Laman

Selasa, 22 Oktober 2013

Doa dan Kun





Doa dan Kun

Aku sebagai hamba adalah Ruhku dan Engkau sebagai yang Maha Kuasa  dan pencipta adalah Allah. Oleh kerana itu hubungan dengan Allah hendaklah terjaga dengan baik dan berterusan, dengan selalu berdoa kepadanya.

Sebagai hamba haruslah berdoa kepada Allah, kerana ia adalah Yang Maha Berkuasa, dan agar hamba mendapat perlindungan daripada Penciptanya.

Contoh  hubungan dengan Allah, hamba yang sedang berdoa: Ya Allah sempurnakanlah Cahayamu kepada ku.

Sesuatu yang tidak dapat diusahakan oleh hamba perlulah memintanya kepada Allah dengan berdoa, agar sesuatu yang kita mintakan itu menjadi milik kita, contohnya seperti mendapat Cahaya Allah tersebut.

Walau bagaimanapun, permintaan  yang berkaitan dengan urusan keduniaan perlulah diusahakan dengan menggunakan akal oleh hamba tersebut.

Tapi,,  bagi mereka yang makrifatullah usaha  berkaitan keduniaan ini menjadi mudah kepada mereka. Kerana alam dan isinya sangat bersahabat dengan mereka yang makrifatullah. Menyebabkan alam mudah diperintah agar menjadi sopan, dan tidak merosakkan sesama makhluk. Ini kerana alam itu sendiri menghormati dan tunduk kepada  mereka yang makrifatullah.

Kerana itulah mereka yang makrifatullah tidak  mengusir makhluk jahat seperti jin dan syeitan dengan doa, tetapi dengan Kun Fa Yakun.

Satu daripada penggunaan Kun adalah begini, satu  senario:

Konon-konon, hujan sangat lebat dan tidak mungkin berhenti dalam masa yang terdekat,, sedangkan orang bermakrifat itu kini berada di dalam perahu, yang melintasi sebuah tasik yang agak luas, hendak berpatah balik tidak mungkin kerana telah lebih separuh jalan, hendak diteruskan pasti terkena hujan atau perahu mungkin tenggelam dinaiki air hujan.

Maka di sinilah ia terpaksa menggunakan Kun, dengan berkata: Hai Hujan,, Berilah aku laluan dengan selamat dan tidak basah (sudah pasti dengan izin Allah).

Kerana alam bersahabat dengan makrifatullah maka dengan senang hati alam menuruti perintah itu, dan ternyata  Si makrifatullah itu  selamat dan tidak basah ditimpa hujan.

Cerita semacam ini, nampak seperti  mengarut pada zaman ini, tapi kita pernah mendengar cerita-cerita sebegini dari orang tua-tua berkaitan wali-wali Allah tertentu. Perkara semacam ini mudah sahaja  berlaku kepada mereka yang makrifatullah, kerana mereka adalah cermin Allah, atau Khalifah Allah di muka bumi ini. Itulah kekuasaan yang diberikan Allah kepada para kekasihNya.

Analisisinya,  menuju sebuah pulau adalah merupakan Qudrat dan Iradatnya, dan pelaksanaanya adalah berupa sebuah usaha dan menggunakan akal agar terlaksan apa yang dicita-citakan itu. Dan untuk terlaksana apa yang dicita-citakan itu (yang berkaitan dengan urusan keduniaan), bukan doa yang diperlukan tetapi sebuah KUN.

Orang bermakrifat tidak menolok hujan dan tidak menolak gempa bumi kerana itu adalah kehendak Allah, tetapi ia tidak mahu terkena banjir kerana hujan, dan tidak mahu rumahnya binasa kerana gempa bumi. Maka di sinilah perlunya usaha dan akal,   dan hujung terakhir daripada usaha dan akal itu adalah KUN, supaya tidak terkena banjir dan rumah tidak binasa kerana gempa bumi.

Dalam keadaan ini (berkaitan keduniaan) orang bermakrifat tidak menggunakan doa  tetapi menggunakan Kun.

Jadi secara kesimpulannya, untuk urusan dunia seperti, mendapatkan rezeki, pendidikan, pekerjaan hendaklah diperbanyak usaha (….Kun),  sebab semua keperluan manusia telah disediakan oleh Allah, mereka hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun untuk menggunakan Kun, bukanlah semudah yang disangkakan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi dahulu,, satu daripadanya  perlulan makrifatullah.

Semoga bermanfaat

Allah u a’lam.

 

 

 

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar