Laman

Selasa, 22 Oktober 2013

Jalan pulang

 

 

Jalan pulang:

Pada kebiasaannya ada dua jalan yang dilalui salik untuk kembali ke kampung akhirat dan bertemu dengan Penciptanya yang dikasihi.

Jalan yang pertama adalah yang berpandukan Hadis berikut:

 Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu:

Siapa yang mengenal dirinya makan ia akan mengenal Tuhannya.

Jalan yang kedua adalah yang berpandukan kata-kata ini:

 Man `arafa rabbahu faqad `arafa nafsahu:

Siapa yang mengenal Tuhannya maka ia akan mengenal dirinya.

Mari kita lihat antara dua jalan ini satu persatu, kita mulai dengan,,

Jalan Pertama:

Jalan ini  biasanya dilakukan oleh para pencari murni, mereka belum memiliki panduan tentang Tuhan dengan jelas. Dia hanya berfikir dari yang sangat sederhana …iaitu ketika ia melihat sebuah alam tergelar, muncul pemikiran pasti ada yang membuatnya atau ada yang berkuasa dibalik alam ini, … mustahil alam ini ada begitu saja … dan alam merupakan jejak-jejak penciptanya … Dengan falsafah inilah orang akhirnya menemukan kesimpulan bahawa Tuhan itu ada.

Sebagian ahli sufi menggunakan pendekatan falsafah ini dalam mencari Tuhan, iaitu tahap mengenal diri dari segi wilayah-wilayah alam pada dirinya, misalnya mengenali hatinya dan suasananya, fikiran, perasaannya, dan lain-lain sehingga dia boleh membezakan dari mana ilham itu muncul, … apakah dari fikirannya, dari perasaannya, atau dari luar dirinya.

Akan tetapi penggunaan jalur seperti  ini sering kali membuat orang mudah tersesat, kerana pada tahap-tahap wilayah ini manusia sering terjebak pada ‘keghaiban’ yang dia lihat dalam perjalanannya,  yang kadang-kadang membuat hatinya tertarik dan berhenti sampai di sini, kerana kalau tidak mempunyai tujuan yang kuat kepada Allah pastilah orang itu menghentikan perjalanannya .  Kerana di sana dia boleh melihat fenomena  dan  keajaiban alam-alam dan mampu melihat dengan kasyaf apa yang tersembunyi pada alam in,  akhirnya mudah muncul ‘keakuannya’ bahawa dirinyalah yang paling hebat, akan tetapi jika dia kuat terhadap Tuhan adalah tujuannya, pastilah dia selamat sampai tujuannya iaitu Allah.

Analisis  yang dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana dalam pencariannya ia telusuri jejak atau tanda-tanda yang ditinggalkannya (melalui ciptaan  dan  alam),  ibarat seseorang mencari kuda yang hilang, yang pertama di telusuri adalah jejak tanda kaki kuda, kemudian memperhatikan suara kuda dan akhirnya di temukan kandang kuda dan yang terakhir dia menemukan wujud kuda yang sebenarnya.  Hal ini sebenarnya sangat menyulitkan para pelaku pencari Tuhan,  kerana terlalu lama di dalam alam-alam yang akan di laluinya.

 

Jalan Kedua:

Kaedah ini adalah melangkah kepada yang paling dekat dari dirinya, iaitu Yang Maha Dekat, Allah, dan jalan ini adalah  yang berpandukan  Al Quran.  Di dalam  Al Quran  Allah menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah.

 Mari kita perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba yang mencari Tuhannya .

   “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perinta-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)

   “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang di bisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya.” (QS. Al Qaaf: 16)

Ayat-ayat di atas, mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud yang sangat dekat, dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara sempurna.  Al Quran  mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat dari perspektif seluruh sisi pandangan manusia sesempurnanya.

Saat pertanyaan itu terlontar, di manakah Allah ?

Maka Allah menjawab: Aku ini dekat, kemudian jawapan meningkat sampai kepada, Aku lebih dekat dari urat leher kalian. Atau di mana saja kalian menghadap di situ wujud wajah-Ku…dan Aku ini maha meliputi segala sesuatu .

Di dalam Islam memulakan perjalanan  dengan pengenalan kepada Allah terlebih dahulu, iaitu dengan zikrullah (mengingat Allah), … kemudian kita diperintah langsung mendekati-Nya, kerana Allah sudah sangat dekat,  tidak perlu anda mencari jauh-jauh melalui alam-alam yang amat luas dan membingungkan,  alam itu sangat banyak dan bertingkat-tingkat.

Tidak perlu kita memikirkannya,  cukup dengan  jiwa mendekat secara langsung kepada Allah, kerana orang yang telah berjumpa alam-alam belum tentu ia tunduk kepada Allah, kerana alam di sana tidak ada bezanya dengan alam di dunia ini kerana semua adalah ciptaan-Nya.

Akan tetapi jika anda memulakan dengan cara mendekatkan diri kepada Allah, maka secara automatik anda akan diperlihatkan dan  dipersaksikan kepada kerajaan Tuhan yang amat luas. Maka perjalanan kedua  iaitu, barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya, adalah perjalanan yang lebih selamat. Sebab kalau kita kenal dengan pencipta-Nya, maka kita akan kenal dengan keadaan diri kita dan alam-alam di bawahnya, kerana semua berada dalam genggaman-Nya,  kerana Dia meliputi segala sesuatu, kerana Dia ada di mana saja kita ada,  dan Dia sangat dekat.

Islam mengajarkan di dalam mencari Tuhan, telah diberi jalan yang termudah dengan dalil barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya,  hal ini telah ditunjukkan oleh Allah bahawa Allah itu sangat dekat,  atau dengan dalil:  …barang siapa yang sungguh-sungguh datang kepada Kami, pasti  kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami… (QS: Al ankabut: 69 )

“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu bertakwa kepada Allah niscaya dia akan menjadikan bagimu furqan (pembeza).” (QS : Al Anfaal: 29)

Ayat-ayat ini membuktikan di dalam mendekatkan diri kepada Allah tidak perlu lagi melalui proses pencarian atau menelusuri jalan-jalan yang di temukan oleh kaum ahli spiritual di luar Islam,  kerana mereka di dalam perjalanannya harus melalui tahap-tahap alam-alam, Islam di dalam menemui Tuhannya harus mampu memfanakan alam-alam selain Allah dengan konsep:

 laa ilaha illallah:  tidak ada Tuhan kecuali Allah

laa syai’un illallah: tidak ada sesuatu (termasuk alam-alam) kecuali Allah

 laa haula wala quwwata illa billah:  tidak ada daya dan upaya kecuali kekuatan Allah semata .

Maka mulakanlah perjalan dengan  melangkahlah kepada yang paling dekat dari kita terlebih dahulu (Allah) bukan melangkah dari yang paling jauh dari diri kita (alam-alam).

Satu  lagi yang perlu diingat dalam perjalanan menuju Allah, jangan mengharapkan  sebarang karamah dan kemampuan luar biasa, seperti  boleh pergi ke Mekah dengan sekelip mata, atau boleh berjalan di atas air, ini semua adalah hijab yang akan menyekat dan menyesatkan salik daripada sampai kepada Allah.

Tetapi  keramat  yang paling bernilai  adalah dari serendah-rendah tempat atau dari sehina-hina diri salik dapat sampai ke tempat yang paling Tinggi atau  Diri yang paling mulia di sisi Allah.

Semoga bermanfaat.

@msa

Tidak ada komentar:

Posting Komentar