Kufur
Kufur
adalah menutup Keesaan Allah dengan tabir yang banyak..kejamakan,
segala apa yang kelihatan di dunia ini adalah sebagai tabir yang
menghalang penglihatan kepada Allah.
Syirik pula adalah menganggap
Wujud Allah yang satu sebagai dua, atau lebih daripada dua, syirik
sentiasa beralaku sama ada di dalam ibadah atau di luar ibadah, kecuali
bagi mereka yang telah kasyaf, iaitu yang telah melihat Wajah Allah.
Menurut
Syariat, kufur dan syirik adalah kotoran dan dosa yang perlu
dibersihkan atau dibuang terlebih dahulu supaya amal ibadah yang
dilakukan mendapat pahala daripada Allah.
Menurut Tarikat kufur dan syirik adalah cinta kepada dunia, kerana cinta dunia telah membuatkan mereka terhijab daripada Allah.
Manakala
menurut Hakikat pula kufur dan syirik adalah mengadakan gyair (selain
Allah), dan tidak melihat Keesaan Allah di sebalik yang banyak, iaitu di
sebalik apa yang kelihatan di alam maya ini.
Walaupun
Allah telah menperingatkan manusia di dalam Al-Quran bahawa Tuhan itu
adalah Satu,.. Esa. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengindahkan firman
Allah ini, mereka tetap mensyirikkan Allah dalam setiap apa yang mereka
lakukan. Dan Allah juga telah mengingatkan bahawa kebanyakan manusia
tidak beriman kepada Allah tanpa menyekutukannya atau mensyirikkannya.
Firman Allah Albaqarah:ayat 163: Sesungguhnya Tuhanmu adalah Tuhan yang satu.
Firman Allah Surah Yusuf ayat 106: Dan kebanyakan mereka tidak beriman dengan Allah tanpa menyengutukan yang lain dengan NYa.
Syirik bukan senang dilihat Ia
menyerap dalam semua orang, umpama semut hitam yang berjalan di atas
batu yang hitam pula, kecuali bagi mereka yang sudah makrifah. Syirik
dan kufur ini hanya dapat dihapuskan apabila seseorang itu mengEsakan
Allah dalam setiap yang dilakukannya.
MasyaAllah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar