Laman

Selasa, 22 Oktober 2013

Tafakur sufi


Tafakur sufi

Bertafakur  mengingatiNya akan membuatkan sufi  sentiasa hadir bersamaNya dalam kehidupan seharian,  kerana apabila disebut namaNya maka hadirlah Dia.

Tapi malangnya bagi yang lupa mengingatiNya, Dia akan terselubung dan terlupakan dalam kehidupan,  yang kelihatan hanyalah makhluk dan alam semesta.

Hanya dengan menutup mata dan masuk ke dalam qalbu, dan menggabaikan makhluk dan alam semesta barulah sufi  dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepadaNya, inilah yang dikatakan  tafakur,  tafakur sesaat yang sampai kepada dzat (cinta) itu lebih baik daripada tujuh puluh ribu tahun amalan sunat.

Semasa tafakur sufi  dapat mengosongkan fikiran,  dan dengan itu sufi dapat merasakan hakikat ketuhanan. Bagi sufi yang sempurna tafakurnya mereka akan dapat merasakan kelazatan yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran  dan tidak dapat hendak diceritakan, kenapa tidak dapat diceritakan, kerana tiada perkataan yang dapat menggambarkan suasana yang hendak dikatakan.

Suatu kelazatan yang diketahui atau dinikmati oleh yang merasanya sahaja.

INGAT,, Kebahagiaan tidak akan dapat ditemui oleh akal fikiran, fikiran adalah penghalang yang memisahan sufi daripada kebahagiaan ruhani. Oleh itu semasa tafakur amat penting fikiran tidak lagi bergerak dan juga hati mestilah hanya dipenuhi oleh Tuhan semesta alam.


Fikiran berfungsi kerana adanya dualiti contohnya siang dan malam, susah dan senang dan sebagainya. Tetapi Kebenaran tidak ada dualiti  ia adalah kesatuan keadaan, contohnya tiada susah dan tiada senang, tiada tua dan tiada muda.

Ini bermakna yang mengetahui dan pengetahuan itu adalah satu, yang melihat dan yang dilihat adalah satu, pencinta dan kekasih  adalah satu, dan sebagainya.

Jadi tafakur adalah bertujuan untuk menghantar sufi dari dualiti kepada uniti (di dalam qalbu), contohnya pencinta dan yang dicintai menjadi  satu.

Tafakur sebenarnya adalah milik yang sangat berharga bagi para sufi yang dapat membantunya dalam pencariannya kepada kekasih sejatinya.

Satu cara sufi dalam bertafakur adalah dengan menggunakan tenaga cinta Ilahi yang mendalam untuk membendung akal fikiran.Cinta adalah dzat dari hakikat ilahi, dan adalah kekuatan yang paling nyata  bagi seseorang sufi. Berasal dari dimensi Diri Yang Maha Tinggi, cinta memiliki getaran yang lebih cepat daripada fikiran dan memiliki kemampuan untuk mengatasi fikiran.

Bagi sufi inilah apa yang dikatakan jatuh cinta, kerana apabila cinta datang alasan pun menghilang, fikiran tidak lagi berfungsi kerana kekuatan cinta mengatasi yang lainya.

Dengan perkataan lain, tafakur adalah amalan yang
menenggelamkan fikiran dan emosi sufi dalam samudera cinta yang tak terbatas.Untuk melakukan tafakur qalbu, asalkan tubuh relaks kedudukan jasad tidak begitu penting boleh duduk ataupun berbaring. 


Yang penting dalam tafakur ini adalah membangkitkan rasa cinta iaitu dengan mengingati Allah, segala fikiran dan emosi yang datang selepas itu haruslah ditenggelamkan dalam cinta itu,  dan akhirnya fikiran akan menjadi kosong atau tidak bergerak lagi. Setelah fikiran dan hati menjadi kosong barulah sufi dapat mendengarkanNya, sebagaimana yang dialami Nabi Musa di Lembah Suci Tuwa.

Dan ingatlah,, ketika sufi tiada  Dia akan ada Dalam Sufi,  bila sufi  bebas dari diri sendiri, Dia akan menunjukkan Keindahannya kepada Sufi.


Dengan mengosongkan fikiran, sufi  menciptakan ruang batin di mana sufi  dapat menjadi sadar akan kehadiran Sang Kekasih.

Dia selalu di sini tetapi fikiran, emosi, dan dunia luar menghalang sufi daripadaNya. Dia adalah diam yang kosong,   dan untuk mengalamiNya sufi  perlu untuk menjadi diam yang kosong pula.

Dalam tafakur sufi  memulangkan dirinya  kembali kepada-Nya, dari dunia pelbagai bentuk ke dalam “dunia lautan nan esa”  yang tak terbatas.

Semoga bermanfaat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar