Laman

Rabu, 23 Oktober 2013

Wujud diri


hutan hujan 

Menghapuskan wujud diri sendiri itu, iaitu selain  Allah, inilah taubat yang hakiki. Apabila diri dan kendirian lenyap,…. juga disebut fana, maka seseorang itu akan sampai ke makam Keesaan. Pada ketika itu Tuhan memakrifarkan Dirinya dengan kekasihNya.

Tempat keesaan ini (Wahdat) adalah tempat hakikat yang sebenar, hakikat bagi segala hakikat, tempat kesatuan dan keesaan dengan Tuhan Yang Maha Pencipta. Itulah tempat makhluk yang dinamakan hamba berhadap-hadapan dengan Khaliq (penciptanya) yang disembah sebagai Tuhan.

 Inilah tempat yang dikhususkan untuk para nabi, wali dan kekasih Allah.
Apabila wujud Ihsan bersatu dengan wujud Allah, maka wujud kedua-duanya itu tidak lagi berasingan dan terpisah. Pada hakikatnya wujud yang satu itu jua.
Yakinlah,,,  apabila Ihsan (makrifatullah) berhadapan dengan Tuhannya, diri akan lebur dan fana , juga disebut ‘mati syahid’, iaitu mati dalam penyaksian Dzat Allah, tiada wujudnya lagi, yang ada hanyalah Wujud Yang Maha Kekal,.. Dzat Allah. Ketika itu Ihsan tidak lagi mahu berpisah dengan Tuhannya, apa yang dicarinya selama ini telah ditemukan, sehingga wujudnya yang adam (kosong) tidak akan lagi berpisah dengan wujud Yang Kekal.

Apabila semua perhubungan dengan dunia telah terputus (jangan ambil maksud lahiriah), dan Ihsan telah bersatu dengan Tuhannya, maka si Ihsan akan menerima kekudusan dan kesucian yang kekal, yang mana tidak ada cacat dan celanya, dia menjadi seorang yang dimaksudkan Allah dalam Firmannya,
QS Al A’raf  7:42: Dan orang yang beriman dan beramal salih, tidaklah Kami berati diri seseorang, melainkan sekadar tenaganya, mereka ini penghuni surga, dan  mereka kekal di dalamnya.

Inilah yang harus kita usahakan semasa masih di dunia ini, sehingga kita mencapai Isbatul yakin, iaitu menyaksikan Allah dengan mata hati.

MasyaAllah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar