Laman

Selasa, 11 April 2017

MENGAPA HARUS JADI PAK TURUT ATAU PENTAKSUB,SEDANGKAN KITA DIANUGERAHKAN AKAL...???


Imam al-Ghazali berkata, "Namun demikian, nafsu amarah ULAMA SUU' ini selalu membisikkan di telinga mereka bermacam-macam angan-angan dan membisikkan kepadanya bahawa dia telah banyak menabur jasa di kalangan manusia sehingga dia layak untuk menerima bermacam-macam anugerah daripada Allah. Nafsunya juga mengkhayalkan kepadanya bahawa dia adalah lebih baik daripada hamba-hamba Allah yang lain.
Kita hormati TOKOH UGAMA ATAU ULAMA, tapi dalam masa yang sama kita tidak akan menggadaikan kebenaran. Kita patut bezakan antara nas Allah dan rasul-Nya, dengan pandangan tokoh yang mungkin betul, mungkin salah, mungkin patut disemak semula, mungkin juga melepasi batasan keperluan dan munasabah untuk umat.
Disebabkan tidak memahami hal inilah, umat Islam pening kepala dengan pandangan tokoh-tokoh agama hari ini yang bermacam-macam. Jika ulama itu berniaga, mungkin dipengaruhi urusan bisnes, yang politik mungkin dipengaruhi urusan politiknya. Begitulah seterusnya. Jalan keluar, kita menyemak alasan dan hujah setiap mereka dan bertanya: adakah ini daripada Allah dan Rasul-Nya, atau tuan ‘rasa-rasa’ sahaja?!.
Namun di sana bukan sedikit juga nas-nas agama sama ada al-Quran atau al-Sunnah yang boleh diberikan atau terdedah kepada lebih daripada satu tafsiran atau andaian. Mungkin juga apa yang dikatakan oleh tokoh agama sebagai pandangan agama itu, hanya satu tafsirannya sahaja, bukan nas yang jelas. Dalam perkara hukum atau selainnya tiada nas jelas, pastinya di sana akan ada lebih daripada satu pendapat, bahkan mungkin puluhan pendapat berbeza di kalangan sarjana.
AGAMA BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ITULAH ISLAM.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar