Laman

Sabtu, 10 Maret 2018

RAHSIA NUR MUHAMMAD
Apabila kita hendak mengenal Diri maka hendaklah terlebih dahulu kita kenal akan Rahsia Nur Muhammad, kerana rahsia Nur Muhammad itulah yang dapat mengenalkan kita kepada Sebenar-benarnya Diri.
Adapun yang bernama diri itu terbagi kepada dua bahagian:
Pertama diri yang Zahir
Kedua diri yang Batin.
Diri kita yang zahir itu, adalah bayang-bayang diri kita yang batin, yang juga berhuruf dan berkalimah Allah.
Kemudian, sesudah kita ketahui diri yang zahir itu, kita ketahui pula diri kita yang batin.
Siapakah diri batin kita ?
Sebab diri yang batin itulah yang dapat mengenal Tuhannya, seperti kata ahli sufi:
Barang siapa mengenal dirinya, maka kenal ia Tuhannya.
Sebelum kita mengenal diri kita yang batin, hendak lebih dahulu kita matikan (fanakan) diri kita yang zahir, seperti sabda Rasullulah:
Matikan dirimu sebelum kamu mati.
Setelah mati (fana) diri kita yang zahir itu, barulah nyata diri kita yang batin yang disebut Sebenar-benarnya Diri.
Jika diri kita yang zahir itu sudah fana, berarti diri kita yang zahir sudah lebur (lenyap) kepada diri yang batin.
Diri kita yang zahir itu sesuai dengan maksud kata-kata: Daripada tiada menjadi ada, dan daripada ada kembali menjadi tiada.
Maksudnya: Diri yang zahir ini sudah tiada (fana), tetapi yang ada hanya diri yang batin yang bernama Muhammad, seperti yang disebut dalam hadits qudsi :
Kujadikan engkau (ya Muhammad) kerana aku, dan kujadikan sesuatu itu kerana engkau.
Jelaslah, yang bernama Muhammad itulah sebenarnya diri kita yang Batin, kerana Muhammad itulah yang ada mempunyai Tubuh, Hati, Nyawa, dan Rahsia.
Adapun Tubuh Muhammad itulah yang bernama Alam Insan, yakni syariat.
Adapun Hati Muhammad itulah yang bernama Alam Ijsin, yakni Tharikat.
Adapun Nyawa Muhammad itulah yang bernama Alam Misal, yakni Hakikat.
Adapun Sir Muhammad itulah yang bernama Alam Ruh, yakni Makrifat.
Sesudah demikian itu, Muhammad itu pulalah yang akan mengenal Tuhannya, Muhammad dapat mengenal Tuhannya setelah fana Tubuhnya, Hatinya, Nyawanya, Rahsianya, Zatnya, Sifatnya, Asmanya, dan Afalnya.
Firman Allah: Katakan olehmu (Muhammad) bahwasanya Allah taala itu Esa: Esa pada Dzatnya, Esa pada sifatnya, Esa pada Asmanya, dan Esa pada Afalnya.
Setelah kita mengenal diri yang batin, maka kita fanakan pula diri batin itu.
Sejajar dengan Firman Allah: Serahkan dirimu hai (Muhammad) pada Tuhan mu yang hidup dan tiada mati.
Mengenai Muhammad menyerahkan dan mengesakan diri kepada Allah adalah seperti yang diuraikan di bawah ini: (contohnya, apabila Muhammad memfanakan batinya maka baqa ia dalam Dzat Allah).
Adapun Batin Muhammad itu adalah Dzat kepada Allah, dan Rahsia (Sir) kepada hamba.
Adapun Awal Muhammad itu adalah Sifat kepada Allah, dan Nyawa kepada hamba.
Adapun Akhir Muhammad adalah Asma kepada Allah, dan Hati kepada hamba.
Adapun Zahir Muhammad adalah Afaal kepada Allah, dan Tubuh kepada hamba.
Adapun yang disebut hamba itu tiada lain dari Muhammad jua: dan jangan sekali-kali disangka hamba itu adalah kita (jasad), kerana kita ini pada ilmunya sudah tidak ada lagi (fana).
Rahsia, Nyawa, Hati, dan Tubuh Muhammad itu pun sudah fana kepada Dzatnya, sifatnya, asmanya dan afalnya (Allah), iaitu hanya Allah Taala jua adanya. Dan seperti firman Allah di dalam Al-quran:
Allah jua Tuhan yang Awal tiada baginya permulaan, dan ia jua yang Akhir yang tiada baginya berkesudahan, dan ia jua yang Zahir, serta ia jua yang Bathin.
Oleh itu, tubuh kita yang zahir dan batin fana kepada Allah jua adanya, iaitu Fana fillah dan Baqa billah maka:
Segala perbuatan adalah perbuatan Allah, si hamba sama sekali tidak memiliki perbuatan.
Segala asma pada hakikatnya adalah Asma Allah.
Nur (Nabi kita) Muhammad SAW dari pada Nur Dzat Allah Taala sekelian mahluk dan segala sesuatu dijadikan dari padanya.
Segala sifat pada hakikatnya adalah sifat Tuhan yang ada pada hamba adalah (makna) wujudnya.
Itulah mereka yang sebenar-benarnya marifat kepada Allah.

Jumat, 09 Maret 2018

Setiap Hari Rutin Membaca Al-Quran

Jadikanlah Al-Quran kebutuhan harian kita
Jika tidak makan dan minum sehari
Badan menjadi lemah
Demikian jika tidak membaca Al-Quran sehari
Bisa jadi hati dan jiwa menjadi lemah
Hati menjadi keras, mudah marah, mengeluh dan selalu miskin
Tidak qana’ah dan bersemangat menjalani hari
Tidak tersentuh dengan kebaikan dan hidayah

Sungguh benar khabar bahwa Al-Quran akan ditinggalkan

Allah berfirman,

ﻭَﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﺮَّﺳُﻮﻝُ ﻳَﺎ ﺭَﺏِّ ﺇِﻥَّ ﻗَﻮْﻣِﻲ ﺍﺗَّﺨَﺬُﻭﺍ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟْﻘُﺮْﺁﻥَ ﻣَﻬْﺠُﻮﺭﺍً

Berkatalah Rasul: “Wahai Rabbku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur’an ini suatu yang TIDAK DIACUHKAN/DITINGGALKAN.(Al Furqan: 30)

Bacalah Al-Quran beberapa juz sehari
Jika tidak mampu, beberapa halaman
Jika tidak mampu, setengah halaman
Jika tidak mampu, beberapa ayat
Jika tidak mampu, mohon ampun kepada Allah
Maksiat yang banyak telah mengeraskan hati
Cinta dunia telah melalaikan akhirat

Waktu itu selalu ada,
Setelah shalat subuh
Setelah magrib
Dalam perjalanan ke kantor
Ketika menunggu dan mengantri
Bukan banyak bacaan yang menjadi utama
Akan tetapi istiqamah setiap hari membaca
Walaupun hanya beberapa ayat

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﻭَﺇِﻥَّ ﺃَﺣَﺐَّ ﺍﻟْﺄَﻋْﻤَﺎﻝِ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠﻪِ ﻣَﺎﺩَﺍﻡَ ﻭَﺇِﻥْ ﻗَﻞَّ

Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan secara terus-menerus (istiqamah) walaupun sedikit. (HR. Bukhari & Muslim)

Al-Quran adalah penyembuh penyakit fisik dan jiwa
Kuatkan hati dengan Al-Quran setiap hari

Allah berfirman

ﻭَﻧُﻨَﺰّﻝُ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻘُﺮْﺁﻥِ ﻣَﺎ ﻫُﻮَ ﺷِﻔَﺂﺀٌ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔٌ ﻟّﻠْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ ﻭَﻻَ ﻳَﺰِﻳﺪُ ﺍﻟﻈّﺎﻟِﻤِﻴﻦَ ﺇَﻻّ ﺧَﺴَﺎﺭﺍً

Dan Kami turunkan dari Al-Qur`an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.(QS. Al-Israa’: 82).

Syaikh Muhammad Al-Amin Asy-Syinqith menjelaskan bahwa maksud obat dalam ayat ini adalah obat untuk penyakit fisik dan jiwa. Beliau berkata

ﻣَﺎ ﻫُﻮَ ﺷِﻔَﺎﺀٌ ﻳَﺸْﻤَﻞُ ﻛَﻮْﻧَﻪُ ﺷِﻔَﺎﺀً ﻟِﻠْﻘَﻠْﺐِ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮَﺍﺿِﻪِ ; ﻛَﺎﻟﺸَّﻚِّ ﻭَﺍﻟﻨِّﻔَﺎﻕِ ﻭَﻏَﻴْﺮِ ﺫَﻟِﻚَ ، ﻭَﻛَﻮْﻧَﻪُ ﺷِﻔَﺎﺀً ﻟِﻠْﺄَﺟْﺴَﺎﻡِ ﺇِﺫَﺍ ﺭُﻗِﻲَ ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ ﺑِﻪِ ، ﻛَﻤَﺎ ﺗَﺪُﻝُّ ﻟَﻪُ ﻗِﺼَّﺔُ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺭَﻗَﻰ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﺍﻟﻠَّﺪِﻳﻎَ ﺑِﺎﻟْﻔَﺎﺗِﺤَﺔِ ، ﻭَﻫِﻲَ ﺻَﺤِﻴﺤَﺔٌ ﻣَﺸْﻬُﻮﺭَﺓٌ

Obat yang mencakup obat bagi penyakit hati/jiwa, seperti keraguan, kemunafikan, dan perkara lainnya. Bisa menjadi obat bagi jasmani jika dilakukan ruqyah kepada orang yang sakit. Sebagaimana kisah seseorang yang terkena sengatan kalajengking diruqyah dengan membacakan Al-Fatihah. Ini adalah kisah yang shahih dan masyhur. (Tafsir Adhwaul Bayan).

BATINIAH MEMPENGARUHI LAHIRIAH


"Apa yang tersimpan dalam keghaiban rahsia hati berbekas nyata pada zahirnya."
Allah s.w.t mengurniakan kepada hati hamba-hamba-Nya yang bahagia dengan Nur Zikir, Nur Kalbu, Nur Akal, Nur Iman dan Nur Makrifat. Kurniaan Allah s.w.t yang demikian itu merupakan rahsia-rahsia yang tidak diketahui oleh makhluk. Setiap hamba yang dibawa ke Hadrat-Nya mempunyai rahsia sendiri dan tidak diketahui oleh hamba-hamba yang lain, walaupun mereka berada pada tingkatan yang sama.

Seorang guru pun tidak tahu rahsia muridnya dengan Tuhannya.
Apa yang Allah s.w.t kurniakan kepada seorang hamba pilihan-Nya tidak serupa dengan yang dikurniakan kepada hamba pilihan yang lain. Kurniaan Allah s.w.t kepada seorang nabi berbeza daripada kurniaan terhadap nabi-nabi yang lain. Kurniaan Allah s.w.t yang tersimpan dalam keghaiban rahsia hati itu menjadi penggerak kepada pembentukan diri seseorang, hingga dia dapat dikenal dan dibezakan daripada orang lain.

Kurniaan Rahsia Allah s.w.t kepada Isa a.s menyebabkan beliau a.s dikenali sebagai Roh Allah. Kurniaan Rahsia Allah s.w.t kepada Musa a.s menyebabkan beliau a.s dikenali sebagai Kalim Allah. Kurniaan Rahsia Allah s.w.t kepada Ibrahim a.s menyebabkan beliau a.s dikenali sebagai Khalil Allah. Kurniaan Rahsia Allah kepada Muhammad s.a.w menyebabkan baginda s.a.w dikenali sebagai Habiballah.
Aulia Allah s.w.t juga menerima kurniaan Rahsia Allah s.w.t dan masing-masing memiliki keperibadian yang tersendiri
Nur Ilahi yang menyinari hati seseorang akan mengubah suasana hati itu dan sekaligus perwatakan dan perawakan orang itu. Perubahan pada perwatakan dapat dilihat pada tingkah-laku dan perbuatan.
**Sinaran Nur Zikir akan melahirkan seorang yang gemar berzikir, mengingati Allah s.w.t semasa duduk, berdiri, ketika sendirian dan juga ketika berada dalam perkumpulan. Lidahnya sentiasa basah dengan sebutan nama-nama Allah s.w.t.

**Sinaran Nur Kalbu akan membuat seseorang berlapang dada, tidak cemas menghadapi ujian dan gemar mendekati Allah s.w.t.
**Sinaran Nur Akal akan melahirkan sikap suka bertafakur sehingga terbukalah kepadanya Rahsia-rahsia ketuhanan yang menjadi penggerak kepada perjalanan alam maya ini. Muncullah dari lidahnya Kalam Hikmat yang mempesonakan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
**Sinaran Nur Iman mengwujudkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada perkara ghaib yang dialaminya sekalipun fikiran tidak dapat menerimanya. Kepercayaan dan keyakinannya tidak bergoncang lantaran mendapat bantahan dan sindiran.
**Sinaran Nur Makrifat menerangi mata hati untuk mengenal Allah s.w.t, melihat-Nya pada semua kejadian. Tidak kabur pandangan mata hatinya lantaran kekeruhan-kekeruhan yang berlaku di dalam dunia ini. Tidak terbalik pandangan mata hatinya lantaran mendapat kemuliaan dan kekeramatan.
Nur Ilahi bukan sahaja mengubah perwatakan tetapi juga mengubah perawakan. Bukan rupa-bentuk muka yang berubah tetapi cahaya pada wajahnya yang berubah, menyebabkan siapa sahaja yang melihatnya akan berasa senang.

Misalnya, cahaya Nur Ilahi yang gilang gemilang menyinari wajah Yusuf a.s telah mempesonakan wanita-wanita Mesir sehingga mereka tidak sedar menghiris jari sendiri dan tidak merasai sakitnya akibat terpukau memandang keindahan wajah Yusuf a.s. Begitulah kuatnya kesan sinaran Nur Ilahi yang tersembunyi secara ghaib di dalam hati rohani hamba-hamba Allah s.w.t yang dipilih untuk memperolehinya.
Anugerah Allah s.w.t, iaitu nur-nur, kepada hati hamba-hamba-Nya yang beriman menjadi daya dan upaya bagi hati untuk berpegang kuat kepada tauhid, mencintai segala yang bersesuaian dengan Islam dan membenci segala bentuk kekufuran. Daya dan upaya nur yang pada hati ternyata melalui perbuatan dan juga wajah orang berkenaan.
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang salih) terdapat pada muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). ( Ayat 29 : Surah al-Fath )
Tanda nyata pada sifat pengikut-pengikut Nabi Muhammad s.a.w adalah mereka tidak bertolak-ansur pada perkara yang merosakkan akidah. Iman tidak boleh ditukar-ganti dengan harta, pangkat atau kemuliaan. Iman adalah cahaya dan kekufuran pula adalah kegelapan. Cahaya dan gelap tidak boleh bersepakat.

Mereka yang sangat keras menentang kekufuran itu sangat berlemah-lembut apabila bersama-sama dengan orang yang beriman. Hubungan hati-hati yang beriman adalah kasih sayang dan kerinduan.
Orang yang beriman inginkan kebaikan kepada saudaranya yang beriman. Mereka tidak merosakkan atau menjatuhkan sesama mereka. Kebaikan yang Allah s.w.t kurniakan digunakan untuk meringankan beban saudara-saudaranya yang beriman.
Mereka mengutamakan orang yang beriman daripada orang yang tidak nyata imannya atau yang nyata kekufuran dan kemunafikannya. Keselamatan iman adalah apabila ia dipertahankan daripada dicerobohi oleh kekufuran dan kemunafikan.
Akal mengenali kekufuran melalui tanda-tanda yang diceritakan oleh ayat-ayat al-Quran. Hati mengenali kekufuran melalui Nur Ilahi yang membuka kekufuran dan kemunafikan itu kepadanya.
Nur kurniaan Allah s.w.t yang menjadi daya dan upaya hati seterusnya mempunyai kekuatan untuk mengawal pancaindera orang yang beriman itu. Setiap anggota digunakan untuk berbakti kepada Allah s.w.t, enggan ia berbuat maksiat. Orang yang beriman tekun berbuat ibadat, mencari kurniaan dan keredhaan-Nya.

Nur yang dalam Rahsia hati itu juga memancarkan sinarnya sehingga kelihatan pada wajah orang yang berkenaan. Jika perasaan yang bersembunyi dalam hati, seperti marah dan riak, boleh ketara pada wajah, sinaran cahaya nur lebih kuat lagi berbekas pada wajah.
Barangsiapa yang jernih dalam batinnya, akan diperbaiki Allah apa yang nyata pada wajahnya. ( Ucapan Umar al-Khattab )

Kesucian hati seseorang memancarkan cahaya yang dapat ditangkap oleh cermin hati orang lain yang bersih. Apabila cahaya iman berjumpa dengan cermin hati orang yang beriman akan lahirlah rasa persaudaraan muslim yang sejati. Persaudaraan yang begini tidak ada kepentingan diri dan tidak ada perlumbaan untuk menduduki tempat yang lebih tinggi. Mereka saling bantu membantu dalam melakukan pengabdian kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t menentukan bahawa yang tersembunyi dalam hati mengeluarkan tanda pada zahir. Dalam banyak perkara Allah s.w.t menjelaskan tanda-tanda tersebut melalui wahyu-Nya.
Tuhan Yang Maha Pemurah berbuat demikian agar orang yang beriman tidak tertipu oleh kemanisan bahasa kemunafikan dan kekufuran. Mempertahankan iman daripada kemunafikan dan kekufuran adalah satu jihad yang besar.
Manusia tidak berdaya berbuat demikian tanpa pertolongan Allah s.w.t. Apabila Allah s.w.t memberi pertolongan dengan menunjukkan tanda-tanda sesuatu, ambillah manfaat daripadanya.

Minggu, 25 Februari 2018

MENTARI HAKIKI


Aku bukanlah penyair
Bukan juga seorang pujangga
Hanya sang pengelana usia
Yang menjahit selarik kata
Menyulam bunga aksara
Berbenang kapas sutera bahasa
Menjadi puisi irama jiwa
Agar terbelai mata mengeja
Menyentuh rasa tertusuk bicara
Niatku ingin merungkai mimpi
Beburung lara di pohon nestapa
Dan menggamit pulang si kelana lara
Yang terhanyut arus pesona
Jika kau sudi mengeja erti
Kirailah maksud muslihat mimpi
Ternyata hanya pelangi ilusi
Dari biasan mentari hakiki.

Dari pena maya
Amir Debu Alam

HADIAH SANG KEKASIH...


Wahai diriku,
Pandanganmu, pendengaranmu, akalmu, perasaanmu tak akan mampu mengungkap rahsia kehidupanmu. Rahsia nafasmu tiada mampu engkau bicarakan walaupun ia yang menyebabkan segala anggota badanmu berfungsi.
Apakah nafas itu? Adakah ia ruh atau limpahan ruh atau nyawa? Dari mana bermula pergerakan nafas dan dari alam mana ia datang dan ke mana menghilang selepas kematian?
Kerana kelemahan ini, RASULULLAH ﷺ diutuskan sebagai Nur bagi sekelian umat, pencinta bagi sekelian manusia dan jin, meninggalkan mukjizat Baginda iaitu Al-Quran untuk ditafakur dan ditadaburkan.[1]
Firman ALLAH:
قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ
“Sesungguhnya telah datang kepadamu NUR dari Allah, dan Kitab yang menerangkan.” (Al-Maidah: 15)
Benarlah Baginda ﷺ adalah NUR dan pembawa kerahmatan buat sekelian alam.
Buat umat, seakan Baginda ﷺ berkalam:
“Wahai umatku,
Melihatlah engkau, mendengarlah engkau, berfikirlah engkau, merasalah engkau dengan cahaya yang ku tinggalkan padamu. Ia membawa matamu melihat gambaran yang tak mampu matamu melihat, membawa telingamu kepada suara yang tak mampu engkau mendengar, memberi jawaban yang akalmu tak mampu memecahkan jawaban, membawa perasaanmu kepada merasai hakikat kebenaran. Barangsiapa hidupnya bersuluh dengan cahaya ini, ia tiada akan sesat selamanya.”
Wahai diriku,
Kembali kepada RASULULLAH ﷺ Ia adalah cahaya sebagai penyelamat yang diutus oleh Allah kepada sekelian hambaNya. Keseronokan yang kamu sangka syurga adalah neraka, kebebasan yang kamu sangka bebas adalah penjara, kesakitan yang kamu lihat bagaikan neraka adalah syurga. Tiada manusia yang teguh agamanya membunuh diri, tapi mereka yang hidup dalam dunia kebebasan dan keseronokan ramai yang membunuh diri tanpa sebab, walaupun kehidupannya dikelilingi pelbagai kemewahan.
Manusia boleh menipu orang lain, tapi mereka tak mampu menipu diri sendiri. Mereka ketawa dalam tangisan, mereka bermegah dalam ketakutan. Kemewahan dunia tiada mampu mententeramkan jiwa.
Larilah dari hidup kepura-puraan, tiada apa yang untung malah kerugian dan kerugian. Cintailah mukjizat Rasulmu dan dakaplah ia bagaikan nyawamu dan ia adalah permata yang paling berharga dari segala yang ada di dunia ini. Tanpanya engkau akan terus tertipu dengan matamu, telingamu, akalmu dan perasaanmu. Kamu hidup dalam dunia anggapan, persepsi, khayalan dan kemungkinan.
Rugilah dirimu jika segala apa yang kamu anggap benar itu tiada benar, apa yang kamu anggap kebaikan itu adalah keburukan. Maka hargailah dengan sepenuhnya wahai diriku akan lembaran cahaya hadiah kekasihmu RASULULLAH ﷺ yang diambilnya dari Tuhan Pencipta dirimu
Walid Al-Malik

KEHIDUPAN

BISMILLAH
KEHIDUPAN
Guratan nasib terukir
di dalam sebuah lembaran
Sunyi, senyap, sedih,
silih bergantian
Menghiasi hari seperti
mengolok
Membuka sisi kelam
di sebuah kehidupan

Tak punya erti jiwa ini tercipta
Berkelumit dengan indahnya
dunia fana
Tertawa terbahak melihatnya
Tangisan rintih jiwa menjalaninya
Kemanakah jiwa harus pergi
Meninggalkan hari-hari yang sepi
Menjalani hidup yang lebih bererti
Mengusir rasa sedih yang ada di hati
Untuk menjadi hamba yang lebih diberkati
Cinta datang membawa erti tenang
jiwa hilang telah kembali pulang
kenangan kelam tersibak oleh
cahaya terang
seakan syurga yang tiba-tiba datang
mimpi…
Apakah semua itu buah
dari sebuah mimpi
apakah semua yang telah
kulalui ini hanya sebuah ilusi
mimpikah jiwa yang ingin
mempunyai erti
sungguh layakkah meratapi
sebuah mimpi
Kekosongan yang belum
sempat dijalani
Namun akhirnya satu hal
yang hamba sedari
Jiwa dicipta bukan untuk
bermimpi,
jiwa dicipta untuk mengejar
mimpi
Membuat sebuah ilusi
mempunyai erti
Sampai datang panggilan
ILLAHI
Kalam Kekasih.

Sabtu, 24 Februari 2018

Wahai orang orang yang Munafik.


Janganlah engkau mengajarkan ketidak ikhlasan kepada orang lain.
Belajarlah dulu ikhlas untukmu sendiri.
Ibadahmu buat mu bukan untuk allah.
Allah tidak butuh ibadahmu. Melainkan allah senantiasa mengingatkan padamu agar beribadah karna cintanya.
Jika kalian beribadah lantaran pahala.
Jika kalian beribadah karna ingin sorga,
Itu dinamakan tidak adanya ikhlas di diri kalian.
Pahami pahami dan pahamilah makna LILLAHI TA'ALA jangan hanya sekedar di ucap di bibir saja.
Wahai orang orang yang aku kasihi.
Allah telah menunjukanmu jalan yang lurus sebagaimana allah telah memberikan petunjuk dgn Nabimu Muhammad SAW.
Lihatlah Syariat Muhammad.
Bliau senantiasa berkasih sayang tanpa pamrih. Menjaga ucapan dan perbuatan nya dari hal keji dan munkar.
Muhammad nabimu tidak mengajarkan pamrih.
Sekali lagi saya tegaskan MUHAMMAD NABIMU TIDAK MENGAJARKAN PAMRIH.
Jika kalian terhenyak dgn ketegasan ini, maka peganglah dada kalian dan tariklah nafas dalam dalam sambil mengucap dalam hati SUBHANALLAH WABIHAMDIHIS.....
rasakan hentakan nya hingga menusuk jantung kalian.
Tahan darasakan itu sejenak dalam jantungmu seraya mengucap dalam Hati SUBHANALLAHIL ADZIM ...
Dan hembuskanlah kotoran dalam hatimu seraya menghembuskan nafasmu sambil mengucap ASTAGFIRULLAH..
Leluhurku mendoakan kalian semoga mendapat Rahmat Nya Allah.