Laman

Rabu, 23 Oktober 2013

Ayat mutasyabihat


Ayat-ayat Al Quran ada yang diturunkan kepada Rasullulah SAW di Mekah dan ada pula yang diturunkan di Madinah.

forest1Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah disebut ayat Makiyah, ia dibahagikan kepada dua kumpulan, yang pertama disebut Muhamad, ayat seperti ini berbicara dengan lurus, tidak ada erti lain hanya satu. Yang Kedua, disebut ayat mutasyabihat, ayat ini berbicara dalam bentuk kiasan (al Ibarah), ia berbicara batin (hakikat) dahulu baru mengarah makna luar (lahiriah).

Manakala ayat yang diturunkan di Madinah disebut ayat Madaniah yang berbicara makna lahiriah dahulu lepas itu baru menjururus makna batin.

Mari kita lihat ayat Al Baqarah, ayat mutasyabihat yang diturunkan di Mekah.

QS Al Baqarah 2: 223

“Isteri-isteri kamu seperti tempat bercocok tanam bagimu, maka datanglah tempat bercocok tanam milik kamu itu sebagaimana kamu kehendaki dan buatlah kebaikan untuk dirimu dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNYA dan sampaikanlah berita gembira ini untuk orang-orang yang beriman”.

Apabila kita perhatikan ayat ini nampaknya ia seperti untuk kerukunan hidup berkeluarga antara suami dan isteri, tetapi di sebalik ayat yang nampak terang maksudnya ini ada rahsia atau faedah bagaimana seseorang itu dapat bertemu (makrifat) dengan Allah yang dikasihinya.

Hanya seseorang yang telah mempunyai kemakrifatan yang dapat menterjemahkan maksud hakikat ayat mutasyabihat seperti ini, kerana setiap huruf Al Quran memiliki pancaran cahaya atau maksud yang berlapis-lapis.

Marilah kita sama-sama perhatikan maksud ayat ini dari segi hakikatnya.

Isteri-isteri itu adalah empat inderawai atau  empat pintu nafsu yang terdapat di kepala, iaitu dua mata, dua lubang hidung, mulut dan dua telinga. Mata digunakan untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk merasa dan hidung untuk penciuman bau.

Manakala arti bercocok tanam itu pula ialah bermaksud menutup. Secara lumrahnya isteri hanya milik suami dan ia mempunyai hak ke atas isterinya untuk mendatanginya.

Sementara itu, makna suami adalah satu simbul kejantanan dan itu digambarkan oleh  sepuluh jari di tangan kita.

Tatkala takbiratul ihram, iaitu semasa mengangkat tangan dalam sholat,  maka ia bermaksud tertutuplah pintu-pintu nafsu yang terdapat di kepala kita, maka dengan itu tertutuplah pula hubungan manusia itu dengan dunia luar (duniawi) dan  hawa nafsu.

Maka dengan itu Ruh yang sekian lama ini tertutup oleh hawa nafsu dan duniawi dapat membebaskan diri, maka kembalilah Ruh kepada penciptanya dan mulalah ia berinteraksi dengan Penciptanya. Dari sisi lain inilah yang dimaksudkan dengan Mekraj. Inilah  satu kegembiraan yang amat sangat bagi Sang Ruh.

Inilah maksud batin ayat tersebut, iaitu menerangkan kaedah bagaimana seseorang itu dapat bermakrifat dengan Allah.

Inilah antara ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat di dalam Al Quran,  yang mana ia mempunyai sisi makna batin, yang sengaja dibuat Allah begitu, bagi mereka yang berfikir dan mendapat ilham untuk  kembali kepada Allah.

Cobalah cari maksud batin ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat di dalam Al Quran.

 semoga bermanfaat…..

MasyaAllah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar