Sang Pencinta
 Seorang pencinta akan berusaha 
sedaya upaya untuk mencari apa yang dicintainya. Begitu juga mereka yang
 mencintai Allah. Segala usaha ditumpukan untuk memahami tentang 
kekasihnya,….Allah. Mereka pergi berguru, banyak bertanya dan membaca 
dan sebagainya. Ini semua adalah kerana ransangan ingin tahu, ingin 
mengenal diri dan mengenal Allah. Mereka berpegang kepada phrasa-phrasa 
atau ayat-ayat tersentu, ….seperti Allah itu lebih dekat dari urat 
leher,.. ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu di situ ada Wajah Allah, 
…tiap-tiap sesuatu itu akan lebur kecuali Wajah Allah, ….tidak bergerak 
sesuatu zarah kecuali dengan izin Allah.

Dan banyak lagi kata-kata yang seumpama itu,… yang mendorong 
mereka berusaha mencari Allah, yang amat mereka kasihi. Seorang pencinta
 adalah seorang kekasih nan sejati.  Apabila pencinta mula mencari 
Allah,  maka janganlah berputus asa, kerana bayak ranjau duri yang akan 
ditempuhi di dalam perjalanan. Hanya mereka yang cekal,… insyallah akan 
berjaya. Tetapi walaupun pahit,  bagaimana seksa sekali pun,  ia perlu 
dilaksanakan kerana inilah fitrah sang pencinta,…. untuk mengenal 
Allah,… di dunia ini,  semasa masih hidup bukan setelah mati.
Pada suatu ketika nanti dalam perjalanan nan suci itu,  sang 
pencinta  akan mengetahui bahawa tiada jalan atau kenderaan yang dapat 
digunakan untuk mencapai kekasih yang dikasihi,….Allah.  Dengan itu 
pencinta tidak akan lagi bersandar kepada ilmu yang diperolehinya,… atau
 amal yang telah dilakukannya sekian lama. Apatah lagi untuk bersandar 
kepada ilmu dan amalan orang lain, …. walaupun martabatnya kelihatan 
tinggi dari pandangan matanya.
Apabila telah sampai ke tahap 
ini, sang pencinta itu perlu menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, 
bagaikan kayu mati dibawa arus sungai,… tiada daya dan upaya,.. hanya 
upaya arus sungai.
Datanglah kepada Allah tanpa ilmu, tanpa amal, tanpa diri, tanpa makrifat,  tanpa segala sesuatunya,
……..kecuali Allah semata-mata.
MasyaAllah…
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar