Pulang ke Allah
Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah kepada Ku (Allah) dengan reda dan diredai, maka masuklah hamba Ku, masuklah ke dalam surga Ku. (QS Al Fajr 89:27-30).
Sebenarnya untuk kembali kepada 
Allah itu sangat mudah,.. semudah memejamkan mata atau menarik nafas. 
Setiap saat pun kita boleh kembali kepada Allah. Di mana sahaja kita 
boleh kembali kepada Allah, hanya yang diperlukan adalah keyakinan, 
keikhlasan dan kerelaan.
Kita tidak perlu mempunyai ilmu yang banyak,  bahkan tanpa 
ilmu pun kita boleh kembali kepada Allah. Tetapi nampaknya kita tidak 
percaya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah, Kita tidak menerima
 bahawa kembali kepada Allah  itu pekara mudah, oleh itu kita mencari 
pelbagai ilmu,  yang sesungguhnya telah menghijap kita dari perjalanan 
kita menuju Allah. Ilmu itu adalah hijab,  pada satu ketika ilmu itu 
harus ditinggalkan untuk sampai kepada Allah.
Sekali lagi, malangnya kebanyakan orang tidak percaya kembali
 ke Allah itu mudah. Mereka dihijab ilmu, untuk sampai kepada Allah 
mesti mempunyai ilmu yang banyak,  contohnya mesti lulus ilmu Kalam, 
ilmu  Wahyu dan pelbagai macam ilmu lagi. Mereka ini lah orang-orang 
yang telah terhijab oleh ilmu, jikalau mereka tidak sadar mereka tidak 
akan maju,… untuk sampai kepada Allah.
Di zaman Rasullulah dahulu, 
tidak adapun pelbagai ilmu yang ada seperti sekarang.  Umat di zaman 
Rasullulah diberikan kefahaman tentang Tawakal, Yakin, Ihsan, dan Reda……
 dan kebanyakan mereka telah berjaya kembali kepada Allah semasa mereka 
masih hidup lagi, ….semasa mereka masih berjasad lagi.
Kembali kepada Allah bukan dengan amal, bukan dengan ilmu, 
bukan dengan apa-apa pun, cukuplah hanya dengan Penyerahan Diri dan 
Kerelaan untuk kembali kepada Allah. Allah lah yang akan memperjalankan 
kita, …  kita hanya berserah diri kepadan Nya,  … selanjutnya mengikut 
apa yang dikehendaki Nya.
Allah tidak perlukan ilmu kita, amal kita, harta kita,…. 
tetapi ia mahukan Kerelaan kita, …. Penyerahan Diri kita kepadanya 
secara keseluruhannya.
Sememangnya, Allah tidak terjangkau oleh akal fikiran dan 
imaginasi,… tetapi Allah Maha Meliputi, dan ia lebih Hampir dari urat 
leher kita sendiri,
Oleh itu, kembalilah kepada Nya dengan Reda,…..dengan Penyerahan Diri secara total…hanya untuk NYA.
MasyaAllah…
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar