Mengapa… ya
 Kadangkala
 kita terfikir juga, jika segala-galanya berasal dari Allah, sedangkan 
Allah itu adalah kebaikan dan tiada yang buruk datang dari NYA, mengapa 
kejahatan, sihir, gangguan jin, penyakit dan sebagainya wujud di dunia 
ini.
Kadangkala
 kita terfikir juga, jika segala-galanya berasal dari Allah, sedangkan 
Allah itu adalah kebaikan dan tiada yang buruk datang dari NYA, mengapa 
kejahatan, sihir, gangguan jin, penyakit dan sebagainya wujud di dunia 
ini.
Dari manakah semua keburukan itu
 datang,  adakah dari Allah atau dari diri kamu sendiri. Tapi selalu 
kita dengar, bijak pandai sering berkata,  yang baik itu daripada Allah 
dan yang buruk itu daripada kamu sendiri. Benarkah begitu, jikalau tidak
 benar, masakan cerdik pandai berkata begitu.
Keburukan itu sebenarnya berpunca daripada ketidakfahaman kita terhadap kehendak Allah,
 Allah berfirman aku jadikan manusia itu untuk beribadah kepada ku, tapi
 sangat ramai yang tidak mahu beribadah kepada NYA, (tapi ingat ibadah 
pun bertingkat-tingkat bukan hanya puasa dan sedekah sahaja), yang 
ramainya adalah yang mahu meminta-minta kepada Allah. Minta rumah 
besarlah, kereta mewahlah  dan sebagainya.
Sebenar kebahagian itu 
tidak payah diminta-minta  jika kita sentiasa mematuhi kehendaknya, tapi
 masalahnya ramai yang tidak tahu apa yang Allah mahukan daripada kita. 
Kita memberikan apa yang kita sangka apa yang Allah mahukan daripada 
kita, tetapi jelas itu bukan apa yang Allah mahukan daripada kita, 
buktinya kita sakit, kita sangsara, kita menderita dan sebagainya.
Kita sering berkata ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah, tetapi ibadah itu kita lakukan untuk diri kita sendiri.
 Kita boleh menipu orang ramai, tapi mampukan kita menipu Allah,  yang 
maha mengetahui, dan tidak satu pun yang tersembunyi daripada NYA.
Segala sesuatu yang wujud di dunia ini adalah daripada Allah,
 oleh kerana itu segala sesuatu yang terdapat di dunia ini hendaklah 
dikendalikan kerana Allah. Kejahatan, keburukan, penderitaan, dan 
gangguan makhluk halus itu adalah kerana sesuatu yang kita dikendalikan 
itu  bukan kerana Allah, tetapi kerana diri kita sendiri.
Secara amnya kejahatan, 
pendertitaan dan sebagainya itu adalah kerana penyalahgunaan kuasa oleh 
kita sendiri, kita berbuat sesuatu kerana diri sendiri bukan kerana 
Allah.
Oleh itu salahkanlah diri sendiri jangan salahkan Allah.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar