Laman

Senin, 17 April 2017

CINTA HAKIKI


Jangan jauh jauh engkau mencari ajaran. Kerana ajaran ajaran itu telah berada didalam dirimu sendiri. Bahkan seluruh dunia ini telah berada dalam dirimu sendiri. Jadikanlah dirimu itu, CINTA sejati dan abadi. Dengan cinta itu kau dapat melihat dunia.
Arahkan pandanganmu dengan tajam dan dengan keheningan parasmu nan elok rupawan, kepada siang dan malam. Kerana apakah kenyataannya ? Segala sesuatu yang nampak disekeliling kita adalah akibat perbuatan Allah Swt.
Oleh kerana itu jelaslah sudah, bahawa Allah beserta kesucian yang murni dan abadi berada dalam kecintaan. Bila engkau telah berada dalam cinta; engkau tidak akan menemui kesulitan itu lagi, asalkan masuk dan keluarnya telah jelas bagimu. Pengertian tentang hal ini sangat terbatas sekali. Dia sama sekali tidak berbentuk seperti sangkamu. Dia tidak nampak oleh orang biasa (orang awam). Tetapi Dia tetap ada dan tetap hadir.
Tetapi bagi orang yang berakhir dalam pandangannya, maka nampak sesuatu yang benar dan agung. Dan ketika dipandangnya ujud itu, maka dengan jelas nampak membayang ujud yang sebenarnya. Antara Dia dan ujud ini tidak ada bezanya.
Dia tidak nampak kerana terdesak oleh gerakan gerakannya sendiri dari seluruh alam ini. Jadi bezanya tidak nampak pada sumbernya. Perkara ini walaupun kita bicarakan siang dan malam, tetapi jika orang belum pernah memperoleh ajaran Rahsia ini, tetapi tidak ada faedahnya (tidak ada gunanya).
Jika engkau sedang sholat umpamanya: sedangkan kehadirannya tidak pernah ada dihadapanmu. Maka kehadiranmu anggaplah kehadiran Yang Maha Agung. Tetapi sebaliknya: bahkan keadaanmu itu kau anggap seperti tidak ada. Sebab ADAM itu artinya: tidak ada. Adam pun tiada maujud dengan sendirinya, ia maujud dengan ujud Allah Taala yang hakiki, dan fana dibawah ujudnya.
Maka jelaslah kepada kita bahwa hilang diri atau ingsun itu melahirkan seorang insan kamil atau Muhammad insan kamil. Persembahan seorang insan kamil, tidaklah mengenal waktu. Semua gerak lakunya digunakan untuk beribadah. Sikap diamnya dan bicaranya dan gerak tubuhnya, bahkan bulu romanya, kotoran dan kencingnya, semuanya diperuntukkannya sebagai ibadah memuji Allah Swt. Inilah sholat dhaim namanya. Cukuplah sekian dahulu adanya, jika nafas belum berhenti ketemu lagi dialam maya......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar