Laman

Rabu, 23 Oktober 2013

Melihat Dia


hutann 

Bagi yang telah sampai kepada Allah, melihat, merasakan dan bertemu denganNya itu adalah suatu rahasia.
Dan tidak boleh diceritakan tentang pertemuan itu, cukup bagi dirinya sendiri yang mengetahui.

Bagaimana mungkin pertemuan itu dapat diceritakan, kerana jikalau diceritakan dengan lisan, maka ia menjadi suatu kesalahan, kerana yang keluar dari lisan itu adalah bersifat baharu ( sedangkan Allah itu muhalafah lil hawadith – berbeza dengan yang baharu).
Bagaimanapun, bagi mereka yang telah bertemu dengan Allah dan meraskan kehadiran   Allah, mereka sendirilah yang tahu bagaimanakah rahasia pertemuan itu. Orang lain tidak akan dapat meneka pertemuan itu, kerana hanya yang merasa yang mengetahui.
Bagi mereka Allah itu  Maha Meliputi sekelian alam termasuk diri mereka sendiri (zahir dan batin). Dan yang paling penting, harus ingat, melihat Allah itu tidak boleh  dibayangkan  dengan sesuatu yang kita lihat, atau sesuatu yang pernah kita lihat sebelum ini.

Apabila Allah dibayangkan  dengan sesuatu yang kita lihat,  maka itu adalah suatu kesalahan, kerana masih melihat Allah dengan membayangkan sesuatu  denganNya, sedangkan bayangan itu adalah muhadith (sesuatu yang baharu), dan ini bersalahan dengan Sifat Dzat Allah.

Bagai manapun, sesuatu bayangan  (wujud)  yang terlihat atau pernah dilihat itu, hanyalah sebatas bayang-bayang atau kenyataan sifat-sifat Allah sahaja,  sekadar penghubung  bagi menyampaikan kepada yang dituju  (Allah).
Kita yakin  bahawa  sebagai analogi, bayang-bayang  itu tidak pernah terpisah dengan Tuan Yang Punya bayang-bayang (Allah), bahkan bayang-bayang itu adalah tanda wujudnya Allah.

Jikalau demikian boleh sahaja demikian adanya.
(lihat juga ‘Tauhid penyaksian’)

MasyaAllah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar