tuhan melihatnya. Orang yang memiliki pandangan begini adalah orang yang memperturutkan hawa nafsunya yang sentiasa gelojoh dan berselera dengan benda-benda alam.
Pandangan yang seperti ini menjemput syaitan supaya ikut sama memperindahkan benda-benda yang digemari oleh hawa nafsu itu. Pandangan nafsu yang membelakangi Tuhan akan dibungkus oleh pandangan syaitan. Allah s.w.t berfirman:
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak mahu beringat dan insaf?"
( Ayat 23 : Surah Jaathiyah )
Orang yang pandangan nafsunya dibungkus oleh pandangan syaitan akan mengalami keadaan yang lebih berat.
"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada pentutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."
( Ayat 7 : Surah al-Baqarah )
Kesudahannya mereka sampai kepada keadaan:
"(Orang-orang yang melakukan perkara-perkara tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya. (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?"
( Ayat 23 & 24 : Surah Muhammad )
Pendengarannya tidak dapat lagi mendengar kebenaran dan penglihatannya tidak dapat lagi melihat kebenaran. Inilah keadaan orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t telah melaknatkan seorang hamba-Nya, maka berubah sifat hamba itu dari orang salih menjadi iblis dan gugurlah segala amalan yang pernah dikerjakannya.
Jika Allah s.w.t melaknatkan seseorang bani Adam maka dia akan menjadi syaitan berbangsa manusia. Manusia syaitan akan mendorong manusia lain supaya mengikutnya pergi ke neraka. Supaya terselamat dari keadaan tersebut Rasulullah s.a.w menasihatkan dengan peringatan:
"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging. Jika baik ia nescaya baiklah semua anggotanya. Bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah, itulah kalbu (hati)."
( Maksud Hadis ).
Allah s.w.t berfirman:
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
( Ayat 9 – 10 : Surah asy-Syams )
Penyucian hati adalah penyelamat manusia dari tertipu oleh benda-benda alam dan kejadian yang zahir. Hati yang suci bersih dapat melihat terus ke dalam batin bagi setiap yang zahir. Bila dia mendengar bacaan ayat-ayat Quran hatinya mendengar ucapan Kalam Allah s.w.t. Bila dia melihat sesuatu peristiwa terjadi, hatinya melihat perjalanan takdir Allah s.w.t. Bila dia melihat sesuatu kegemparan hatinya melihat kekuasaan Allah s.w.t. Apa juga yang zahir yang dilihatnya akan membuat hatinya melihat manifestasi ketuhanan padanya. Tiada sesuatu yang terlepas daripada ikatan ketuhanan (Ilahi).
Pandangan terhadap ketuhanan bukan setakat alam dunia, malah rohaninya mencapai alam Malakut, Jabarut dan Lahut dengan mata hatinya tetap tidak berganjak dari melihat kepada ketuhanan. Hatinya melihat bahawa malaikat tidak mempunyai kuasa walau sebesar zarah pun untuk berbuat sekehendaknya. Semuanya tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. Walaupun sekalian malaikat berkumpul untuk menolongnya dia tetap melihat bahawa Penolong sebenar adalah Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam.
Begitulah pandangan mata hati yang tidak dilindungi oleh yang zahir untuk dia melihat kepada yang batin. Dan hakikat yang batin itu akan kembali semuanya kepada Allah swt.
Semoga bermanafaat.

[ Ust Iqbal ]



 

KAUM SUFI DI ZAMAN RASULULLAH SAW

AHLI SUFFAH merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yang daripada mereka dikatakan bermulanya aliran Sufi atau Tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda Masjid Rasulullah s.a.w di Kota Madinah.
Perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian.
Walaupun keadaan Ahli Suffah yang demikian kaum Muslimin tidak menganggapkan mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada golongan yang lemah itu.
Apabila perkembangan Islam telah pesat ternyata peranan Ahli Suffah sangat penting. Tindakan Rasulullah s.a.w menyediakan tempat di beranda Masjid Baginda s.a.w untuk satu puak yang menjadi ahli Masjid merupakan satu tindakan yang sangat berhikmah. Ahli Suffah yang juga ahli Masjid Rasulullah s.a.w merupakan kumpulan yang paling hampir dengan Baginda s.a.w.
Mereka yang mula-mula mendengar pengajaran Rasulullah s.a.w. Mereka sentiasa hadir di dalam Majlis Baginda s.a.w. Mereka mempelajari al-Quran secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Peranan mereka adalah umpama kutubkhanah yang menyimpan segala macam pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka hanya menceburi satu bidang sahaja dalam kehidupan ini, iaitulah bidang Ilmu Rasulullah s.a.w.
Dari kalangan mereka terdapat orang-orang yang sangat mendalam pengetahuan mereka tentang Agama Islam. ‘Khazanah Ilmu Agama’ itulah yang memainkan peranan penting sebagai Mubaligh yang menyampaikan Ajaran Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam Majlis Rasulullah s.a.w dan juga kepada mereka yang baharu memeluk Agama Islam.
Ahli Suffah, ahli Masjid Nabi s.a.w atau Ahli Sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penyebar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada Ahli Suffah, ahli Masjid Nabi s.a.w, Ahli Sufi atau ahli Ilmu itu. Allah s.w.t memperakui kepentingan sumbangan mereka kepada perkembangan agama-Nya.
لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
"(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya) mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah) apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya." (Al-Baqarah: 273)
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam Agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." (At-Taubah:122)
Ahli Suffah atau Ahli Sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara al-Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar.
Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu Agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu Agama akan terjejas, sedangkan ianya sangatlah penting bagi perkembangan Agama.
Al-Quran menganjurkan agar sebahagian daripada umat Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalamkan dan mengembangkan ilmu Agama. Tuhan telah memberikan garisan pembahagian tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan Agama. Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu Agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli Ilmu. Ahli Ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul”.
Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud:
“Pada hari Kiamat tinta Ulama ditimbang dengan darah Syuhada”.
Ahli Sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang-orang yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis ilmu Agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah dasar yang perlu diperhatikan dalam memperkaitkan Ahli Suffah dengan Ahli Sufi yang datang kemudian.
Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat senjata dan orang yang mati kerananya memperolehi Syahid. Pekerjaan yang begitu besar dan mulia dikecualikan daripada ahli Ilmu sepenuh masa, apa lagi pekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut. Pada zaman Rasulullah s.a.w, puak yang bekerja khusus dalam bidang ilmu Agama itu ditanggung oleh Pemerintah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri.
Oleh kerana ahli Ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan Ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka.
Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan darjat Kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu Nabi-Nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yang menerima pancaran Cahaya Kenabian. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerosakan yang berlaku pada ilmu Agama, terutamanya dalam perkara Akidah.
Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w bermula di Madinah. Semakin besar kerajaan Islam semakin besar dan berat tugas yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w dibantu oleh empat orang ‘Menteri Kanan’. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Siapa pula ‘Kakitangan Kerajaan’ yang membantu Rasulullah s.a.w dan ‘Menteri-Menteri’ Baginda s.a.w? Mereka adalah Ahli Suffah yang bekerja sepenuh masa untuk Rasulullah s.a.w.
Kebanyakan daripada masa Baginda s.a.w dihabiskan di dalam Masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, polisi, wawasan dan lain-lain keluar daripada Rasulullah s.a.w dan disebarkan oleh Ahli Suffah. Mereka menyampaikan berita yang Rasulullah s.a.w mahu sampaikan kepada kaum Muslimin. Ahli Suffah yang bergerak mempastikan latihan ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai persiapan mempertahankan Agama dan negara Islam. Ahli Suffah yang mengatur pembuatan senjata-senjata perang seperti baju besi dan pedang. Ahli Suffah juga menggerakkan kaum Muslimin mempersiapkan unta dan kuda mereka supaya apabila diperlukan semuanya berada dalam keadaan siap sedia. Kehadiran Ahli Suffah, ahli Masjid Nabi s.a.w atau Ahli Sufi itulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w mentadbir negara Islam dari dalam Masjid Baginda s.a.w.
Ketika bilangan tentera Islam masih sedikit, Ahli Suffah ikut serta berperang. Jadi, Ahli Suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktif bekerja untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apa yang Rasulullah s.a.w berikan itulah bahagian mereka bagi menyara kehidupan mereka. Mereka reda dengan yang demikian. Mereka lebih suka nama mereka tidak dikenali kerana mereka tidak mencari nama dan kebesaran. Apa yang mereka cari hanyalah keredaan Allah s.w.t dan Rasulnya.
[ Muhammad Nasir Majid ]

 

Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan,

“Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan,
sebab tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak
ditanam, maka tidak sempurna hasil
buahnya." [ Ibnu Athaillah ]
Ustadz Salim Bahreisy ra. mensyarahkan:
Tiada sesuatu yang lebih berbahaya bagi
seseorang yang sedang beramal, daripada
menginginkan kedudukan dan kemasyhuran
di tengah-tengah masyarakat. Hal ini
termasuk dari tipu daya hawa nafsu.
Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa berendah-hati maka Allah akan
memuliakannya, dan barangsiapa sombong,
Allah akan menghinakannya.”
Ibrahim bin Adham ra berkata:
“Tidak benar-benar menuju kepada Allah
siapa yang beramal untuk kemasyhuran dirinya.”
Ayyub As-Sakhtiyani ra berkata:
“Demi Allah, tiada seorang hamba yang
bersungguh-sungguh ikhlas pada Allah,
melainkan ia merasa senang jika tidak
mengetahui kedudukannya.”
Diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal ra,
Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya riya’ meski sedikit, termasuk
syirik. Dan siapa yang memusuhi seorang
Waliyullah, berarti telah berperang terhadap
Allah. Dan Allah menyayangi hamba-Nya
yang bertakwa namun tidak terkenal, yang
bila tidak ada tidak dicari, bila ada tidak
dipanggil serta tidak dikenal. Hati mereka
laksana pelita hidayah (petunjuk), mereka
terhindar dari segala kegelapan kesukaran.
Abu Hurairah ra berkata: Ketika kami
di Majlis Rasulullah saw tiba-tiba Baginda
bersabda:
"Besok pagi akan ada seorang ahli Syurga
yang solat bersama kalian."
Abu Hurairah berkata:
"Aku berharap semoga akulah orang yang
ditunjuk oleh Rasulullah itu."
Maka pagi-pagi aku solat di belakang
Rasulullah saw dan tetap tinggal di Majlis
setelah orang-orang pulang. Tiba-tiba ada
seorang hamba hitam berkain compang
camping datang dan berjabat tangan pada
Rasulullah saw sambil berkata:
"Ya Nabiyallah, doakan semoga aku mati syahid."
Maka Rasulullah saw berdoa, sementara
kami mencium wangi kasturi dari tubuhnya.
Kemudian (setelah orang itu pergi) aku
(Abu Hurairah ra) bertanya:
"Apakah orang itu Ya Rasulullah?"
Jawab Nabi:
"Ya benar. Ia seorang hamba dari bani fulan."
Abu Hurairah bertanya lagi:
"Mengapa tidak kau beli dan kemudian kau
merdekakan ya Nabiyallah?"
"Bagaimana aku akan dapat berbuat
demikian, bila Allah hendak menjadikan dia
seorang Raja di Syurga. Hai Abu Hurairah,
sesungguhnya di Syurga itu ada Raja dan
orang-orang terkemuka. Dan hamba sahaya
ini salah seorang Raja dan terkemuka.
Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya Allah
mengasihi kepada makhluk-Nya yang suci
hati, yang menyembunyikan diri dari
masyarakatnya, yang bersih, yang
rambutnya terurai (tidak tersisir rapi), yang
perutnya kempis kecuali dari hasil yang
halal, yang bila akan masuk istana raja
niscaya tidak diperkenankan (kerana
tampilan lahiriahnya), bila meminang wanita
bangsawan tidak diterima, bila tidak ada
tidak dicari, bila hadir tidak dihiraukan, bila
sakit tidak dijenguk, bahkan bila meninggal
jenazahnya tidak dihadiri.”
Ketika Sahabat bertanya:
"Tunjukkan kepada kami seorang dari
mereka ya Nabiyallah."
Nabi menjawab:
“Uwais Al-Qarny ra, seorang berkulit coklat,
lebar kedua bahunya, sedang tingginya,
selalu menundukkan kepalanya sambil
membaca al-Quran, di bumi tidak dikenal
tetapi terkenal di langit. Andaikan dia
bersungguh-sungguh minta sesuatu kepada
Allah, pasti Dia beri. Di bahu kirinya ada
bekas belang sedikit.
Hai Umar dan Ali, jika kamu kelak bertemu
dengannya, maka mintalah dia
membacakan istighfar untuk kalian."
Sedangkan Syarah Syeikh Fadhlala Haeri
dalam terjemahnya:
"Kalau perbuatan-perbuatan kita tidak
didasarkan pada pengabdian yang rendah
hati (tawadhu’) kepada Allah, maka
perbuatan-perbuatan tersebut tidak akan
menunjukkan hasilnya dan tidak terbebas
dari kepalsuan serta kemusyrikan
(menyekutkan Allah) secara halus.
Bila kita menginginkan reputasi atau
penghargaan, maka buah dari perbuatan
kita yang seperti itu akan masam dan busuk,
kerana sifat dunia yang selalu berubah."
Pencari spiritual yang berjaya tidak
mempedulikan apa yang muncul sebagai
hasil akhir perbuatan, kerana ia merasakan
RahmatNya sejak awal penyerahan dirinya
kepada Allah SWT.

MEMAHAMI AKU

Bismillah sdr ku.....
Ketahuilah olehmu siapakah yang dinamakan AKU itu barulah engkau tahu dan mengenal akan hakikat sebenar Rahsia Ketuhananmu.
.
Maka dengan ini ku lampirkan suatu keterangan buatmu dan ku bukakan tabir rahsia untukmu agar kau tahu dan mengerti apakah dan siapakah yang dimaksudkan kepada AKU.
.
AKU....Adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili jenis laki atau pun wanita.
AKU adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang nyata kerana ia bersifat tidak nyata (nagetif), dan sesungguhnya AKU itu adalah satu rahsia yang di tajjallikan oleh Tuhan dan ia menjadi penyata bagi dzatullah.
.
AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Tuhan Yang Maha Kuasa.
.
Padanya pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Tuhan kerana AKU itu adalah Penyata bagi Dzat Tuhan atau dengan kata lain AKU itulah Kenyataan Tuhan.
.
Sesungguhnya dzatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan keadaan nya dan jauh sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa kerana ia LAITSA KAMISLIHI SAI’UN ……..tidak menyerupai sesuatu apa pun.
.
Itulah sebab Tuhan mau memperkenalkan DIRINYA dan telah menyatakan akan Sifat Ketuhanan yang bernama AKU.
.
Dalam ilmu hakikat AKU ini dikenaldengan nama AMAR ROBBI ….urusan tuhan,
.
Perlu di ingat AKU itu bukanlah Tuhan akan tetapi Penyata yang dinyatakan Tuhan agar ia nyata maka apabila ia nyata maka nyatalah Kebesaran Tuhan itu,
.
kerana kalau tidak nyata maka Kebesaran Tuhan tidak akan nyata dan kita tidak akan tahu yang tuhan itu ada walaupun DIA ada.
.
Disini saya ingin menyatakan bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan merupakan titik pertama yang dinyatakan Tuhan pada jasadku ini.
.
Apabila ia berada didalam badan diri ini maka ia telah menjadi DIRI pula.
.
AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah berkembang menjadi DIRI dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan Nya daripada nyalah didatangkan kehidupan kepada badan kita ini.
.
Pada AKU itu ada berbagai rahasia dan merupakan satu Khazanah Tuhan kepada kita ini.
.
Asal kita mau pasti kita akan dapat sesuatu darinya tetapi dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaan nya.
.
AKU yang tidak berupa dan bertampan ini hanya dapat diketahui saja kerana inilah rahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa paras dan bentuk.
.
Oleh itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan keberadaanku pada badan dirimu itu.
.
AKU merupakan induk kepada kehidupan tanpa aku kau akan mati.
Sahabatku.....ketahuilah olehmu bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan pada nya ada beberapa Sifat yang telah digantungkan oleh Tuhan sebagai penyata dan dalil akan Kebesaran Tuhan dan dengan nya (sifat) ia dapat mentadbir alam badan diri ini. Sifat-sifat itu adalah……..
1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) irodhat
5) sama’
6) basar
7) kalam
Inilah Sifat-Sifat Nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani.
.
Sebenarnya sifat-sifat ini ada pasangan nya dan ia terzahir dari pasangan nya.
Siapakah pasangan nya itu? Pasangan nya itu adalah Sifat Maknawiah yaitu……..
.
1) hayyun
2) alimun
3) qodirun
4) muriidun
5) sami’un
6) basirun
7) mutakalliman
.
ini lah pasangan nya dan ia menunjukan akan keadaan Tuhan pada Kebesaran Nya .
.
maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Tuhan).
.
Dialah dzat dan Sifat itu dan tidak terpisah.....
.
dalam menyatakan kalimah AKU ini saya menyatakannya bahwa dia adalah penyata.
.
Umpama lampu mengeluarkan cahaya dan menyinari dinding,cahaya pada dinding itu adalah cahayanya dan cahaya pada cermin lampu itupun cahaya nya oleh karena itu adakah cahaya yang berada pada dinding itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin lampu itu…….?
.
Tentu tidak.
.
Wassalam

Rabu, 24 Februari 2016

BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA


Pada hakekat seorang anak hrs beruntuk baik kpd kedua orang tuanya. Meski orang tua masih dalam keadaan musyrik mereka tetap mempunyai hak untuk mendptkan perlakuan yg baik dari anak-anaknya.
Beruntuk baik kpd kedua orang tua hrs didahulukan daripada fardhu kifayah dan amalan-amalan sunnah lainnya. Beruntuk baik kpd kedua orang tua didahulukan daripada berjihad dan hijrah di jalan Allah. Beruntuk baik kpd orang tua hrs didahulukan dari pada kpd istri dan anak-anak.
Beruntuk baik kpd kedua orang tua tdk berarti hrs meninggalkan kewajiban terhadap istri dan anak-anaknya. Kewajiban memberikan nafkah kpd istri dan anak-anak tetap dipenuhi walaupun kpd kedua orang tua hrs didahulukan.
Imam Qurthubi secara umum mengatakan bahwa dalam berbakti kpd kedua orang tua hendak seorang anak menyetujui apa yg dikehendaki, diinginkan dan dimaui oleh kedua orang tua. Fudlail bin Iyadl berkata, “Janganlah engkau mencegah apa-apa yg disenangi keduanya” Ketika dita bagaimana tentang berbakti kpd kedua orang tua, Fudlail menjawab, “Janganlah engkau melayani kedua orang tuamu dalam keadaan malas”
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu dalam hadits shahih yg diriwayatkan Imam Bukhari dalam kitab Al-Adabul Mufrad. Ketika Abu Hurairah dita bagaimana berbakti kpd kedua orang tua, ia berkata, “Janganlah engkau memberikan nama seperti namanya, janganlah engkau berjalan dihadapannya, dan janganlah engkau duduk sebelum dia duduk” [1] Artinya, orang tua dipersilahkan duduk terlebih dahulu.
Tidak boleh beruntuk baik kpd kedua orang tua dalam bermaksiat kpd Allah. Apabila orang tua menyuruh melakukan sesuatu yg haram atau mencegah dari peruntukan yg wajib, maka tdk boleh ditaati. Bahwa orang yg paling baik untuk kita jadikan teman dan sahabat karib selama-lama ialah orang tua sendiri.
Harta yg dimiliki seorang anak pada hakekat ialah milik orang tua. Sebagaimana telah datang seseorang kpd Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Ya Rasulullah, orang tua saya telah mengambil harta saya” kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memarahi orang tersebut dan berkata, “Kamu dan hartamu milik bapakmu” [2]. Berikan kpd orang tua apa yg ada pada kita yg pada hakekat ialah milik orang tua. Karena kita bisa berusaha, bekerja dan mendpt gaji, mendptkan ma’isyah (mata pencaharian), krn sebab orang tua yg melahirkan dan mendidik kita.
Kalau kedua sudah meninggal, tetap beruntuk baik dgn mendo’akan, menyambung tali silaturahmi kpd teman-teman orang tua yg disambung oleh keduanya.
Untuk menjadikan anak shalih berbakti kpd orang tua, bergantung dari pendidikan orang tua terhadap anaknya. Kalau ingin memiliki anak yg berbakti kpd kedua orang tua, tdk boleh meninggalkan pendidikan. Cara mendidik supaya menjadi anak yg shalih, anak yg taat kpd Allah dan RasulNya serta taat kpd kedua orang tuanya. Sejak kecil dididik dgn mentauhidkan Allah, diajarkan Al-Qur’an, sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, diajarkan cinta kpd Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan juga diajarkan tentang shalat.
Seandai sekarang ini ada anak yg durhaka kpd orang tuanya, kemudian orang tua ini menyesal dan bersedih, mungkin dahulu dia pernah beruntuk durhaka kpd orang tua sehingga sekarang dibalas oleh anak-anaknya. Ada riwayat yg masih perlu diperiksa, menyebutkan, “Hendaklah kalian beruntuk baik kpd orang tua kalian niscaya anak kalian akan beruntuk baik kpd kalian” Jadi dgn beruntuk baik kpd orang tua, insya Allah anak-anak akan beruntuk baik kpdnya. Tetapi kalau durhaka kpd orang tua, anak-anakpun akan durhaka kpdnya.
Hendaklah memperhatikan kedua orang tua seumur hidup dan jangan merasa lelah, capek, maupun letih, dalam berbakti kpd kedua sebagaimana kita tdk capek dan letih dalam taat kpd Allah.
Kalau selama ini pernah durhaka kpd orang tua, segeralah minta ma’af dan beruntuk baik kpd keduanya. Jangan mengulangi lagi dan bertaubat dgn taubat yg sesungguh baik laki-laki maupun yg perempuan. Mohon ampun dan bertaubat kpd Allah kemudian merubah sikap. Seandai kedua orang tua sudah meninggal mohon ampun kpd Allah dan mendo’akan dan bertaubat dgn taubat yg sesungguhnya, menyambung silaturahmi dgn teman-teman kedua orang tua.
Kalau ingin bahagia dan mendpt berkah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dan diluaskan rizki serta dipanjangkan umur dan dimudahkan segala urusan, dimasukkan ke dalam surga maka hrs terus beruntuk baik kpd orang tua. Jangan lupakan semua yg pernah diberikan kedua orang tua krn semua kebaikan mereka tdk dpt dihitung dgn apapun juga.

HARAMNYA DURHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUA


Imam Bukhari meriwayatkan dalam Kitabul Adab dari jalan Abi Bakrah Radhiyallahu ‘anhu, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Arti : Sukakah saya beritahukan kpdmu sebesar-besar dosa yg paling besar, tiga kali (beliau ulangi). Sahabat berkata, ‘Baiklah, ya Rasulullah’, bersabda Nabi. “Menyekutukan Allah, dan durhaka kpd kedua orang tua, serta camkanlah, dan saksi palsu dan perkataan bohong”. Maka Nabi selalu megulangi, “Dan persaksian palsu”, sehingga kami berkata, “semoga Nabi diam” [Hadits Riwayat Bukhari 3/151-152 -Fathul Baari 5/261 No. 2654, dan Muslim 87]
Dari hadits di atas dpt diketahui bahwa dosa besar yg paling besar setelah syirik ialah uququl walidain (durhaka kepda kedua orang tua). Dalam riwayat lain Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahwa diantara dosa-dosa besar yaitu menyekutukan Allah, durhaka kpd kedua orang tua, membunuh diri, dan sumpah palsu [Riwayat Bukhari dalam Fathul Baari 11/555]. Kemudian diantara dosa-dosa besar yg paling besar ialah seorang melaknat kedua orang tua [Hadits Riwayat Imam Bukhari]
Dari Mughirah bin Syu’bah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Arti : Sesungguh Allah mengharamkan atas kamu, durhaka pada ibu dan menolak kewajiban, dan minta yg bukan haknya, dan membunuh anak hidup-hidup, dan Allah membenci padamu banyak bicara, dan banyak berta demikian pula memboroskan harta (menghamburkan kekayaan)” [Hadits Riwayat Bukhari (Fathul Baari 10/405 No. 5975) Muslim No. 1715 912)]
Hadits ini ialah salah satu hadits yg melarang seorang anak beruntuk durhaka kpd kedua orang tuanya. Seorang anak yg beruntuk durhaka berarti dia tdk masuk surga dgn sebab durhaka kpd kedua orang tuanya, sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Arti : Dari Abu Darda bahwasa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak masuk surga anak yg durhaka, pe,imu, khamr (minuman keras) dan orang yg mendustakan qadar” [Hadits Riwayat Ahmad 6/441 dan di Hasankan oleh Al-Albani dalam Silsilah Hadits Shahih 675]
Diantara bentuk durhaka (uquq) ialah :
[1] Menimbulkan gangguan terhadap orang tua baik berupa perkataan (ucapan) ataupun peruntukan yg memuntuk orang tua sedih dan sakit hati.
[2] Berkata ‘ah’ dan tdk memenuhi panggilan orang tua.
[3] Membentak atau menghardik orang tua.
[4] Bakhil, tdk mengurusi orang tua bahkan lebih mementingkan yg lain dari pada mengurusi orang tua padahal orang tua sangat membutuhkan. Seandai memberi nafkah pun, dilakukan dgn penuh perhitungan.
[5] Bermuka masam dan cemberut dihadapan orang tua, merendahkan orang tua, mengatakan bodoh, ‘kolot’ dan lain-lain.
[6] Menyuruh orang tua, misal menyapu, mencuci atau menyiapkan makanan. Pekerjaan tersebut sangat tdk pantas bagi orang tua, terutama jika mereka sudah tua atau lemah. Tetapi jika ‘Si Ibu” melakukan pekerjaan tersebut dgn kemauan sendiri maka tdk mengapa dan krn itu anak hrs berterima kasih.
[7] Menyebut kejelekan orang tua di hadapan orang banyak atau mencemarkan nama baik orang tua.
[8] Memasukkan kemungkaran kedalam rumah misal alat musik, mengisap rokok, dll.
[9] Mendahulukan taat kpd istri dari pada orang tua. Bahkan ada sebagian orang dgn tega mengusir ibu demi menuruti kemauan istrinya. Na’udzubillah.
[10] Malu mengakui orang tuanya. Sebagian orang merasa malu dgn keberadaan orang tua dan tempat tinggal ketika status sosial meningkat. Tidak diragukan lagi, sikap semacam ini ialah sikap yg amat tercela, bahkan termasuk kedurhakaan yg keji dan nista.
Semua itu termasuk bentuk-bentuk kedurhakaan kpd kedua orang tua. Oleh krn itu kita hrs berhati-hati dan membedakan dalam berkata dan beruntuk kpd kedua orang tua dgn kpd orang lain.
Akibat dari durhaka kpd kedua orang tua akan dirasakan di dunia. Dalam hadits yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Abu Daud dan Tirmidzi dari sahabat Abi Bakrah dikatakan.
“Arti : Dari Abi Bakrah Radhiyallahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Tidak ada dosa yg Allah cepatkan adzab kpd pelaku di dunia ini dan Allah juga akan mengadzab di akhirat yg pertama ialah berlaku zhalim, kedua memutuskan silaturahmi” [Hadits Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad (Shahih Adabul Mufrad No. 23), Abu Dawud (4902), Tirmidzi (2511), Ibnu Majah (4211). Ahmad 5/36 & 38, Hakim 2/356 & 4/162-163, Tirmidzi berkata, “Hadits Hasan Shahih”, kata Al-Hakim, ‘Shahih Sanadnya”, Imam Dzahabi menyetujuinya]
Dalam hadits lain dikatakan.
“Arti : Dua peruntukan dosa yg Allah cepatkan adzab (siksanya) di dunia yaitu beruntuk zhalim dan al’uquq (durhaka kepdada orang tua)” [Hadits Riwayat Hakim 4/177 dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu] [1]
Keridlaan orang tua hrs kita dahulukan dari pada keridlaan istri dan anak. Karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan anak yg durhaka akan diadzab di dunia dan di akhirat serta tdk akan masuk surga dan Allah tdk akan melihat pada hari kiamat.
Sedangkan dalam lafadz yg lain diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Hakim, Ahmad dan juga yg lainnya, dikatakan :
“Arti : Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu berkata, ‘Telah berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Ada tiga golongan yg tdk akan masuk surga dan Allah tdk akan melihat mereka pada hari kiamat yakni anak yg durhaka kpd kedua orang tuanya, perempuan yg menyerupai laki-laki dan kepala rumah tangga yg membiarkan ada kejelekan (zina) dalam rumah tangganya” [Hadits Riwayat Hakim, Baihaqi, Ahmad 2/134]
Jadi, salah satu yg menyebabkan seseorang tdk masuk surga ialah durhaka kpd kedua orang tuanya.
Dapat kita lihat bahwa orang yg durhaka kpd orang tua hidup tdk berkah dan selalu mengalami berbagai macam kesulitan. Kalaupun orang tersebut kaya maka kekayaan tdk akan menjadikan bahagia.
Seandai ada seorang anak yg durhaka kpd kedua orang tua kemudian kedua orang tua tersebut mendo’akan kejelekan, maka do’a kedua orang tua tersebut bisa dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebab dalam hadits yg shahih Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Arti : Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ‘Telah berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Ada tiga do’a yg dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala -yg tdk diragukan tentang do’a ini-, yg pertama yaitu do’a kedua orang tua terhadap anak yg kedua do’a orang yg musafir -yg sedang dalam perjalanan-, yg ketiga do’a orang yg dizhalimi” [Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabaul Mufrad, Abu Dawud, dan Tirmidzi] [2]

KEISTIMEWAAN DAN MANFAAT BERDZIKIR KEPADA ALLAH SWT


Dzikir tidaklah bisa terlepas dari kehidupan manusia yang beriman hanya kepada ALLAH SWT. serta mengakui Kekuasaan dan Keagungannya didalam lahir maupun bathin.
Allah SWT berfirman: Oleh karena itu, ingatlah kalian kepada-Ku, niscaya Aku mengingat kalian. (QS al Baqarah [2]: 152).
Tsabit bin al-Banant RA. berkata, “Saya tahu kapan Allah SWT mengingat saya.
“Bagaimana Anda mengetahui hal itu?” tanya para muridnya. “Apabila saya mengingat-Nya, Dia pasti mengingat saya,” jawabnya.
Perintah-perintah Allah Kepada Hambanya :
Allah SWT berfirman:
Berzikirlah kalian (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. (QS al-Ahzab [33]: 41).
(Yaitu) orang –orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring. (QS Ali-Imran [3]:191).
Apabila kalian telah selesai shalat, ingatlah Allah di saat berdiri, duduk, dan berbaring. (QS an-Nisa [4]:103).
Tentang ayat 103 surah an-Nisa di atas, Ibn ’Abbas ra. berkata, ”Maksudnya adalah pada malam dan siang hari, di daratan, di lautan, dalam perjalanan dan ketika tinggal di rumah, ketika kaya dan dalam keadaan miskin, ketika sakit dan ketika sehat, serta secara tersembunyi dan terang-terangan.”
Rasulullah bersabda, ”Orang yang berzikir kepada Allah ditengah orang –orang yang lalai adalah seperti pohon hijau ditengah pohon-pohon yang kering. Orang yang berzikir kepada Allah ditengah orang-orang yang lalai adalah seperti orang yang berjuang di tengah orang-orang yang lari dari medan perang.”
Rasulullah Saw ditanya,”Amalan apa yang paling utama?”
Beliau menjawab,”Engkau mati sementara lisanmu basah karena zikir kepada Allah ’Azza wa jalla.”
Dalam hadist disebutkan bahwa Allah SWT berfirman,”Apabila hamba-Ku mengingat-Ku dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam keramaian, Aku mengingatnya dalam keramaian yang lebih baik dari itu. Apabila ia mendekat kepadanya sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Apabila ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Apabila ia berjalan menuju kepada-Ku, Aku berlari kepadanya.” (Maksud ”berlari kepadanya” adalah segera mengabulkan doanya.
Abu Hurairah RA. berkata, ”Penghuni langit memperhatikan rumah-rumah penduduk bumi yang disebutkan nama Allah SWT, sebagaimana mereka memperhatikan bintang-bintang.”
Sufyan ibn Uyaynah ra mengatakan bahwa jika suatu kaum berkumpul untuk berzikir kepada Allah SWT, pasti setan dan dunia lari. Setan berkata kepada dunia,”Tidakkah engkau melihat apa yang mereka perbuat?”
Dunia menjawab, ”Biarkan mereka, karena jika mereka telah bubar aku akan membawa leher mereka kepadamu.”
Abu Hurairah RA. meriwayatkan bahwa ia masuk pasar. Ia berkata, ”Aku melihat kalian disini sementara warisan Rasulullah Saw dibagikan di dalam masjid.”
Orang-orang lalu pergi ke masjid dan meninggalkan pasar. Akan tetapi, mereka tidak melihat warisan itu. Mereka berkata, ”Wahai Abu Hurairah, kami tidak melihat warisan dibagikan di dalam masjid.”
Abu Hurairah balik bertanya, ”Apa yang kalian lihat?”
Mereka menjawab, ”Kami melihat sekelompok orang sedang berzikir kepada Allah Azza wa Jalla dan membaca Alquran.”
Abu Hurairah berkata, ”Itulah warisan Rasulullah SAW.”
Al-A’masy meriwayatkan hadis dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri dari Nabi Muhammad SAW, bahwa beliau bersabda, ”Allah ’Azza wa Jalla memiliki para malaikat yang selalu memuji-Nya di bumi. Mereka mencatat amalan manusia. Apabila mereka menemukan suatu kaum sedang berzikir kepada Allah, mereka menyeru, ”Marilah menuju sasaran!”
Para Malaikat pun datang dan mengelilingi mereka. Kemudian mereka kembali ke langit. Allah SWT bertanya,” Apa yang hamba-hambaKu kerjakan ketika kalian meninggalkan mereka?”
Para malaikat menjawab, ”Kami meninggalkan mereka dalam keadaan memuji, memuliakan, dan menyucikan Mu.”
Allah SWT bertanya lagi, ”Apakah mereka melihatKu?”
Para malaikat menjawab,”Tidak.”
Allah SWT bertanya lagi, ”Bagaimana seandainya mereka melihatKu?”
Para malaikat menjawab, ”Seandainya mereka melihatMu, niscaya mereka akan lebih banyak bertasbih dan memuliakanMu.”
Allah SWT bertanya lagi, ”Dari apa mereka memohon perlindungan?”
Para malaikat menjawab, ”Dari api neraka.”
Allah SWT bertanya lagi,”Apakah mereka melihatnya?”
Para malaikat menjawab,”Tidak.”
Allah SWT bertanya lagi, ”Bagaimana seandainya mereka melihatnya?”
Para malaikat menjawab,”Seandainya mereka melihatnya, niscaya mereka lebih takut padanya dan lebih banyak berusaha menghindarinya.”
Allah SWT bertanya lagi, ”Apa yang mereka cari?”
Para malaikat menjawab,”Surga.”
Allah SWT bertanya lagi,”Apakah mereka melihatnya?”
Para malaikat menjawab,”Tidak.”
Allah bertanya lagi,”Bagaimana seandainya mereka melihatnya?”
Para malaikat menjawab, ”Seandainya mereka melihatnya, niscaya mereka lebih besar lagi keinginannya.’
Allah berfirman, ”Aku bersaksi kepada kalian bahwa Aku telah mengampuni mereka.”