Laman

Senin, 25 Agustus 2014

REZEKI

Anak2ku, padahal awal-awal lagi dalam "Bab REZEKI, JODOH & AJAL (PERKARA YANG EMPAT)" ada mengatakan seperti di bawah:
Bab REZEKI
Adapun REZEKI itu terbahagi kepada empat perkara anak2ku, iaitu:
1. REZEKI SYAITAN
Yakni mereka yang mendapat REZEKI dengan secara maksiat seperti mencuri, menipu, menyamun dan segala cara-cara REZEKI yang TIDAK HALAL pada Hukum Islam, tetapi dia hidup dengan REZEKI itu.
Pendek kata segala apa jua REZEKI yang didapati seseorang sepertimana cara SYAITAN mendapatkan REZEKINYA atau kerana ada ilmunya meminta pertolongan daripada SYAITAN supaya dia hidup dengan REZEKI yang banyak, maka itulah dinamakan REZEKI SYAITAN.
2. REZEKI JIN
Adapun REZEKI JIN itu kerana ada ilmunya meminta pertolongan daripada JIN supaya dia hidup dengan REZEKI yang mewah. Setengah-setengahnya minta pertolongan daripada pawang-pawang yang menyimpan JIN supaya hidupnya laris.
Pendek kata segala apa jua REZEKI adalah bergantung kepada JIN-JIN yang ghaib, maka itulah dinamakan REZEKI JIN.
3. REZEKI MALAIKAT
Yang dikatakan REZEKI MALAIKAT itu dia Sembahyang Hajat, kemudian bermohon kepada MALAIKAT dan dia berdoa melalui MALAIKAT, misalnya dia bermohon kepada MALAIKAT MIKAIL yang memegang REZEKI.
Pendek kata, siapa yang memohon daripada MALAIKAT, maka REZEKINYA dinamakan REZEKI MALAIKAT.
4. REZEKI ALLAH
Maka REZEKI ALLAH itu yang datang dari ALLAH menurut apa yang tertulis di dalam Loh Mahfuz. Bagi mendapatkan REZEKI ALLAH ini, seseorang itu hendaklah rajin dalam usahanya, hendaklah bekerja kuat dan tidak boleh berpeluk tubuh.
Pendek kata, REZEKI secara ini sebahagian daripadanya datang melalui otak fikiran manusia..ada sebahagian yang datang melalui suara manusia dan ada juga sebahagian yang lain yang mendatang melalui kaki tangan manusia, masing-masing dengan cara-caranya sendiri.
Adapun:
REZEKI SYAITAN adalah REZEKI yang HARAM..
REZEKI JIN adalah REZEKI yang ada HALAL & ada HARAM..
REZEKI MALAIKAT adalah REZEKI yang HALAL..
REZEKI ALLAH adalah REZEKI yang HALAL lagi berkat..
Renungkanlah dari cabang mana satu datangnya REZEKIMU itu?
Ketahuilah anak2ku, sebaik2 REZEKI itu adalah REZEKI ALLAH. Maka rajinlah kamu berusaha, bekerja kuat dan jangan asyik berpeluk tubuh malas dalam mendapatkan REZEKI yang HALAL lagi berkat buat dirimu sendiri dan juga keluargamu kelak!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar