Kembali
Kita ini semuanya berasal dari 
Allah, maka kembalilah kepada Allah, bukan ke surga atau neraka, bak 
kata-kata bijak pandai “dari asal balik ke asal, dari tanah balik ke 
tanah”. Kalau  difikir-fikirkan kita pun hairan kerana ramai sangat yang
 hendak balik ke surga, dan tidak seorang pun yang ingin pergi ke 
neraka, .. pelik kenapa pelik.. kerana kita bukan berasal dari surga, 
tetapi berasal dari Allah maka kembalilah kepada Allah.
Apabila berlaku kematian, kita sering mendengar orang berkata
 “Sesungguhnya kami datang dari Allah maka kepada Allah kami kembali”, 
tetapi apa yang diucapkan di lisan tidak sama apa yang tersemat di 
hati,…. hati bermaksud masuklah ke dalam surga Firdaus, nikmatilah 
kesenangan-kesenangan yang terdapat di dalam surga.
Kita harus memperbetulkan matlamat, kita berasal dari Allah 
maka kembalilah semuanya kepada Allah… semuanya zahir dan batin.. diri 
hujung rambut sampai ke hujung kaki, … jangan satu pun yang tinggal, 
termasuk diri yang batin… semua pembatasan. 
Semuanya kembali kepada NYA.
Apabila kesadaran ini telah diperolehi, maka itu bagi orang sufi disebut “Maqam laa maqam”  (Maqan yang tiada maqam).
Dengan itu, kembalilah kepada Alllah semasa hidup lagi di 
dunia, jangan tunggu setelah jasad dimasukkan ke dalam kubur, baru ingin
 ketemu dengan Allah.
MasyaAllah…
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar