Baitullah
 Baitullah
 adalah rumah Allah, rumah yang dibina oleh Allah sendiri bukan yang 
dibina oleh Nabi atau manusia. Rumah Allah ini berada di Qalbu nan 
hening. Untuk memasuki rumah Allah memerlukan beberapa tatacara, dan 
jikalau ia tidak dipenuhi maka seseorang itu tidak mungkin dapat masuk. 
Memasuki rumah Allah tidak perlu bawa apa-apa, tidak perlu bawa ilmu, 
tidak perlu bawa amal, tidak perlu bawa makrifat dan sebagainya. Hanya 
masuklah seorang diri tanpa berbekal apa-apa pun.
Baitullah
 adalah rumah Allah, rumah yang dibina oleh Allah sendiri bukan yang 
dibina oleh Nabi atau manusia. Rumah Allah ini berada di Qalbu nan 
hening. Untuk memasuki rumah Allah memerlukan beberapa tatacara, dan 
jikalau ia tidak dipenuhi maka seseorang itu tidak mungkin dapat masuk. 
Memasuki rumah Allah tidak perlu bawa apa-apa, tidak perlu bawa ilmu, 
tidak perlu bawa amal, tidak perlu bawa makrifat dan sebagainya. Hanya 
masuklah seorang diri tanpa berbekal apa-apa pun.
Oleh kerana itu jangan berbangga
 dengan ilmu yang banyak, amal yang banyak dan sebagainya, kerana Allah 
tidak memerlukan itu, tetapi Allah melihat pada Qalbu nan hening, tanpa 
dicemari duniawi dan nafsu,… ketika memasuki Baitullah,… Rumah Allah.
Allah SWT berfirman QS 20:12: 
Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, sebab itu bukalah kedua terompahmu, 
sebenarnya kamu telah berada di lembah suci Tuwa.
Ini adalah ayat mutasyabihat (kiasan), terompah yang dimaksudkan di sini adalah kiasan, bukan bermaksud terompah alas kaki.
Untuk memasuki Baitullah harus meninggalkan terompah di luar.
 Terompah adalah benda yang kotor dan sudah pastinya benda-benda yang 
kotor tidak boleh dibawa masuk ke dalam Rumah Allah. Setiap benda yang 
kotor, seperti terompah dan nafsu dan sebagainya tidak akan sampai 
kepada Allah. Jasad manusia yang terdiri dari darah dan daging itu juga 
tidak akan sampai kepada Allah. Jasad yang penuh nafsu hendaklah dizakatkan,  hakikat zakat adalah penyerahan diri kepada Allah.
Setiap wahyu yang dinyatakan oleh Rasullulah SAW selalunya 
merujuk kepada Al-Quran. Semaklah wahyu yang diturunkan kepada 
Rasullulah dalam hadis dan Al-Quran dan ilham yang diturunkan kepada 
seseorang hendaklah juga dirujuk kepada hadis dan Al-Quran, jikalau 
bersesuaian dengan hadis dan Al-Quran maka pakailah, jikalau tidak 
jangan dipakai.
Berkaitan memasuki Rumah Allah,  Rasullulah SAW memberkan peringatan: Tambatlah untamu sebelum kamu memasuki Baitullah.
Unta tidak boleh dibawa masuk ke Baitullah, kerana ia adalah 
benda kotor, kerana unta terdiri dari darah dan daging , yang tidak akan
 sampai kepada Allah, sama seperti jasad manusia yang terdiri dari darah
 dan daging, sebab itu ia kena ditinggakan di luar sebelum memasuki 
Baitullah. 
Jangan unta dibawa masuk ke dalam Baitullah mengadap Allah,… tidak akan berhasil menemui Allah…
Kesimpulannya  jasad dan 
benda-benda kotor harus ditinggalkan semasa mahu mengadap Allah di 
Baitullah,…dan masuklah tanpa apa-apa bekal,… hanya  “kamu” (RuhKu) 
 seorang diri..
MasyaAllah.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar