Makrifat
 
Makrifat
 adalah suatu topik yang sangat sukar untuk difahami, banyak orang tidak
 mengerti tetapi beranggapan faham,.. mereka beranggapan ilmu makrifat 
itu adalah Makrifat. Ilmu tidak sedikitpun menyentuh Makrifat, kerana 
apa,… kerana ilmu adalah yang berkaitan dengan alam. …alam yang dijadikan Tuhan dan alam bukan Tuhan.
Sedangkan Makrifat adalah yang bersangkutan dengan Dzat Allah Yang Mutlak,
 iaitu Tuhan Semesta Alam. Sungguh jauh perbezaannya, contohnya orang 
yang mempunyai ilmu tentang kereta, sebut saja tentang kereta ia sangat 
faham tentang kereta,..tetapi malangnya dia sendiri tidak ada kereta, 
hendak pergi ke mana-mana pun terpaksa sewa teksi atau bas.
Beginikah yang dikatakan Makrifat, tentu sekali tidak…Makrifat adalah berkaitan dengan pengalaman, hal, dzauk,..tetapi bukan yang berkaitan dengan ilmu.
Seseorang yang bermakrifat, yang sungguh-sungguh dalam  
Makrifatnya kepada Allah, bukan sekadar teori semata, tetapi telah 
benar-benar meresapi Makrifat itu, …. malahan telah menjadi SATU dalam pandangan Tauhid.
Maka,  jika mereka mati, sesungguhnya mereka tidak mati, tetapi mereka hidup di sisi Allah dan mendapat Rahmat Nya.
Allah mengharamkan cacing-cacing dan ulat-ulat tanah daripada
 memakan jasadnya yang telah dikuburkan itu, …walaupun telah dikuburkan 
beratus-ratus tahun,  jasadnya masih tetap tidak binasa, malahan masih 
seperti baru dikebumikan. Segar tidak hancur dan tidak mengalami 
perubahan, kelihatan seperti orang yang dilamun mimpi indah dalam tidur.
Sebahagiannya yang lain mendapat Rahmat Tuhan, dengan apa 
yang disebut “terbang burung terbang sangkar”,  …. jasad dan ruh mereka 
kembali kepada Tuhan yang dikasihinya.
HAI JIWA-JIWA NAN TENANG  KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN REDA DAN MEREDAI…
MasyaAllah
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar