Laman

Selasa, 26 April 2016

Benar zikir ingat Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.
"Ingat kepada Nafas kita yang turun naik"
Nafas kita yang turun naik siang dan malam itu, sebenarnya zikir (ingat) kepada Allah. Yang turun naik itu tidak tidur, dia sajalah yang ingat kepada Allah, walaupun kita dalam berkeadaan tidur atau dalam keadaan kita lupa atau lalai.
Nafas itulah yang dimaksudkan "Tidak Berhuruf, Tidak Bersuara" dimana ia merupakan 7 sifat Allah yang sebenarnya adalah Roh, terdiri daripada sifat Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama'a, Basyar & Kalam, yang mengerakkan dan menghidupkan Jasad yang padanya terdiri 7 lapis Langit, merujuk kepada 2 mata, 2 telinga, 2 lubang hidung, 1 mulut yang menjadi 7 lapis Langit pada kepala kita dan 7 lapis Bumi yang merujuk 2 tangan, 2 kaki, 1 pusat, 2 kemaluan depan dan belakang pada tubuh kita.
Tidak bergerak jasad itu melainkan jasad itu digerakkan oleh Roh, dihidupkan oleh Roh yang tertakluk kepada gerak "Tidak berhuruf, Tidak bersuara" dan hakikatnya adalah Allah s.w.t.
Roh adalah diri sebenar-benar diri yang pada istillahnya merupakan bayang Allah sebagai penyata utk menyatakan Allah didalam diri mahu pun luar daripada diri.Turun naiknya Nafas atau keluar masuknya Nafas dalam keadaan "Tidak Berhuruf, Tidak Bersuara" yang menyatakan Zat, Sifat, Asma, Afaal, Allah yang tertakluk didalam "KUN FAYAKUN", Ahad, Ahad,Ahad

Tidak ada komentar:

Posting Komentar