Laman

Rabu, 23 Oktober 2013

Nyata


pemandanganJikalau kita teliti dengan benar akan kita dapati bahawa Wujud Allah adalah lebih nyata daripada segala wujud lain yang kelihatan. Wujud Allah itulah yang melihat dan yang dilihat,  wujud itulah yang mendengar dan didengar, dan sebagainya, kerana Dialah yang Awal dan yang Akhir.

Sebagai contoh, cahaya tidak boleh melihat tanpa cahaya, kerana jikalau tiada cahaya yang ada hanyalah kegelapan, seperti di malam hari, tiada ada benda yang dapat dilihat,  dan seterusnya apa yang terlihat,  jikalau ada cahaya,  ialah cahaya itu sendiri.  Benda-benda lain adalah gelap, tidak kelihatan, kerana tiada cahaya.  Oleh kerana itu orang dapat melihat kerana adanya cahaya,  dan benda  gelap dapat dilihat kerana adanya cahaya.   

Sebagai analogi,  semua wujud selain Allah adalah gelap. Wujud benda-benda itu dipinjam daripada Wujud Allah, dan adalah suatu amanah daripada Allah. Dialah yang melihat dan yang dilihat, dialah yang mengetahui dan yang diketahui. Anda dan yang selain daripada Nya hanyalah gelap (kosong).

Sebagaimana Firman Allah Al-Qasas 88: Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Wajah (Dzat) Nya.

Satu lagi analogi,  apabila seseorang terjun ke dalam tasik garam, lalu ia akan larut dan akhir menjadi garam itu sendiri, dan apabila anda masuk ke dalam Cahaya anda akan larut dan menjadi satu dengan Cahaya itu.

Sebenarnya apabila anda menegaskan ke AKU an anda,  ini adalah sama dengan ke DIA an Allah. Jadi serupa sahaja sama ada anda berkata “Akulah yang benar”, atau “Dialah yang benar.”  Tetapi syaratnya anda mestilah dalam keadaan Fana.

Ia merujuk kepada identiti yang sama, hanya dipandang dari sudut yang berlainan.

MasyaAllah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar