Prasangka
Allah berfirman: Sesungguhnya Aku menurut prasangka hambaku.
Sesuai dengan itu dipaparkan kata-kata seorang ahli Makrifat…. dalam bentuk pengajaran..
Tolong ambilkan aku buah pohan di sana itu.
Seseorang menjawab: Ini dia buahnya yang mulia.
Belah dualah buah itu.
Sudah terbelah yang mulia.
Apakah yang kamu lihat?
Saya melihat biji yang amat kecil.
Belah dualah salah satu daripadanya.
Sudah terbelah yang mulia.
Apakah yang kamu lihat di dalamnya?
Tidak ada suatu apapun yang mulia.
Ahli Makrifat berkata:
Yang Halus, yang tidak kelihatan itu ialah yang hidup. Yang 
tidak kelihatan itu, yang sebenarnya lebih kelihatan. Dari Yang Halus 
itulah sebenarnya Yang Ada. Yang daripadanya sekelian ini terjadi. 
Itulah kenyataan yang sejati, dan pandanglah dengan keheningan Hakikat, 
engkau akan melihat biji benih itu tumbuh bergerak menjadi besar, 
sel-sel tersusun, menjadi akar, menjadi batang, menjadi ranting, menjadi
 daun, menjadi bunga berwarna merah, dan menjadi buah.
Lalu mati, terurai menjadi zat-zat yang tergabung dengan alam
 sekitarnya. Itulah zarah atau atom-atom yang bergerak mengikut Yang 
Hidup dan Yang Abadi. Yang menggerakkan segala sesuatu, menghidupkan dan
 mematikan. Engkau akan melihat kenyataan sebenarnya bahawa segala benda
 hanyalah mengikut gerak, sehingga ia bergerak,…. mengikuti gerak, 
sehingga ia bergerak mengikut Yang Hidup sehingga ia hidup.
Apabila engkau menfanakan keberadaan alam ini, maka engkau akan melihat Yang Batin itu menjadi Yang Ad Dzahir, Yang Hidup itu meliputi segala sesuatu…..
Dia lebih nyata daripada apa yang kelihatan…
 MasyaAllah 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar