Laman

Selasa, 26 April 2016

Cara-Cara Melihat Allah


1)Pandang Makhluk terlihat Makhluk.
Kebanyakkan dari kalangan kita, malahan jika tidak keterlalun, boleh dikatakan hampir keseluruhan masyarakat kita sekarang ini, beriktidah, beranggapan, berpandangan atau berpegang kepada istilah ” makhluk yang memandang dan makhluk yang melihat “.
Bilamana makhluk yang memandang, pastinya yang terlihat itu, adalah juga makhluk!. Sifat makhluk itu, hanya akan dapat melihat makhluk. Sifat makhluk, mana mungkin dapat melihat Allah!. Allah itu, hanya dapat dilihat melalui Allah sendiri!. Hanya Allah yang boleh melihat Allah dan hanya Allah yang dapat melihat Allah!.
Sifat makhluk adalah nyata, mana mungkin dapat melihat yang ghaib. Zahir memandang hanya kepada yang zahir manakala hanya batin boleh memandang zahir dan batin..
Kita masih lagi beranggapan bahawa yang melihat itu, adalah mata kita, yang megangkat berat itu, adalah tangan kita, yang bercakap itu, adalah kata-kata kita dan yang mendengar itu, adalah telinga kita!. Bilamana mata diri kita sebagai yang bersifat makhuk melihat itu makhluk, maka yang terlihat dan yang terpandang itu, adalah juga makhluk. Maka jadilah makhluk melihat makhluk!. Bilamana makhluk melihat makhluk maka yang terpandang itu, pastinya adalah makhluk!.
Seumpama mata memandang pokok, bilamana mata memandang pokok, maka pokoklah yang kita lihat!. Mana mungkin melihat pokok terpandang bukit dan mana mungkin memandang bukit, terlihat pokok!. Pada hukum akal, apa yang terpandang, itulah yang terlihat dan apa yang terlihat, itulah yang terpandang!.
Tahap ini, adalah tahap kita memandang kita atau tahap makhluk memandang makhluk. Tahap ini, adalah tahap makhluk manusia yang belum mengenal diri dan tahap belum sampai kepada penyerahan diri!. Tahap dimana makhluk manusia tidak pernah memandang yang bahaswasanya kelakuan, pergerakkan atau kelakuan yang kita perbuat itu, adalah milik Allah swt.
Mari pula kita belajar pelajaran bagaimana cara makhluk memandang makhluk, tiba-tiba saja boleh sampai kepada tahap terlihat Allah?;. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Pada peringkat pertama pelajaran kita, kita telah belajar ilmu “pandang makhluk terlihat makhluk dan lihat makhluk terpandang makhluk.. Namun pada hari ini tanggal 15hb Nor, jam 9.29 malam, mari kita sama-sama melangkah keperingkat pelajaran yang kedua atau mari kita naikkan lagi sedikit ilmu kita kepada tahap yang lebih tinggi, iaitu tingakatan ilmuPandang makhluk terlihat Allah dan lihat makhluk terpandang Allah!.
Sekarang tanggal 16hb NOv. jam 5.15 pagi, saya nak bersiap-siap ke lapangan terbang Subang untuk Kota Bharau, untuk menemuai Menteri Besar Kelantan Dato Nik Abd. Aziz dan Dato Haji Adi Awang pada majlis persidangan muktamar Parti Pas. Atas jemputan Dato Nik Aziz untuk berjumpa beliau pada lebih kurang jam 11 pagi. nanti kita sambung.
Sabtu, 17 Nov 2012
Semalam tanggal 16hb Nov, jam 7.10 pagi, saya bertolak dari lapangan terbang Subang Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sesampainya disana, sepatutnya saya dijemput oleh tuan guru Ustaz Sikal dan sahabat-sahabat lain. Malangnya pada ketika itu, semua talian telefon tiada liputan. Saya naik kereta sewa (prebet sapu) dengan tambang RM10.00 ke tempat persidangan Muktamar parti Pas di “PUTIK” pengkalan Cepa, yangn tidak berapa jauh dari lapangan terbang .
Sesampainya saya disana, saya melihat begitu ramai para pengunjung. Terlintas difikiran saya, berkemungkinan itulah makanya talian telefon tidak ada liputan. Kereta yang saya naiki telah mendapat kebenaran dengan izin Allah Taala, untuk masuk sehingga kepintu besar muktamar. Jika tidak dibenarkan masuk, mungkin saya kena berjalan hampir satu setengah kilometer.
Tujuan saya datang kemuktamar PAS, adalah bertujuan untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz sebagaimana yang dijanjikan dipertemuan sebelumnya, untuk temukan saya dengan Tuan Guru Hj Hadi Awang dan Tuanku Sultan Kelantan. Saya bukan penyokong PAS dan saya juga bukan penyokong UMNO. Saya tidak menyokong mana-mana parti dan saya juga tidak suka bermain parti. Mana-mana partipun, saya suka dan saya bersetuju, asal saja bertuhankan kepada Tuhan yang satu!.
Sesampainya saya, Tuan Guru Hj.Hadi Awang selaku presiden parti, sedang memeriksa barisan kehormat. Selepas selesai pemeriksaan barisan, Tuan Guru Hj, Hadi diarak masuk kedewan. Dikala mengiringi masuk kedewan, disitulah diperdendangkan dengan paluan gendang silat. Terdengar sahaja paluan itu, menyebabkan air mata saya tidak lagi terbendung dan dengan deras bercucuran membasahi pipi, mengenangkan ibu saya yang suka sangat dengan muzik itu.
Selepas itu saya menuju ketempat pamerah dan expo jualan. Saya tidak dibenarkan masuk kedewan perwakilan kerana saya bukan perwakilan. Saya mengambil kesempatan mendengar ucapan presiden melalui speaker. Sambil itu saya pergi berlegar-legar dipusat jualan.
Selepas ucapan preseden tamat, mereka ketempat jamuan makan. Saya melihat tuan gru Nik Azia bergegas keluar dengan tidak sempat makan. Saya meluru ketempat beliau lalu dia menyapa saya dan sempat juga saya bercakap-cakap seketika dan beliau terpasa bergegas pergi, katanya untuk meyembahyang jenazah. Dia mengarahkan saya berjumpa dengan tuan guru Hj Hadi untuk meyampaikan kitab. Dengan kawalan ketat diruangan makan, tidak memungkinkan saya masuk. Dengan izin Allah, saya dibawa oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Husham Musa untuk berjumpa presiden Hj. Hadi dan sesudah majlis makan tengah hari, Presiden Parti Dato’ Hj Hadi berjumpa saya bagi meyampaikan 2 naskah kitab.
Dibelakang saya, saya terlihat Datin Seri Wan Azizah selaku ketua parti Keadilan, sedang mengadakan press conference. Saya meminta izin untuk meyampaikan kitab. Datin Seri Azizah bersetuju dan mengalu-alukan pemberian itu.
Lebih kurang jam 1.00 tengah hari saya dan sahabat yang datang menemui saya disitu, beredar dari pusat persidangan kerana untuk menunaikan sembahyang jumaat..
Jam8.20 pesawat dari Kota Bharu bertolak ke Kuala Lumpur. Sesampainya saya di lapangan terbang Subang, hati kecil saya mula berkata-kata sendiri. Dulu, semasa dua puluh tahun yang lepas, saya teruja melihat orang lain menaiki kapal terbang kesana kemari. Meraka minum pagi di Kuala Lumpur, manakala petang pula minum kopi di kelantan dan malam pula sampai semula di Kuala Lumpur. Sekarang sampai juga giliran saya, sebagaimana mereka. Entah esok lusa saya juga sebagaimana mereka. Tetapi entah-entah juga tidak sempat merasa sebagaimana mereka, kerana berkemungkinan saya mati dulu, sebelum sempat merasa!. Apa-apapun sekarang ini, saya merasa sudah cukup bertuah earana sudah dapat rasa sebagaimana yang tidak dapat saya rasa sebelum ini!.
Segala gambar pertemuan saya dengan pemimpin PAS akan saya masukkan dalam blog tidak lama lagi!. Mari kita berbalik semula kepada tajuk ilmu kita pada pagi ini, iaitu dengan memperbincangkan tajuk, pandangn makhluk terlihat Allah.
Peringkat kedua;
2) Pandang Makhluk Terlihat Allah dan lihat makhluk terpandang Allah!.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar