Laman

Selasa, 11 April 2017

ANUGERAH ALLAH YANG HAKIKI


Barang siapa yang belum berjumpa Guru tidak akan berjumpa jalan taubat.
Barang siapa yang tidak berjumpa jalan taubat tidak akan berjumpa jalan ilmu.
Barang siapa yang tidak berjumpa jalan ilmu tidak akan berjumpa jalan beramal.
Barang siapa tidak berjumpa jalan beramal tidak akan jumpa jalan usaha.
barang siapa yang tidak berjumpa jalan usaha tidak akan jumpa jalan sabar.
Barang siapa tidak berjumpa jalan sabar tidak akan jumpa jalan tawakkal .
Barang siapa yang tidak berjumpa jalan tawakkal tidak akan jumpa jalan fana.
Barang siapa yang tidak berjumpa jalan fana tidak akan berjumpa jalan Baqa.
barang siapa yang tidak berjumpa jalan baqa tidak akan berjumpa jalan hakikat.
Barang siapa yang tidak berjumpa jalan hakikat tidak akan berjumpa jalan makrifat.
Barang siapa yang belum makrifat tidak akan bermula jalan agama.
Barang siapa yang tidak beragama jadilah ia seperti bilis dan syaitan.

Ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya Makrifat itu adalah anugerah Allah Ta'ala kepadamu dan bukan suatu perkara yang mudah dicapai . Apabila kamu mula mendapat ilmu tentang ketuhanan , hasil dari belajar , makrifat itu hanya di peringkat ilmu , dengan kenyakinan kamu pada ilmu tersebut dinamakan ilmu yakin. Makrifat yang hakiki ialah kamu mengenal sesuatu secara hakiki bukan lagi berdasarkan ilmu dan dalil. Apabila sudah dibukakan hijab buat kamu nampak dengan pandangan bathinmu akan Hakikat Wujud barulah disebut Makrifat Apabila menerima pandangan bathin barulah dinamakan makrifat pada tahap ainul yakin. Maknanya Kamu yakin atas pandangan bathinmu tentang Hakikat sesuatu. Seterusnya kenyakinan sampai kepada peringkat yang hakiki, iaitu Haqqul Yakin maknanya kamu mengenal sesuatu itu secara hakiki , dalam pandangan bathin , ilmu dan rasa yang tak dapat di goyang lagi. Maka apabila ditanya kepada Nabi saw bagaimana kamu mengenal Tuhan ,dijawab aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar