Laman

Kamis, 06 Maret 2014

KETIKA NAZAK

.
Dan dalil yang menguatkan bahwa amal yang di tujukan kepada orang yang sudah meninggal akan tetap sampai.

Oleh:
Syed Abdul Rahim

Rasullullah S.A.W bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu
datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang
yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di
sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga.

Apabila
orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia
akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya
pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibrail A.S.

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah
kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata
dan seluruh isi alam baik yang ada di langit atau bumi, semua
akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
“Wahai orang yang memandikan, aku minta
kepadamu kerana Allah untuk melepaskan
pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat
ini aku beristirehat daripada seretan malaikat
maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
“Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu
juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh
dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi
Allah, wahai orang yang memandikan jangan
engkau menggosok aku dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki
mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan
berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami
buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi
sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: “Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan
isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim
dan janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada
mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali
lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum
mendengar suara anak-anak dan sanak saudara
buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga
langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai
Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-
anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku”.

“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah
aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”.

“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal
kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan
mereka juga tidak mau mendoakan aku”.

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai
mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu
mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun
ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat tetangganya juga dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya kepada mayat tetangganya mengenai
ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi
mereka yang memperoleh nur adalah kerana
petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak
soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi
Qalabah pun bangun. Pada malam itu juga dia
memanggil anak tetangganya dan menceritakan apa
yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa
mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak dari tetangganya
itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa
dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak
lama setelah itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi
melihat tetangganya. Bagaimanapun kali ini tetangganya
sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih
terang daripada matahari.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang
mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari
arah lain.” Setelah malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T . Maka malaikat maut pun
coba mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan
orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-
anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka
berkata tangan kepada malaikat maut: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan
ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan(khususnya tentang agama)”

Kerana malaikat
maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan maka malaikat maut coba pula dari
arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata:
Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat
maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,
maka malaikat maut coba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat
maut coba mencabut orang mukmin dari arah
mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal
maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh
orang yang beriman itu.”

Setelah mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma
Allah S.W.T.
Setelah melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh
tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata
Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung
di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah

2 komentar: