Laman

Selasa, 06 Mei 2014

#‎ADAB‬



al-Habib Zein Bin Sumaith berkata:
Ahsan pada ADAB ini dan kepentingan itu terkumpul pada perkataan Rasulullah Shallallahualahiwasalam ''yang mengajar adab kepada aku adalah Allah Ta'ala sendiri.''
Nak katanya pentingnya adab ini. Bukan sahaja belajar adab, bahkan belajar cara nak mempercantik adab kepada Nabi. Bahkan tiada siapa pun yang menyamai akhlaq Nabi sehingga ALLAH Ta'ala sendiri puji Rasulullah.
Abdullah bin Mubarak ialah seorang yg pemurah dengan kawan2nya, hafal hadis, alim dalam fekah dan mahir dalam Arab, serta sentiasa memenuhi jemputan orang dan seorang yg berani.
Bahkan Sufyan at-Tsauri dan Abdullah bin Mubarak berkata:
''Kalau tidak kerana Imam Malik mengajar kami, mungkin kami tak jadi orang.''
Mereka juga berkata : '' Dengan sedikit adab lebih kami berhajat daripada ilmu banyak.''Bermaksud mereka lebih suka adab yg sikit berbanding ilmu yg banyak.
Imam Malik mengaji ilmu 18tahun dan adab 2tahun. Namun kata beliau ''kalau aku tahu kesan adab ini (pada ilmu laduni), nescaya aku akan ,mengaji adab 18tahun dan ilmu 2tahun.''
Berkata Abdullah Ibnu Mubarak lagi:
''Orang yang bermudah-mudah dengan adab, ALLAH uji dengan balasan haramkan beramal dengan sunnah Rasulullah (tiada kekuatan untuk amal sunnah Nabi) . Bila dia mula berlebih kurang dalam sunnah, dia akan diberi pembalasan dengan dijauhkan amalan fardhu. Orang yg berlebih kurang dengan kefardhuan yg diwajibkan, dia akan dijauhkan oleh Allah untuk mengenal Allah (makrifatullah).''
:: Hasil dhobit dari kuliah mingguan talaqqi kitab Safinatun Naja oleh al Fadhil Ustaz Uwais al Qarni Abdul Wahab ; 5 Rejab 1435H ,Musolla Kom UIAM,Kuantan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar