Laman

Rabu, 23 Oktober 2013

Isbatul Yakin


lautan 


Allah SWT amat nyata, Dia lebih nyata daripada apa yang tersembunyi, tetapi bagaimanakah kita melihatNya? Ya,,, kita melihatnya dengan mata hati  terhadap  nikmat yang diberikanNya kepada kita, apa sahaja yang ada pada diri kita adalah nikmatNya atau anugerahNya. Dengan lain perkataan inilah yang dikatakan rahsia pandangan mata hati.

Apabila kesadaran ini tertanam dalam hati nurani kita, bahawa Allah sentiasa meliputi diri kita dengan nikmatNya, maka dengan itu mudahlah kita mengingatinya, walaupun 24 jam sehari, kerana semuanya adalah nikmat Allah kepada kita. 
Cuba fikirkan apakah nikmat Allah itu yang sentiasa ada bersama kita? Ya,,, antara nikmat Allah yang ada pada kita, ambil sedikit sahaja sebagai contoh, seperti  degupan jantung, turun naik nafas, peredaran darah dan penglihatan mata kita.
Dengan itu:

Siapakah yang mengatur jantung kita sehingga ia berdegup  setiap saat?
Siapakah yang mengatur naik turun nafas kita?
Siapakah yang mengalirkan darah kita  keseluruh tubuh  kita?
Siapakah yang mengatur kerdipan dan penglihatan mata kita?
 
Ya,,, sudah pasti semua itu Allah yang mengatur dan Allah yang mengawasi kehidupan kita. Sehinggakan semuanya berjalan dengan lancar tanpa campur tangan daripada kita.
Jikalau kesadaran ini telah tertanam, maka dengan itu mudahlah kita dapat mengingati Allah, kita akan sentiasa ingat Allah, maka itulah yang dikatakan kita mengingati Allah sama ada berdiri, duduk atau berbaring. Kuncinya adalah pada kesadaran, dan  itulah yang dikatakan menginagati Allah secara rahasia.

Jelaslah,,, setiap yang ada pada kita adalah  nikmat Allah, sebagai bukti bahawa Dia meliputi diri kita. Seperti Firman Allah QS Al Zariyat 51:21: Dalam diri kamu mangapa tidak kamu perhatikan.
Kesadaran inilah yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, kerana kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita dan di mana pun kita berada. Hanya mereka yang mempunyai kesadaran ini, akan merasakan kebahagiaan  dan tiada kekuatiran dan ketakutan pada mereka kerana mereka sadar Allah sentiasa bersama mereka.

Tanamlah kesadaran ini dengan kukuh kerana dengan kesadaran itulah seseorang dapat mengenal Allah dengan benar dan melihatNya dengan mata hati,,, Isbatul Yakin, …. melihat Allah dengan nyata di dunia ini.

MasyaAllah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar