Laman

Rabu, 12 Juli 2017

"Ingat itu Zikir

"Ingat itu Zikir, Zikir itu Nafas, Nafas itu Laa Huruffin Wala Sautin",
Disini inginlah saya memperjelaskan bahawa maksud, erti atau makna zikir nafas itu, adalah zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara.
Adapun zikir yang tidak berhuruf dan bersuara itu, adalah zikir yang tidak menggunakan bibir mulut dan tidak menggunakan buah tasbih.
Namun, sebelum itu, saudari/i harus faham dulu, apakah itu makna, maksud atau erti zikir. Adapun maksud perkataan zikir itu adalah dalam bahasa Arab. Bila mana indonesianya bermaksud "Ingat". Zikir dalam bahasa arab manakala dalam bahasa indonesia pula ertinya "ingat".
Sekarang kita jangan jadi Arab mari kita jadi Indonesia. Kita belajar ilmu bukan untuk jadi arab . Matikan bunyi-bunyi Arab.
Kalau di indonesia kan makna zikir itu ingat. Sekarang mari kita sebut perkataan ingat jangan lagi kita sebut perkataan zikir. Kalau kita sebut zikir nanti kita hanya ingat buah tasbih.
Bagaimana untuk ingat kepada Allah dengan tidak berhuruf dan bersuara. Tidakkah Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Seharusnya juga ingat kepada Allah itu, sepantasnya juga dengan cara tidak berhuruf dan bersuara. iaitu dengan cara,
"Ingat kepada Nafas kita yang turun naik"
Nafas kita yang turun naik siang dan malam itu, sebenarnya zikir (ingat) kepada Allah. Yang turun naik itu tidak tidur, dia sajalah yang ingat kepada Allah, walaupun kita dalam berkeadaan tidur atau dalam keadaan kita lupa atau lalai.
Nafas itulah yang dimaksudkan "Tidak Berhuruf, Tidak Bersuara" dimana ia merupakan 7 sifat Allah yang sebenarnya adalah Roh, terdiri daripada sifat Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama'a, Basyar & Kalam, yang mengerakkan dan menghidupkan Jasad yang padanya terdiri 7 lapis Langit, merujuk kepada 2 mata, 2 telinga, 2 lubang hidung, 1 mulut yang menjadi 7 lapis Langit pada kepala kita dan 7 lapis Bumi yang merujuk 2 tangan, 2 kaki, 1 pusat, 2 kemaluan depan dan belakang pada tubuh kita.
Tidak bergerak jasad itu melainkan jasad itu digerakkan oleh Roh, dihidupkan oleh Roh yang tertakluk kepada gerak "Tidak berhuruf, Tidak bersuara" dan hakikatnya adalah Allah s.w.t.
Roh adalah diri sebenar-benar diri yang pada istillahnya merupakan bayang Allah sebagai penyata utk menyatakan Allah didalam diri mahu pun luar daripada diri.Turun naiknya Nafas atau keluar masuknya Nafas dalam keadaan "Tidak Berhuruf, Tidak Bersuara" yang menyatakan Zat, Sifat, Asma, Afaal, Allah yang tertakluk didalam "KUN FAYAKUN", Ahad, Ahad,Ahad.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar