Laman

Selasa, 11 April 2017

TAJALLI NUR MUHAMMAD


1. ILMU QALAM
2. ILMU GHAIB
3. ILMU SYAHADA
ILMU QALAM ialah yang paling rendah tingkatannya iaitu Ilmu dunia. Namun demikian dengan ilmu ini manusia sudah sampai pergi ke Bulan.
ILMU GHAIB ialah Ilmu yang diterima manusia melalui jalan laduni iaitu dengan petunjuk guru Ghaib yang Mursyid.melalui 5 cara :
1. NUR iaitu petunjuk ghaib yang diterima melalui mimpi-mimpi yang boleh diterjemahkan oleh guru ghaib.
2. TAJALI iaitu ilmu ghaib yang diterima melalui penjelmaan buah fikiran dari pada perasaan ZUK sesama mereka menjalani latihan tarikat tasauf,sehingga muncul dari akalnya suatu pengetahuan baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya. Misalnya : Terbacalah olehnya sepotong do’a sedangkan do’a tersebut belum pernah dibacanya atau diketahuinya.
3. cara sir ialah : suatu jalan penyampaian ilmu ghaib secara Rahsia, ia hanya dapat dirasai dan didengar oleh seseorang itu secara Mutlak. Dimana seseorang itu akan mendengar suatu suara yang data ng kepadanya. Suara tersebut akan memberi tahu sesuatu dan mengajarkan ilmu ghaib dengan terang dan jelas berupa bisikan dan disertai dengan satu Kelazatan yang sulit untuk diceritakan.
4. CARA SIRUSIR ialah : Suraut cara penyampaian ilmu ghaib dengan cara rahsia.seseorang yang menerima ilmu ghaib dengan cara ini mereka dapat meliat dengan mata Bathin dan mendengar dengan telinga bathin.
5. CARA TAWASSUL ialah penjelmaan seorang guru atau wali-wali Allah yang ghaib dan mereka menjelma untuk bertemu dengan orang-orang tertentu yang sedang menjalankan ilmu tasauf. Mereka ketemu dengan keadaan nyata (hidup) bukan dalam mimpi, dia datang sama seperti kedatangan tamu biasa atau kawan kita. Kadang-kadang penjelmaan mereka boleh dilihat oleh orang ramai, bila kebetulan penjelmaan itu terdapat banyak orang. Perlu diingat kedatangan mereka merupakan suatu penghomatan yang besar kepada ahli tasauf atau murid yang sedang mendalami ilmu tasauf. Bagi mereka yang dapat mengusai dan mengalami sendiri ilmu ini maka sudah pasti mereka dapat menjelajahi seluruh Alam Maya. Mereka diberi peluang untuk menjelajahi alam lain termasuk alam Barzah.Arash dan Qursi Allah SWT. Bagi mereka yang sudah sampai ketahap ini sulit diterima oleh tahap-tahap pemikiran manusia. Mereka yang sudah sampai keperingkat ini jiwanya akan tenang disamping Allah Swt, semasa hidupnya didunia ini dan juga dialam akhirat nanti, mereka adalah termasuk dikalangan manusia yang baik dan beruntung.
ILMU SYAHADAH : Ialah merupakan martabat ilmu yang tertinggi,kerana ilmu ini Allah sendiri yang akan mengajarkannya kepada manusia. Manusia diajarkan untuk mengenali dirinya (Jasmani) dan diri bathinya (Rohani). Hanya orang-orang yang mempunyai martabat tinggi disisi Allah yang dapat menguasai ilmu ini. Ilmu ini sangat luar biasa kerana hanya dimiliki oleh para Rasul, Nabi dan wali-wali Allah yang teragung.maka beruntunglah manusia yang termasuk wali-wali Allah.
MAN ARAFA NAFSAHU,FAKAT ARAFA RABBAHU……………………….. (“ Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Tuhannya “).
Sabda Nabi Muhammad saw : “Mamtalabal maula bikhairi nafsihi fakaddalla dalalam baida”
Barang siapa mengenal Allah Ta’ala diluar dari pada mengenal hakikat dirinya sendiri., maka sesungguhnya adalah ia sesat yang tersangat sesat.
Kerana hakikat diri yang sebenarnya, baik rohani dan jasmani tidak lain adalah wujud kesempurnaan tajalli NUR MUHAMMAD itu semata-mata. Maka apa-apa nama segala yang maujud pada alam ini, baik pada alam yang nyata dan alam yang gaib adalah semuanya nama majazi bagi kesempurnaan tajalli NUR MUHAMMAD. .

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar