Laman

Senin, 24 Maret 2014

Yang Orang Gelar TABLIGH


Sila baca jika anda sahabat saya...
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata takde duit, nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba2 migrain pulak datang,
Yang menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni kalau setakat cakap je memang la senang,
Cuba buat, memang nak kena sabar, nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, berbondong2 orang datang.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai ke kutu,
Semua nak ditemu,
Nak diajak pada Allah yang Satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang orang dengan sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih jugak telinga, Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yang banyak salah, yang banyak dosa,
La tahzan, Allah kan ada,
Yang Maha Mengetahui, yang mana intan, yang mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Memang tengah nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang ambik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai berbeza,
Tapi boleh makan sedulang yang sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..terkeluar air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ader banyak lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita sekarang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jangan la macam tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, siapa yg rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, memang nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yelah.. hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat persediaan, bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau, camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2, tak perlu keringat,
Dan tak mau pulak jumpe masyarakat,
Just busy buat ibadat,
Kalau camtu takde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apasal la ulama India yg jadi ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yang Allah pandang bukan luaran tapi Iman,
Bab mazhab jangan bimbang still sendiri punye pegangan,
So tak jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yang dah kawin tak nak berenggang dengan isteri,
Yang si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar macam air pili,
"Kalau abang nak gi jugak, antar saya balik kampung esok pagi!!"
Heh, orang laki memang lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadi pergi,
Yang tadi josh (bersemangat) tak ingat pun, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni memang banyak terjadi,
Boleh tengok dengan mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab dunia (cth:kursus naik pangkat),"no prob.,anytime kami ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dengan wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dapat naik gaji,
Wife mana la yang tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak payah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat tak kesah,tak amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yang sempurna,
Dengan korbankan sendiri punya diri, duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja.....
Olahan dari sumber yg tak diketahui.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar