Laman

Senin, 17 April 2017

ILMU


Bismillahirrahmaanirrahiim.
Rasulullah Saw bersabda : “Diwajibkan bagimu menuntut Ilmu baik Laki-laki mahupun Perempuan”.
Keutamaan Ilmu di ibaratkan Nabi adalah laksana Bulan Purnama. Sebagaimana yang pernah di sabdakan oleh Beliau : Bahwa perbezaan orang Alim (Berilmu) dengan orang Abid (Ahli Ibadah semata) adalah laksana Bulan Purnama dengan Bintang.
Tentu jika kita menyimak dari kedua hal tersebut diatas, bahwa sesaorang sampai diwajibkan menuntut Ilmu itu dikeranakan Keutamaan Ilmu itulah yang akan menjadi jambatannya untuk menuju kepada Allah Swt.
Tanpa Ilmu bagaimana mungkin sesaorang sempurna dalam amal ibadahnya, Bagaimana sempurna Wudhunya, Sholatnya, Puasanya segala amal ibadahnya.
Orang yang beribadah semata tanpa mengetahui ilmunya maka sama halnya dengan anak kecil yang lagi ibadah, tidak mengerti siapa yang ditujunya dan untuk apa ia beribadah.
Dan sebaik-baik Ilmu itu ialah ilmu tentang Makrifatullah atau Mengenal kepada Allah. Dikatakan bahwasanya : “Awaluddin Makrifatullah” (Awal sesaorang itu beragama ialah mengenal akan Allah). Jika demikian apabila sesaorang beribadah, beramal tetapi tidak mengetahui atau mengenal akan Allah Swt maka mereka itu belumlah dikatakan Beragama walaupun dari sisi zahirnya ia termasuk Islam.
Islam itu ada dua macam :
Islam Indallah iaitu : Mereka yang Masuk di dalam Islam benar-benar mengerti akan Allah dengan didasari Ma’rifatullah, sehingga mereka dikatakan Islam di sisi Allah.
Islam Indannas iaitu : Mereka yang semenjak dilahir kedunia ini memang sudah di dalam keadaan beragama Islam dikeranakan Nenek Moyangnya, Datuknya, Opahnya, Ibu Bapaknya semua Islam sehingga iapun lahirlah dalam keadaan Islam. Padahal tidak mengerti dan mengenal akan Allah Swt. Mereka ini dikatakan Islam di sisi Manusia (Islam Keturunan).
Dari kedua hal tersebut diatas memberikan masukan kepada kita dimanakah posisi kita saat ini? Sudahkah kita termasuk Islam Indallah? Atau apakah Saya hanya Islam Indannas, Islam keturunan, Islam Baka, Islam sebutan Manusia? tapi kenyataannya Jauh sekali dengan Allah kerana tidak kenal dengan Allah Swt.
Oleh kerana itu untuk mencapai di dalam maksud tujuan iaitu Allah Swt, perlulah adanya bekal Ilmu sebagai sarana untuk menuju kesana.
Ilmu Makrifat dan Tauhid adalah Ilmu yang Utama sebagaimana Rasulullah Saw dan Para Nabi semuanya pertama yang diajarkan Adalah Ilmu tentang Tauhid. Sebab Tauhid itulah yang akan mensucikan Amal perbuatan Apabila ada perbuatan yang mengandung Syirik dan Khurafat.
Tetapi kenyataannya saat ini seolah-olah terbalik! Ilmu Syariat/Feqah itu yang diutamakan sedangkan Ilmu Tauhid dan Makrifat boleh dituntut jika sudah berumur 40 tahun. Lalu bagaimana dengan mereka yang umurnya tidak sampai umur 40 tahun sudah MATI belum boleh mentauhidkan Allah kerana tidak mengetahui Ilmunya? Sudah pasti mereka yang tidak bertauhid kerana tidak tahu Ilmunya apalagi tidak mahu tahu……
Orang Islam yang tidak boleh mentauhidkan Allah Swt maka Luarnya (zahirnya) saja yang Islam tetapi Batinnya belumlah dikatakan Islam.
Kerana itu Tuntutlah Ilmu Tauhid itu jika boleh mulai di waktu dalam buaian sampai ke liang lahat, Bukan menunggu sampai umur 40 tahun! Ketinggalan…… sampai masa Habis umur……belum dapat ilmunya tunggu saja saat kematian.
Amin.....

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar