Mukasyafah
 
 
Bagi
 salik yang telah berjuang dengan hati yang bersemangat dan sabar 
akhirnya Allah bersedia menerimanya. Allah akan membukakan pintu-pintu 
rahsianya bagi insan yang dikasihiNya. Terbukanya rahsia-rahsia  di 
sebalik rahsia Ketuhanan disebut Mukasyafah. Di sinilah pengalaman 
Ketuhanan yang paling puncak akan dirasai. Di sinilah pula baru terbuka 
hijab secara kasyaf, sehingga Wujud Allah tidak diragukan lagi. 
Kehadiran Wujud yang tidak berawal dan tidak berakhir itu… (Wujud, Qidam
 dan Baqa), …..dilihatnya dengan jelas dan tanpa ragu-ragu.
Dalam kata lain,  pembukaan ini disebut juga Tajali Ilahi,  Tajali Dzat atau ‘Mati sebelum mati’
 dan dengan beberapa istilah lain lagi,.. yang akah menghasilkan liqa 
Allah (aspek kewujudan Allah). Setelah penyaksian Wujud tersebut,  maka 
di sinilah bermula syahadah yang benar,…bukan syahadah yang palsu. 
Dikatakan syahadah yang benar kerana salik telah menyaksikan Wujud yang 
sebenar, dan itulah arah Kiblatnya yang tepat, dan tidak tersasar.
Syahadah: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah.
Syahadah yang benar, kerana salik bersaksi (melihat dengan mata hatinya Wujud yang sebenar),..melihat Hakikat Ketuhanan di
 dunia ini. Bagaimanapun, apabila telah bersaksi maka salik akan 
mengalami kematian,….”Mati syahid”…. (mati dalam penyaksian), dan yang 
tinggal hanyalah Wujud Yang Mutlak.
Maka dengan itu jadilah salik seorang yang Fakir, yang telah 
mengetahui dan menyaksikan Nur Insan (RuhKu), Nur Muhammad (RasulKu) dan
 Aku (Dzat Mutlak).
Dengan bersaksi atas kehadiran Allah, maka dengan selarinya pula telah menyaksikan Muhammad Rasul Allah.
Muhammad Rasul Allah yang telah 
mesra dengan Ahmad bin Abdullah,… (Fulan bin Fulan), menyebabkan Ahmad 
larut  dan juga digelar Muhamad Rasul Allah. Bahkan beliau juga diberi 
gelaran: Ahmad bila min (Ahmad tanpa min)…. Ahad …Esa.
Dan mereka yang telah bersaksi itulah yang mendapat 
kemenangan di dunia dan akhirat,.. kerana ia bersyahadah dengan 
penyaksian yang benar, bukan syahadah  palsu…
MasyaAllah.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar