Laman

Rabu, 01 November 2017

TENTANG SOLAT

Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamu'alaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Sebelum kita memulakan solat terlebih dahulu kita fahami akan PERATURAN & PEGANGAN dalam solat itu kerana ia amat PENTING bagi kita. Tanpa pengertian ini, solat kita tidak akan diterima oleh Allah dan tidak diakui oleh Nabi Muhammad SAW.
Sabda Nabi SAW:
Sollu kama roai tumuni usolli
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku
sembahyang.
Perkara perkara itu adalah :-
1. AHDAH
Kita hendaklah mengerti bahawa ZAT YANG QODIM itulah
DIRI BAGI MUHAMMAD ( ruh ) kerana AHDAH itulah
MERTABAT ZAT atau MUHAMMAD AWAL ( Ta'ain Awal )
2. WAHDAH
Sesungguhnya SEGALA PERBUATAN dan KEJADIAN itu DARI
NUR MUHAMMAD…DIRI bagi ADAM ( Tubuh ) kerana ia
adalah MERTABAT TA'AIN TSANI ..SIFAT bagi ZAT.
3. WAHDIAH
PENGAKUAN kita pada Allah kerana MENERIMA JASAD,
hakikatnya ialah KUDRAT & IRADAT Allah jua didalam
sembahyang itu atau dengan kata lain YANG SEMBAHYANG
ITU adalah RUH atau ZATUL BUKTI. Hilangkan perasaan kita
pada pebuatan kita. YAND ADA HANYA DIRINYA semata-
mata.
La failun filsolati bihakikati illallah
Tidak ada perbuatan dalam solat itu melainkan Allah.
4. MIKRAJ
Semasa kita mengatakan ALLAH HU AKBAR maka yang naik
atau MIKRAJ ialah KUDRAT & IRADAT Allah jua beserta
naiknya NAFAS kita . Maka hilanglah UJUD kita pada
UJUDNYA dibawa WAHDATUL AF'AL.
5. IHRAM – TERCENGANG
Hilang perasaan kita ketika mengatakan ALLAH HU AKBAR ,fana'kan perasaan kita sampai kepada LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHI ALIYYU ADZIM.
6. TUBADIL – TERGANTI
Gantikan pakaian zahir atau perbuatan zahir dengan
perbuatanNYA. Jadi yang sembahyang itu adalah DIA juga pada hakikatnya.
7. MUNAJAT – PERMOHONAN
Yang meminta itu adalah sebenarnya KUDRAT IRADATNYA
jua…maknanya diri kita bermunajat dengan HAKIKATNYA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar