Laman

Kamis, 20 Maret 2014

SIAPA KEKASIH ALLAH


Bahawasanya harus diketahui bahawa segala wali itu ada empat maqam atau pangkat:
a. Pangkat pengganti Nabi (Khilafah An-Nubuwwah)
Mereka ini terdiri daripada golongan ‘Ulama.
b. Pangkat pengganti Rasul (Khilafah Ar-Risalah)
Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Abdal.
c. Pangkat pengganti Ulul ‘Azmi (Ulul ‘Azmi)
Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Autad.
e. Pangkat pengganti Ulul Isthifa’ (Ulul Isthifa’)
Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Qutub.
Bahawasanya harus diketahui juga susunan pemerintahan para-para Auliya`(ahli rohani) ini tiada adalah kurangnya dengan susunan pemerintahan dunia ini malahan lebih teguh dan kuat lagi kerana lantaran pada alam rohani lebih banyak musuh-musuh daripada alam kenyataan ini.
Pemerintahan mereka juga mempunyai Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Setiausaha-Setiausaha, Wakil-Wakil dan Ahli Jawatankuasa. Masing-masing mereka menyusun tugas men-dirikan dunia bumi sebagai sebuah Negara. Mereka ini menjual diri, harta, tenaga, masa dan hidup mereka seluruhmya dan juzu’-juzu’nya kepada Allah Ta`ala dan Rasulnya Nabi Muham-mad S.A.W sebagai Pengorbanan untuk Melaksanakan dan Menegakkan Kedaulatan Kerajaan Iman, Islam, Ihsan, Pengor- banan Diri dan Harta bagi menjaga kemuliaan (maruah) Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Air mengikut ajaran Allah Ta`ala di atas muka bumi Allah Ta`ala yang fana ini.
Begitulah susunan pemerintahan Auliya’ Allah Ta`ala (para-para ahli rohani) yang terdiri dari Qutubul Aqtab, Autad, Abdal, Nujabak, Nuqabak, Imamain dan Rijalullah. Mereka semua menyusun untuk mentadbir serta mentarjihkan segala tariqat dan mentashih segala wirid, jampian serta doa dan susunan langkahan dan usaha kerja buat makhluk manusia semuanya untuk menunaikan hak-hak kehambaan ke arah mengenal dan musyahadah akan Allah Ta`ala dalam semua tempat dan zaman dan mentadbirkan dunia bumi sebagai sebuah negara terlaksana sepenuhnya di dalamnya, masyara-katnya, kedaulatan kerajan Iman Islam Ihsan Pengorbanan Diri dan Harta kepada Allah S.W.T. semata-mata.
Mereka sentiasa mengawasi gangguan-gangguan yang datang daripada musuh-musuh hati yang terdiri daripada maha-raja nafsu dan profesor iblis yang sentiasa mencari peluang untuk merubahkan kota akal dan hati jiwa.
Kita atau sesiapa juga akan dapat mencapai akan nikmat kelazatan di dalam musyahadah akan Allah Ta`ala sekiranya kita mahu untuk mencapainya. Akan tetapi percayalah bahawa nikmat kelazatan musyahadah akan Allah Ta`ala itu tiada dapat digambarkan oleh pengetahuan semata-mata dan tiada dapat dilukis oleh mana-mana pena dan tiada dapat diisyaratkan oleh apa-apa perkataan. Sesungguhnya ia akan dapat dirasai oleh sesiapa yang telah berusaha untuk sampai kepadanya (musya-hadah akan Allah Ta`ala) itu dengan perasaan dalam ilmu dan amalnya kerana tiada diperolehi akan ilmu pengetahuan yang banyak itu dengan tiada belajar.
Inilah perkara yang pernah dibangkitkan oleh Imam Al-Ghazali dengan katanya: “hakikat ini jika aku nyatakan kepada mereka, maka mereka akan memberi ta’wil kepadaku, dengan ta’wil kafir, yakni mereka tiada akan percaya”. Sebab itu Imam Al-Ghazali berkata kepada muridnya sebagai tolol, lantaran muridnya bertanya kepadanya tentang hakikat ini, akan tetapi beliau telah membuat perbandingan semula dengan mengata- kan bahawa bukankah tolol namanya jika seseorang itu berta-nya tentang bagaimana kelazatan jima’, kerana jika hendak tahu hendaklah dirasai dengan sendiri, sebab jika diberitahu itu bukanlah hakikat kelazatan namanya, bahkan ia hanyalah se-kadar pengetahuan sahaja, sedang orang yang mengetahui itu tiada sama dengan orang yang pernah merasai.
Ya! Jika sekiranya seseorang itu telah putus azamnya untuk sampai ke situ (musyahadah kepada Allah Ta`ala), insya Allah ia akan dapat merasainya. Akan tetapi dengan adanya pada diri syarat berikut:
Hendaklah ia menjalani tariqat, iaitu jalan yang telah dilalui ahli sufiah yang muktabar yang benar-benar soleh dan mempu-nyai wasilah dan robitah kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. semata-mata.
Andainya kita telah menjalani tariqat yang telah dipelajari dari guru yang mempunyai susunan wasilah yang muktabar dalam ilmu dan amalan robitah kepada Rasullullah S.A.W. serta dengan adanya susunan zikir-zikir dan wirid-wirid yang tertentu, maka bererti kita telah mempunyai perhubungan dengan guru dikalangan ahli Sufi yang mempunyai wasilah mengikut susunan sufiah kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Mereka itu yang akan memandu muridnya untuk sampai kesana. Murid amat perlu kepada guru untuk mengasuhnya dan membimbingnya kerana pada perjalanan itu banyak sekali musuh-musuh yang akan mengganggu. Maka perhubungan dengan gurunya yang ahli pada babnya itulah yang dikatakan tawassul.
Sebagaimana kita ingin menemui sultan, sedangkan kita adalah orang kampung yang tiada tahu akan peraturan dan adat istiadat istana, maka pada ketika itu amatlah perlu kita kepada seorang pemimpin yang boleh membawa kita untuk menemui sultan tersebut dan jika sekiranya tiada orang untuk memandu, nescaya banyaklah masalah pada perjalanan itu serta berkemungkinan akan ditimpa halangan buruk yang boleh menyebabkan tiada sampai kita kepada menyatakan hasrat atau tiada dapat mengadap sultan tersebut.
Sekiranya seseorang itu mempunyai keazaman yang kuat untuk bermujahadah kepada Allah Ta`ala, sudah tentu ia akan mencari jalan yang sebenarnya yang boleh menyampaikan ia kepadanya dan ketika itu ia akan berusaha dengan sepenuh tenaga yang ada padanya untuk mencapainya dengan mengambil jalan yang paling selamat. Maka usaha pisah untuk mencapainya itulah yang dinamakan murid.
Dari sinilah seseorang murid itu akan menempuh ber-bagai-bagai percubaan dan merasai berbagai-bagai kelakuan serta melazimi beberapa perkara untuk menjalankannya seperti mengetahui dengan sebenar-benarnya kaedah-kaedah yang telah ditetapkan umpamanya taubat, zuhud, tawakkal, qana’ah, sabar, fana dan lain-lain lagi perkara yang mesti diikuti dan dilalui oleh seseorang murid itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar