Laman

Selasa, 22 Oktober 2013

Baik dan Buruk


Baik dan buruk

Kali ini ana nak bincangkan tentang baik dan buruk pula. Sering didengar orang berkata,  ”Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu daripada diri ana sendiri.”

Apakah maksud kata-kata itu, adakah kita faham maksud kata-kata itu, atau sekadar hafalan di bibir sahaja.

Baiklah,,

Bagi ana, yang baik itu adalah berkait dengan Wujud, dan yang tidak baik itu berkait kepada tidak wujud (tidak ada).

Soalan seterusnya, apakah itu Wujud, bagi ana Wujud itu adalah Ada, dan yang Ada hanya Dia (Allah). Jadi yang baik itu berkait dengan kewujudan Dia.

Maka kerana tiada yang Wujud hanya Dia, maka yang baik itu hanyalah Dia dan perbuatanNya. Yang tidak baik itu bukan Dia (walaupun pada hakikatnya Dia jua – bagi yang makrifatullah).

Kalau   dianalisis perkara ini, ana dapati,  baik itu adalah Wujud, yang kepadanya bersandar atau keluarnya perkara-perkara positif ( baik) dan yang indah-indah itu.

Manakala, buruk pula tiada baiknya ( ataupun tidak ada yang baik). Oleh itu buruk itu tidak wujud ataupun buruk itu tidak ada pada Wujud, ataupun dengan kata lain buruk itu tidak ada pada Wujud atau pada Dia.

Sebenarnya, Dialah yang baik, dan terbit daripadaNya tentulah yang baik-baik pula. Kerana itulah Rasullullah SAW bersabda:

“Segala yang baik dalam genggamanMu (Allah), dan yang buruk tidak ditujukan kepadaMu.”

Sekarang telah diketahui (bagi yang telah faham), baik berlawanan dengan yang buruk, yang baik terbit daripada yang baik pula, iaitu Wujud atau Dia.

Bagaimanapula yang buruk? Dari mana datangnya?

Baiklah,,

Ana kata begini, buruk itu adalah kerana tidak ada yang baik, kerana buruk dan baik ini umpama siang dan malam, ia tidak boleh ada serentak. Jikalau waktu siang sahaja, tidak bercampur dengan malam. Dan jikalau malam, malam sahaja, tidak ia bercampur dengan siang.

Kesimpulannya beginilah,,

Semua yang baik adalah berkaitan dengan Dia, manakala yang buruk itu berkaitan dengan yang tidak mempunyai Wujud, siapakah yang tidak Wujud itu?,

Tentulah makhluk (manusia), kerana makhluk wujudanya adalah kerana Wujud Dia.

Semoga bermanfaat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar